Pengaruh Suara Sumber Daya Hipnotik

Semua manusi berkomunikasi. Ada yang berkomunikasi dengan bercakap (verbal), ada pula yang tanpa bercakap, seperti menggunakan bahasa isyarat tubuh (non-verbal). Mereka yang ada masalah untuk berkomunikasi seperti manusia normal lainnya juga ada bahasa tersendiri untuk berhubung.

Topik kali ini tentang suara. Tokoh hipnosis yang menjadi rujukan dan kajian oleh pengasas Neuro Linguistic Porgramming mendapati beliau tidak mempunyai pengaruh suara yang bagus. Hairan bagaimana dan apa bentuk pengaruhnya sehingga ramai orang mudah terpengaruh dan peroleh hasil yang luar biasa setelah bertemu dengan tokoh tersebut.

Setelah diamati, rupanya kehebatan dan seni yang berpengaruh pada beliau adalah ketika melontarkan skrip hipnotik dalam terapinya. Selain daripada bagus dan berkesannya skrip beliau, perkara yang sangat memainkan peranan adalah cara bagaimana beliau menyampaikan skrip tersebut dengan suara atau intonasi hipnotik.

Daripada pengalaman peribadi saya sendiri selama lebih 5 tahun berkecimpung dalam dunia Hipnosis, intonasi dalam menyampaikan sesuatu saranan sangat mempengaruhi fikiran bawah sedar orang lain. Mereka dapat ‘menghidu’ sama ada kita menyampaikan dengan sungguh-sungguh atau sekadar membaca skrip tersedia. Mereka juga boleh hanyut dengan kata-kata diberikan dan menikmatinya dengan baik atau mengabaikan begitu saja. Semua daripada kesan intonasi suara.

Hipnosis mendidik tentang komunikasi efektif untuk bawah sedar. Ia bukanlah seni yang sering dimomokkan sebagai seni mistik. Sangat bersyukur dipertemukan dengan pengetahuan Hipnosis ini. Ia banyak membantu saya berurusan dengan ramai orang.

 

Selain daripada melatih vokal seperti penyanyi lakukan, kekerapan kita bercakap dengan orang lain yang berbeza setiap hari juga adalah kunci kejayaan dalam membina suara berpengaruh. Ini menjadi sumber daya Hipnotik yang sangat bagus. Sampaikan setiap kata dengan suara yang jelas dan satu persatu dengan kemas. Ia lebih mudah masuk ke bawah sedar lawan bicara kita.

Aplikasi yang menarik untuk anda sendiri cuba, bercakaplah dengan jelas dan ubah intonasi suara ketika menyampaikan isi mesej penting kepada nada yang lebih rendah dalam sesuatu ayat yang disampaikan. Sampai pada bahagian isi penting,  terus ubah kepada nada rendah. Ini sangat Hipnotik.

Bayangkan jika isteri anda atau suami anda sedang merayu atau memujuk anda, tapi dengan nada suara tinggi atau mendatar saja. Apa rasanya?

Bagaimana pula jika mereka menggunakan nada rendah dan halus. Pasti terasa tergoda dan bergoncang jiwa. Terhipnosis adalah pasti. Kesannya, mestilah terdorong untuk setuju atau berkata ‘YA’. Hahaha!

Kuasa mata (tekan sini jika belum baca tentang kuasa mata) dan suara adalah gandingan mantap. Latih keduanya dengan baik hari ini. TEKAN SINI untuk baca sumber daya Hipnotik berikutnya.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Nov 13, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on Pengaruh Suara Sumber Daya Hipnotik
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!