Kenapa Penting Belajar Hipnosis (Hypnosis)?

Sudah lebih 7 tahun menekuni dunia yang penuh dengan kontroversi, iaitu Hipnosis. Akhirnya ia semakin dikenali dan mendapat tempat dihati dan fikiran ramai orang di Malaysia.

Maklumlah, hipnosis adalah ilmu yang sering disamakan dengan ilmu pukau yang berunsur mistik dimata segilintir masyarakat.

 

Alhamdulillah, kerja keras yang berterusan dapat memperkenalkannya kepada ramai orang tentang manfaatnya. Tentunya ia bukan kerja yang mudah.

 

Mungkin anda adalah orang yang belum lagi kenal tentang Hipnosis saat ini tapi tergerak mencari atau didorong ke sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut mengenainya. Atau mungkin saja anda adalah pengikut setia yang suka untuk belajar. Teruskan membaca perkongsian ini.

 

Saya suka berkongsi tentang dunia Seni kuasa minda bawah sedar & Hipnosis kejayaan. Tentang dunia ‘Self Development’ dan berkaitan pencapaian dalam kehidupan pastinya.

 

Ada 3 cara mudah untuk peroleh perkongsian semasa saya,

  1. Anda boleh mengikuti saya di Facebook ini : Shahrain Remeli
  2. Subscribe Channel Telegram ini : Hypnotic Works Circle
  3. Subscribe Youtube Channel ini : Master ReyHW Studios

 

Apa itu Hipnosis?

Sebelum pergi lebih jauh. Elok kita kenal dulu apa itu Hipnosis.

Hipnosis ini pada dasarnya adalah sebuah ‘keadaan’ berpengaruh yang kerap kali dilalui oleh semua manusia setiap hari. Fenomena semulajadi. Keadaan yang macam mana?

Keadaan yang apabila fikiran bawah sedar aktif terbuka dalam menerima sebuah saranan atau informasi

Kenapa dangan bawah sedar? Fikiran bawah sedar adalah sistem kesedaran sedia ada manusia. Kesedaran ini sangat gemar diceritakan dan dimanfaatkan oleh orang sukses.

Bawah sedar bertugas menterjemahkan informasi yang diberikan kepadanya kepada tindakan, sikap-sikap dan kebiasaan. Hingga menjadi autopilot pada diri kita. Ia bekerja tanpa kita sedari. Membenuk kepercayaan.

 

Misalnya,

Anda kerap kali melihat, mendengar atau bercakap tentang sesuatu perkara. Tanpa sedar, apa yang anda lihat, dengar atau katakan itu menjadi sebuah informasi/nilai yang tertanam ke bawah sedar. Apa yang berlaku setelah itu, informasi/nilai tersebut diproses oleh bawah sedar menjadi kebiasaan, kepercayaan, tindakan atau sikap-sikap pada diri anda.

Tanpa sedar, anda sudah ada kebiasaan, tindakan atau sikap-sikap tertentu sesuai dengan informasi/nilai tadi.

 

Informasi/nilai ini disebut sebagai ‘program’. Program inilah yang di install ke bawah sedar supaya menjadi sebahagian dari diri kita. Inilah yang disebut sebagai aktiviti atau kerja-kerja Reprogram! Manusia boleh diprogramkan semula.

 

Kita boleh terprogram dengan apa kita fikirkan atau apa yang terlintas difikiran. Jika kita fikirkan sesuatu itu susah untuk dilakukan, bawah sedar akan memprosesnya kepada tindakan yang selari iaitu kita akan mendapati nak buat perkara itu benar-benar susah hingga akhirnya kita yakin dan sahkan bahawa betul lah perkara itu susah!

 

Malah, bawah sedar kita juga boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Ya, seolah di hack. Dalam erti kata lain, gejala pengaruh mempengaruhi.

