The Magic of ‘Repetition’ – Kuasa Pengulangan

Seorang guru ingin beri kefahaman kepada anak muridnya dengan satu eksperimen berikut bagi menjelaskan berkenaan kuasa dalam membina sebuah kebiasaan, perangai atau tabiat melalui Magic of ‘R’.

Anda pun boleh cuba..

Guru tersebut mengambil benang yang ringan dan halus pastinya dan mengikat kedua tangan seorang muridnya dengan sekali ikatan lalu bertanya,

“Baiklah. Ikatan ini menggambarkan kuasa tentang perkara baru yang kamu buat untuk kali pertamanya. Bolehkah kamu buka atau putuskan ikatannya?”

Ah.. pasti dengan mudahnya si murid tersebut membuka atau memutuskan ikatan tersebut. Kan..

Kemudian, guru tersebut mula mengikat semula tangannya dengan ikatan dan belitan yang berkali-kali. Berulang. Ketat jadinya. Jadi cabaran kepada murid tersebut untuk cuba putuskan ikatan yang jelas semakin kuat sekarang. Dan guru berkata kepada semua muridnya,

“Nah! Inilah kuasa pengulangan dari setiap perbuatan!”

Pelajaran ringkas di sini..

Untuk sesuatu nilai tambah yang baru dapat melekat dan tertanam dengan sangat kuat pada diri tak cukup dengan sekali dua cubaan. Tak cukup dengan keazaman untuk berubah yang akhirnya gagal untuk konsisten / istiqomah.

Pentingnya pengulangan. Ini yang disebut sebagai the power of repetition. Magic of Repetition!

“Apa kita amalkan dapat menjadi sebahagian diri kita. Amalan membentuk Akhlak.”

Banyak perkara kecil yang diulang buat, lama-lama beri hasil besar.

Misalnya bila kita berlatih tentang satu perkara. InsyaAllah akhirnya kita akan menguasai hal tersebut.

Malah, jika ada orang berbakat. Bakatnya akan dapat dikalahkan dengan seorang yang tidak berbakat tapi rajin. Asbab rajin praktik dan berlatih, bakat dapat dibentuk dan tidak mustahil mampu mengalahkan orang yang sedia berbakat tadi.

Banyak juga perkara yang di pandang kecil/remeh tapi tanpa sedar lama-lama itulah yang dalam diam beri kesan besar pada kehidupan. Bukan hal besar saja yang akan beri kesan besar. Rupanya perkara kecil yang berterusan dilakukan itu lebih bahaya. Lebih berpengaruh.

Diam-diam jadi nilai kekal pada diri. Jadi kepercayaan, jadi sikap, jadi kebiasaan dll.

Bila dah sebati jadi perangai dan sebahagian dari diri. Tebal rasa untuk mengubahnya. Rasa payah. Jika tak serius nak ubah atau berubah.. memang sukar untuk dapat berubah. Dah lekat. Dah selesa.

Seperti mana kita buat sesuatu perkara itu, seperti itulah juga kita akan buat pada semua perkara. Tak usah kata,

“Ala.. nanti dah besar berubahlah.”

“Ala.. dah kahwin nanti berubahlah.”

dan bla bla bla..

Jika nak berubah, kita sendiri kena ada kesedaran untuk berubah. Dan harus buat sekarang bukan nanti dan bertapi-tapi lagi.

Perangai atau sikap-sikap yang dah terpasak akan terus bekerja masa ke semasa selagi ia tidak diubah. Dah jadi corak. Paling sadis ia boleh berjangkit. Siapa yang kerap kali bersamanya akan berpotensi untuk dijangkiti perangai, sikap atau kebiasaannya itu. Cepat atau lambat saja, pasti bawah sedarnya terpengaruh dengan perkara itu.

Bagaimana nak ubah kebiasaan buruk yang ada? Dengan melakukan program ulang seperti mana kita duduk ulang perkara buruk sampai terbentuk jadi kebiasaan tu.

Itu lah The Power of Repetition!

Mulakan dari sekecil-kecil tindakan. Sebaiknya ulang dengan senang hati. Up sikit-sikit hingga tindakannya lebih besar. Lama-lama jadi terbiasa. Jadi kebiasaan baru yang lebih baik. Corak program kebiasaan lama akan mula berubah kepada bentuk baru.

Kuncinya pada pengulangan. Nama pun ulang. Mesti konsisten. Konsisten ni mahal dan mencabar. Ada orang perlukan seseorang untuk guide. Ada orang perlu duduk dalam persekitaran yang betul. Sedikit saja yang berjaya buat seorang diri.

Kadang.. untuk melakukan perubahan kepada diri, kita tak mampu buat sendiri atau dengan cara biasa. Kita perlukan seseorang (hipnotis) atau dengan pendekatan yang berbeza. #SelfHypnosis antara solusi yang efektif.

Self Hypnosis mengajarkan cara bagaimana mendorong diri dengan rutin-rutin kejayaan dan kaedah reprogram bawah sedar melalui perkataan dan ayat hipnotik (skrip).

Panduan asasnya ada saya tuliskan beserta skrip untuk latihan di bit.ly/selfhypnosis-pdf

Kajian mengatakan kita perlukan 66 hari untuk bangunkan atau bentuk program baru dibawah sedar. Di sini kita mula 30 hari pertama dahulu bersama dalam usaha dorong bangunkan diri.

Baca info lengkapnya di ezy.la/30hari-hd

Insya-Allah.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Apr 7, 2021 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!