Bahasa Tubuh Adalah Sumber Daya Hipnotik Berkuasa

Semua orang ada bahasa tubuh tersendiri dan berubah-ubah mengikut keadaan emosi atau apa saja yang mempengaruhi fikirannya.

Bahasa tubuh tidak dapat menipu kerana ia terkait dengan sistem kesedaran minda bawah sedar yang bersifat lurus. Pakar bahasa tubuh berkemahiran untuk ‘membaca’ bahasa tubuh kita bagi setiap keadaan tertentu untuk kenalpasti respon sebenar kita selain daripada kata-kata yang kita berikan.

Mulut dapat berbohong, tapi tidak bawah sedar. Antara bahasa bawah sedar, adalah bahasa tubuh kita. Itu cara bawah sedar berkomunikasi.

 

Oleh itu, bahasa tubuh antara sumber daya Hipnotik yang dapat mempengaruhi orang lain. Dengan bahasa tubuh yang betul, kuasa pengaruh kita akan meningkat. Cuba lihat antara contoh bahasa tubuh yang saya kongsikan daripada artikel barat ini.

 

 

 

 

Setiap posisi atau bergerakkan tubuh kita walaupun sesaat, ia memberikan makna tersendiri. Kita tidak dapat mengawalnya selagi belum belajar dan menekuni seni ini. Malah, jika kita dapat mengawalnya pun, hanya pada minit-minit pertama saja. Selebihnya terpancullah bahasa tubuh sebenar kita. Kerana ia adalah keadaan yang sangat rapat dengan kesedaran bawah sedar. Kita hampir tidak sedar dengan apa kita sedang lakukan.

 

Perkara paling penting ingin saya kongsikan adalah bahasa tubuh yang boleh mempengaruhi orang lain. Pastilah bahasa tubuh tentang keyakinan diri. Ia sangat berkuasa.

Setiap kali kita ingin mempengaruhi orang lain, bahasa tubuh kita mestilah sesuai. Jika tidak, orang lain dapat ‘menghidu’ bahawa kita tidak boleh dipercayai kerana tidak nampak keyakinan atau kesediaan pun pada diri kita bagi membantu mereka.

 

Bahasa tubuh menggambarkan keadaan diri dan jiwa kita ketika itu. Untuk mendidik hasil bahasa tubuh yang berkuasa adalah dengan melatih diri tentang 3 sumber daya Hipnotik sebelum ini. Cara kita melihat wajah seseorang, penyampaian saranan dengan suara hipnotik serta kawalan atau pengurusan emosi ketika menghadap seseorang dapat membentuk bahasa tubuh Hipnotik.

Kita jadi lebih berkeyakinan dan mudah menguasai sesuatu keadaan.

Nak belajar bagaimana mengubah bahasa tubuh orang lain supaya saranan kita masuk dengan baik ke bawah sedar mereka? Follow terus perkongsian saya di Facebook

Tags:
Nov 13, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on Bahasa Tubuh Adalah Sumber Daya Hipnotik Berkuasa
Premium Wordpress Themes by Master Rey