Apa orang lain buat dan cakap. Boleh mempengaruhi kita secara sedar atau tidak. Begitu juga dengan kita. Kita juga dapat mempengaruhi orang lain dari apa yang kita buat dan cakap. Tak kisahlah melalui tulisan ke, video ke atau apa cara sekalipun. Apabila ia dilihat, didengar atau dibuat oleh orang lain, akan hasilkan kesan pengaruh.

Saya suka sebut sebagai kuasa dorongan. Inilah kesan-kesan Hipnotik. Inilah yang disebut sebagai Hipnosis iaitu keadaan berpengaruh.

 

.. Nah, dipendekkan cerita. Dari sebuah keadaan semulajadi itu tadi, ia akhirnya menjadi sebuah seni yang dapat dimanfaatkan atau diaplikasikan oleh ramai orang. Iaitu dapat dipelajari secara berstruktur. Maka disebutlah keadaan yang kini dapat dimanfaatkan secara sengaja sebagai seni Hypnosis. Dari sebuah Keadaan menjadi sebuah Seni (Disiplin Ilmu).

 

Apa Manfaat Belajar Hipnosis? Kenapa kena belajar?

Saya yakin. Ramai yang ingin tahu kenapa Hipnosis ini penting dipelajari. Berikut ini penjelasannya.

 

Pernah tak anda rasa apa yang anda buat serba tak kena? Hilang arah tuju? Stuck? Rasa hilang semangat, down? Padahal sebelum ini baik-baik saja.

Itu disebabkan kesan pengaruh sekitar harian anda. Itu juga disebabkan emosi atau tekanan yang tak terurus. Orang kata stres tak terurus. Ia boleh membunuh tindakan atau membantutkan usaha diri untuk lebih berjaya.

Selalunya disebabkan faktor pengaruh luar. Anda tak sedar sudah dipengaruhi secara senyap. Mula-mula tak perasan, lama-lama baru nampak kesannya setelah alami isu yang disebut awal tadi.

Belajar hipnosis dapat ‘membaca’ proses pengaruh dan dapat membendung diri daripada terpengaruh dengan program yang merugikan!

 

Pernah perasan tak.. apa yang anda katakan atau sampaikan kepada orang lain macam tak ‘power’. Tak berkesan. Tak mendorong. Orang kata tak berpengaruh. Selalu tertolak atau mudah ditolak oleh orang lain. Jika anda warga pendidik, trainer, penjual, pemilik bisnes atau yang banyak berurusan dengan manusia pasti memerlukan kuasa pengaruh dalam komunikasi kan?

Rupanya cara bercakap atau berkomunikasi ini ada seni dan ilmunya. Bukan hentam kromo je. Hipnosis adalah antara seni komunikasi efektif bawah sedar. Cara bagaimana untuk sampaikan sebuah informasi atau saranan itu secara bypass ke bawah sedar.

 

Pernah rasa macam tak boleh nak ‘move on’ dari masa lalu? Takut tentang sesuatu secara berlebihan sampai ganggu aktiviti harian? Alami isu berkaitan emosi dan fikiran misalnya seperti yang ramai orang alami sekarang ini, serangan anxiety, depress dll. Ia real. Mereka yang alami isu begini saja tahu betapa siksanya bergelut untuk teruskan kehidupan!

Hipnosis adalah antara ikhtiar efektif dalam reprogram dan menguruskan keadaan diri semula yang fokusnya diwilayah fikiran / minda. Menjadi sebuah terapi yang disebut sebagai Hipnoterapi (terapi Hipnosis).

 

 

Belajar hipnosis untuk mendorong diri sendiri dan orang lain. Menjadi orang yang mempunyai daya hipnotik atau berpengaruh. Tingkatkan pencapaian diri ke tahap yang lebih baik. Sekaligus mempunyai skill sebagai juru program bawah sedar manusia.

Belajar Hipnosis dapat sengajakan untuk membuka atau aktifkan bawah sedar supaya terima program yang diperlukan. Ia mengajarkan soal ketepatan dalam menjalankan kerja-kerja programming. Ia ilmu rare dan mahal.

