Kuasa Mata dan Kaitannya dengan Daya Hipnotik

Manusia mempunyai sepasang mata. Tapi tidak semua mengetahui daya hipnotik yang ada disebalik mata mereka yang cantik dan sihat itu.

Kita sebenarnya melihat dengan otak, bukan dengan mata. Mata kita berfungsi seperti kamera, ia menangkap cahaya dan menghantar data ke otak. Kerana itu juga, kita ditegah daripada melihat perkara negatif atau kotor yang menyebabkan otak kita melemah atau tumpul.

 

Ada orang jadi kaku dan tidak dapat membalas kata lawan bicara hanya apabila melihat mata lawan bicaranya yang tajam. Ada juga yang terpedaya hanya kerana kenyitan mata. Ada yang bersimpati hanya melihat sayu mata seseorang. Bicara seseorang itu nampak real dan hidup juga hanya kerana peranan matanya.

Seakan mata dapat berbicara dengan kita.

 

Untuk pengetahuan, mata adalah kekuatan utama bagi seorang Hipnotis atau mereka yang mempunyai daya Hipnotik. Cara memandang, merenung dan fokus terhadap sesuatu memainkan peranan dalam mempengaruhi. Mata juga adalah penyumbang informasi masuk ke bawah sedar dengan baik.

Dengan hanya melihat anak mata seseorang, apa yang kita rasa dan fikiran akan masuk atau terhubung ke bawah sedarnya tanpa perlu kita bercakap. Ya, sekadar sampaikan sesuatu mesej hanya melalui renungan anak mata. Malah, penyakit ‘ain juga dapat berlaku hanya kerana pandangan mata yang kagum atau yang bersama rasa keji atau dengki. Berdoalah minta kita semua dilindungi olehNya daripada pandangan jahat ini.

 

 

Ini adalah caranya bagaimana melatih kekuatan fokus mata yang hipnotik.

Menghadap ke cermin dan lihat wajah anda, kemudian renung tepat pada bahagian tengah antara kedua mata anda iaitu pada bahagian tulang hidung. Fokus disitu selama 15 minit tanpa berkelip. Lebih baik lagi adalah selama 20 minit.

Biarkan sampai mata anda berair. Jika tidak tertahan, berhenti sekejap dan teruskan lagi sehingga anda mampu melakukannya dengan baik.

Latihan ini bertujuan untuk membentuk fokus dan renungan yang hipnotik. Aplikasinya, setiap kali bercakap atau berhadapan dengan seseorang. Pandanglah pada bahagian tengah antara dua mata mereka. Elak daripada kerap melihat ke bawah.

Adakah cukup dengan 1 sumber ini saja kita dapat meningkatkan daya Hipnotik diri? Tentu tidak, ada pasangannya yang akan menjadikan daya Hipnotik lebih berkuasa. TEKAN SINI untuk berikutnya.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Nov 9, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on Kuasa Mata dan Kaitannya dengan Daya Hipnotik
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!