Tingkatkan Daya Hipnotik Dengan Kekuatan Emosi

Jika saya kongsikan cara bagaimana mempengaruhi tindakan dan keputusan orang lain dengan cara yang mudah, berminat?

Dengan cara tersebut akan membantu anda untuk lebih bersedia dalam mempengaruhi orang lain, berminat?

Bilakah kali terakhir kata-kata anda mempengaruhi orang lain yang sangat penting untuk anda, nak tak kalau saya ceritakan rahsianya?

3 soalan diatas ini pasti dijawab dengan kata setuju daripada anda. Jika benar, teruskan membaca sehingga selesai.

 

Saya suka sampaikan semula apa yang dikatakan oleh pakar Hipnosis yang saya hormati atas usahanya dalam mendidik pengetahuan tentang dunia hipnosis kepada ramai orang.

“Emosi hanya dapat dipengaruhi oleh Emosi yang lain.”

Maknanya, jika saya ingin mempengaruhi emosi anda, perkara utama adalah, emosi saya mestilah betul dan sesuai untuk mempengaruhi emosi anda. Jika emosi saya sebaliknya, maka.. kesan hipnotik tidak dapat berlaku dengan baik.

Saya ambil satu contoh,

Saya ingin bertemu anda iaitu prospek untuk produk yang saya jual. Mestilah saya nak anda beli dan suka dengan produk saya. Tapi.. ada tapinya.

Sebelum saya bertemu dengan anda, emosi saya terganggu. Malah, saya juga rasa tidak yakin untuk menjual. Kerana emosi saya begini, ia akhirnya mempengaruhi diri dari segi bertindak. Kata-kata saya jadi melemah, bahasa tubuh saya tidak meyakinkan anda. Akhirnya emosi anda terkesan untuk tidak berminat pun dengan apa saya tawarkan.

Bagaimana saya mahu sentuh emosi anda untuk membeli dan setuju dengan tawaran saya, jika keadaan emosi saya buruk dan tidak selari dengan apa saya ingin lakukan? Faham ke faham sangat sekarang ni? Saya yakin anda jelas tentang ini.

Bagaimana latihannya? Mudah. Hanya dengan melatih diri bernafas dengan betul dan terarah seperti yang diajarkan dalam teknik Self Hypnosis.

Self Hypnosis bukan saja membantu kita menguruskan emosi diri, malah memprogramkan bawah sedar sesuai dengan apa kita inginkan. Untuk asasnya, berdoa dan menggunakan perkataan positif sebagai afirmasi diri juga adalah sebahagian daripada proses Self Hypnosis. Ia tentang kerja-kerja memprogramkan diri sendiri.

 

Sebab itulah, saya sangat menekankan teknik Self Hypnosis supaya Self Talk dan emosi dalaman kita terurus dan lebih mendorong diri kepada tindakan dan sikap-sikap kejayaan.

 

Ini adalah antara cara bernafas secara terarah.

Ambil nafas panjang melalui hidung,
tarik sehingga ke perut. Kembungkan dan tahan nafas sebentar.
Kemudian lepaskan melalui mulut dengan santai.

Nafas yang tenang, mendorong minda berada pada keadaan Hipnosis yang membolehkan kita akses ke bawah sedar bagi kerja-kerja memprogramkan diri.

Aplikasinya adalah, setiap kali anda mahu mempengaruhi orang lain, bawa dulu diri anda pada keadaan yang tenang salah satunya dengan cara bernafas secara terarah tadi. Boleh lakukannya sebelum keluar dari rumah lagi untuk bertugas. Kerapkan diri melakukan nafas ini setiap hari paling minimum 1 kali dalam sehari.

Setiap kali melakukannya, buat sebanyak 3 hingga 7 kali pusingan.

Gabungkan teknik ini dengan sumber daya Hipnotik lainnya yang saya sudah kongsikan pada post sebelum ini. Iaitu Kuasa Mata dan Kuasa Suara.

Tip tambahan semasa menggunakan kekuatan emosi adalah amalkan senyuman. Ia dapat mengubah tahap emosi diri sendiri serta orang lain. Senyum saja walaupun senyuman kita tidak dibalas.

 

TEKAN SINI untuk kita manfaatkan 1 lagi sumber untuk tingkatkan kuasa daya Hipnotik diri.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Nov 13, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on Tingkatkan Daya Hipnotik Dengan Kekuatan Emosi
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!