Kisah ‘Puaka’ Penghalang Tidur | Bhg Akhir

“Wan Tak Boleh Tidur.. Pocong Ganggu!”

.. Part 3 ini agak panjang. Bersabarlah.

 

 

Agak laju aku lihat si Wan nak balik. Sebelum beredar penting bagi aku meninggalkan pesanan iaitu sedikit tip juga pada maknya untuk dibuat bagi membantu Wan.

 

 

Pertama,

Bimbing Wan bila nak tidur tu supaya ia betulkan nafasnya. Bernafas dengan santai dan betul.

Caranya tarik nafas ke perut (perutnya naik, bukan dada). Tahan kejap dan lepaskan dengan santai. Ini dapat bantu ia lebih relax dari kerisauan tentang ‘macam mana aku nak tidur. Kenapa aku tak boleh tidur.’

 

Kedua,

Berwudhuk/ Mandi (bab kena paru-paru berair kalau mandi malam tu mitos). Kenakanlah air pada tubuh supaya segar dan selesa untuk tidur.

 

Ketiga,

Minum air masak. Disebabkan ada air mineral dibawanya, Aku ‘jampi’ lah ikut kebiasaan orang berubat alternatif ni. Cara guna air tu aku pesan siap-siap, masa nak minum tu baca doa sejelas sesuai yang ia perlukan, tak perlu yang aneh-aneh. Aku maklum awal, air tu tak ada kuasa sakti apa melainkan pasti ada manfaat atau kelebihan tersendiri yang tubuh perlukan.

 

Ia medium ikhtiar saja. Kuncinya adalah DOA & MINUM. Allah yang menyembuhkan dan menyihatkan.

 

Aku tak berapa suka kalau orang rasa aku orang SAKTI sampai mereka tak sedar soal kesaktian yang ada pada diri mereka sendiri (potensi diri, kuasa doa).

 

Benda seperti inilah yang banyak pengaruhi diri yang sedang derita, sebab asyik nak keajaiban saja, jadi langgar ikut suka nak ikhtiar cara apa. Terdesak. So, kena berpesan-pesan. Aku ni bukan bomoh atau pak Ustaz. Aku cuma Hipnotis.

 

Last pesanan aku pada Wan pula.. “Wan set saja masa nak landing tidur tu yang Wan nak rehat dan tidur seperti biasanya. Abaikan perkataan ‘macam mana nak tidur. Kenapa tak tidur dll’ sebab Wan ok.”

 

Wan angguk tanda faham sangat la tuu.

 

Aku cuma sedia apa jadi malam nanti. Sebab aku dah set sesuatu masa beri air ‘jampi’ tu tadi. Masa ni cara aku agak nakal,

 

Sugesti yang aku beri;

“Nanti.. masa tidur, Wan akan terjaga dipertengahan malam. Tak kisah jam berapa. Waktu terjaga tu ada 3 perkara akan berlaku.. 1.. Wan akan nampak sesuatu.. 2.. jika tidak nampak, Wan akan dengar.. 3.. jika tidak nampak dan dengar, Wan akan merasakan sesuatu..” dan bla bla bla skrip khas aku setkan (ni aku cerita khas dalam bengkel hipnotis je)


Malam pun tiba..

 

 

“Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Rey.. Rey..”

Aku dengar ada yang beri salam diluar. Macam kesemasan.

 

“Siapa pula yang datang malam hari ni, Wan ke?” bisik aku sambil meluru ke tingkap, jenguk dulu siapa.

 

Oh, betul. Aku lihat maknya dan adik-adiknya datang. Wan tak ada. Aku pun buka pintu,

 

“Waalaikumsalam. Ya cik.. ada apa ya?” tanyaku ringkas.

 

“Jom Rey datang rumah cik. Wan bangun tidur tadi dia meracau. Katanya Nampak pocong. Cik risaulah.” cemas emaknya ajak aku segera ke rumahnya.

 

“Pocong ye? Ok, kejap saya bersiap.”

Sekali pocong pula daa kacau Wan. Hihi. Masa yang ditunggu telah tiba. Jeng, jeng, jeng.

 

Mujur rumahnya tak jauh. Jalan kaki laju-laju terus sampai. Rumahnya dekat betul dengan Masjid. Memang depan Masjid. Pun ada pocong ganggu. Tak terbakar pula dia dengar azan.

 

Aku pun sampai. Beri salam dan masuk ke ruangtamu nampak Wan lemah, kesejukkan, menggigil ketakutan. Racauannya sebut ada pocong ganggu masa bangun tidur tadi.

 

“Apa jadi Wan, cer cerita.” Aku cucuk jarum pemula cerita. Nak tahu data bawah sedarnya apa.

 

“Tadi Wan bangun nak guna air yang abang pesan bila terbangun dari tidur.. Wan Nampak pocong ganggu. Tak kasi Wan tidur.” Ceritanya dalam nada lemah gemalai ketakutan.

 

“Oh, so pocong nilah yang ganggu Wan sampai tak boleh nak tidur ye?” jawabku raikan apa ia alami.

 

Dia angguk laju.

 

“Mungkin ni sebab main bola petang tu lah dekat belakang Masjid tu.” sampuk maknya penuh yakin. Part ni aku dah mula faham mana datangnya punca awal.

 

Aku tak tunggu lama,

 

“Ok Wan, tarik nafas. Tengok tangan abang ni.”

Aku buat teknik bypass dalam Hipnosis. Aku lihat fokusnya bagus betul. Tanda dia sungguh-sungguh nak dibantu.

 

“Tidur!” kataku sedikit kuat. Lihat dia terus terlelap. Nafas laju bertukar perlahan dan santai. Drastik. Bagus.

 

“Wan, dengar suara abang. Follow saja. Ok, sekarang ni dari hujung kaki sampai hujung kepala tubuh Wan semakin relax, rehat yang dalam..” bla bla bla..

 

Agak panjang skrip suggestion Hipnosis yang aku lontarkan. Sampailah bahagian dimana aku padamkan bentuk gangguan fikirannya yang berupa pocong tu tadi.

 

Lalu aku bangunkannya, dia bangun bagai orang yang terbebas dari belenggu yang meletihkan diri. Nampak dia lega betul. Selalunya perasaan ini dilalui oleh orang yang alami kerasukkan, Ketika ‘benda’ yang ganggu ditarik keluar. Rasa macam direntap keluar dan lega selega-leganya (siapa pernah alami, faham rasanya macam mana).

 

Punyalah lega si Wan ni, dia sedap je sambung tidur lepas tu. Aku pun apa lagi, minta diri balik, dah ngantuk kot. Otak dah beri signal berehat dimalam hari.

 

Alhamdulillah, semua atas izinNya.

 

 

Wan beri khabar, dah boleh pergi main bola. Aktif, fuhh dari keding badan terus fit mengalahkan aku. Aku rasa bahagia bila tengok dia tak blur macam awal jumpa tu, dewasa dah. Sudah sambung belajar. Banyaklah perubahan hidupnya.

 

Macam mana aku nampak perubahan Wan ni ketara, sebab tak lama lepas dia dah tidur normal semula tu dia datang jumpa untuk diprogramkan lagi sebab dia alami… “Wan tak boleh tidur lagi lah bang..”

 

Pulak!!

 

Kali ni isu dia apa? Pocong lagi ke? Haha..

 

Bukan..

 

Kali ni dia stress, dia tak boleh bila bertukar suasana (selalu duduk dengan family, kali ini kena duduk hostel / asrama) orang kata kejutan budaya.

 

Bagaimana isu susah tidur ini dapat terbantu dengan baik. Melalui terapi yang menggunakan Hipnosis, Relaxation therapy namanya. Ini paling banyak sampai sekarang rata-rata yang buat temujanji sebab hilang nikmat ketenangan sampai undang macam-macam isu.

 

Terapinya fokus kepada bukan relax fikiran dan emosi saja, tapi tubuh atau otot tubuh semua. Kemudian baru dibubuh programming sesuai.

 

Pocong dalam isu Wan ini adalah projeksi dari alam bawah sedarnya. Sebab awal Wan kena sebenarnya dia pergi main bola lewat petang dipadang dekat Masjid di sini.

 

Tempat tu orang selalu cerita angker. Biasalah, sebab ada semak samun dan pokok besar. Cukup syarat nampak angker lah. Maka mestilah dikaitkan dengan hal mistik bagai.

 

Kerana maknya sudah pesan balik awal, dia langgar. Sekali balik petang tu jadi macam tak betul sikit sampai tak boleh nak tidur pula. Mak yang sedang risau mesti akan ulang-ulang cakap pasal bab mistik tu kan.. sebab percaya. Wan ni pula jenis tak boleh panic, tak boleh risau sikit. Tu yang terpacu jadi macam tu.

 

Apa lagi.. sebab di belief system lebih percaya tentang isu aneh begini mesti sebab kena sampuk jin. Sikit-sikit asyik jin saja kan.. Jadi, aku dengan nakalnya harus selarikan elemen kebiasaan itu dan menukarkan isunya selari dengan apa ia percaya. Maka, keluarlah si pocong itu dari imaginasinya menjadi nyata sampai dia buka mata dengan sedar pun boleh nampak.

 

Hakikatnya pocong itu tiada pun.

 

Aku cuma susun programming dan lakukan Waking Hypnosis ketika memberikannya Air yang dijampi. Yelah, bila aku kata pada Wan bahawa dia tak boleh tidur sebab tak cukup rehat, banyak fikir, cemas, panic dll. Dia mesti tak boleh terima, sebab dalaman dia harapkan jawapan diberi selari dengan apa dia dan keluarganya nak percaya.

 

Yelah, aku bukan Dr. Bukan ada klinik pun. Kedai pun belum ada masa tu. Hipnotis jalanan saja. Bekas perawat alternatif Islam yang dah biasa dengan isu kerasukan, santau, sihir dan mistik lainnya sebelum tu.

 

Mereka pula waktu tu belum kenal lagi Hipnosis ni benda alah apa. Memandangkan data yang ada pada mereka adalah background lama aku, so kena matching kan lah. Gitu!

 

Lepas tu barulah aku jelaskan apa dan bagaimana Hipnosis itu. Tu yang datang lagi untuk sesi programming saja. Tak ada dah Wan nak sibuk sikit-sikit fikir sakitnya tu mesti sebab hal mistik saja. Padahal sendiri zalimi diri (tak jaga makan, tak ada ilmu mengurus diri, fikiran dan emosi).

 

Apa benda waking hypnosis tadi tu? Ini skill melakukan hipnosis tanpa perlu menidurkan. Borak-borak, cakap-cakap saja seseorang itu sudah boleh terhipnosis. Ini banyak pun berlaku dalam kehidupan kita. Tak belajar hypnosis pun tanpa sedar dah banyak buat atau alaminya. Cuma tanpa sedar ler. Jika belajar, barulah sedar macam mana nak manfaatkannya.

 

Insya-Allah.

 

 

TAMAT

 

* Ini adalah cerita berdasarkan dari kisah benar pengalaman sendiri. Kongsi supaya yang belum kenal hypnosis dapat manfaat dan yang dah belajar hypnosis pun dapat belajar sesuatu.

 

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jul 23, 2021 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!