 

Bagaimana untuk mempelajarinya?

Ilmu Hipnosis tidak boleh dipelajari secara atas talian atau membaca shj. Itu boleh jika hanya untuk pengetahuan saja. Jika ‘Ilmu’, ia hanya diperoleh dengan mengikuti bengkel latihan khusus dan aplikasikannya. Praktik.

Jadi, penting datang ke bengkel latihan fizikal (face to face) terutamanya.

 

Waktu pandemik melanda ini, pihak kami bangunkan sesi latihan kini 100% online dan telah pun selesai 11 Batch pertama sejak ia dilancarkan. Anda boleh baca info lengkapnya di sini : Spectacular Hypnotism

 

Jika anda baru saja mahu mengenali dan ingin mempraktik sendiri ilmu hipnosis yang berkaitan untuk kemajuan diri. Ia boleh dipelajari melalui Online hari ini. Kami ada sediakan mediumnya. Ikuti saja pelajarannya di sini, jangan tunggu lagi.

Ini adalah langkah pertama sebagai seorang Pemula: Tekan Sini


Ilmu Pentauliahan atau bengkel latihan Hipnosis standard antarabangsa hanya ada 3 tahap saja. Mudah dipelajari. Mudah dikuasai. Setiap tahap durasi permulaan diperlukan cuma 8 jam pertama sahaja. Untuk menguasai pastinya tak cukup kalau cuma 8 jam ini je, paling kurang mesti 100 jam.

 

 

1 – Level Certified Hypnotist (CH) | Fundamental – 8 Jam

Ini level Fundamental. Asas Hipnosis dan Hipnoterapi. Bila sebut pasal asas jangan ingat ia preview atau biasa. Tahap inilah kunci utama ilmu Hipnosis.

Jika pada tahap ini gagal menguasainya, maka gagal lah dalam melakukan Hipnosis. Pada tahap inilah anda perolehi gelaran sebagai Hipnotis iaitu pengamal Hipnosis terlatih (bertauliah). Jika dengan kami, ada proses penilaian keterampilan sebelum layak mendapat pentauliahan sebagai Hipnotis terlatih.

Setiap sesuatu ada asasnya. Nak memasak pun kena kuasai asasnya. Jika tidak, hilanglah nikmat atau keberhasilannya.

Anda boleh pelajarinya secara perseorangan, berkumpulan atau datang mengikut jadual program tersedia. Berikut ini modul khas dari saya sendiri iaitu Spectacular Hypnotism Mastery Lihat di sini : https://hypnoticworks.net/shm

 

* 8 jam pertama ini adalah penekanan struktur atau akar utama seni dan proses hipnosis. Ia dapat sesingkat 8 jam kerana pelajaran dan latihannya sudah dipermudahkan sesuai dengan masyarakat di Malaysia umumnya.

 

 

2 – Level Certified Hypnotherapist (CHt) – 8 Jam

Ini level ‘Advance’. Untuk ke level ini mesti sudah ikut program asas tadi atau lulus tahap CH tadi (Asas).

Di sini anda dapat mengaplikasikan teknik-teknik programming untuk perkara lebih mendalam atau isu yang lebih berat sekaligus menjadi seorang Hipnoterapis.

Tak semestinya anda harus jadi terapis bila join program pada tahap ini. Dengan pelajaran ini, pengetahuan hipnosis anda semakin berkembang. Anda miliki rahsia dan teknik yang lebih tinggi dalam melakukan kerja-kerja mendorong diri sendiri dan orang lain. Dah tahu bagaimana proses programming boleh dibuat secara ramai-ramai dll.

Boleh beri atau sumbangkan khidmat secara peribadi atau tambah nilai dalam servis sedia ada anda sekiranya anda seorang terapis, perawat dan yang sama dengannya. Ia semakin diperlukan ramai orang. Ramai terapis/perawat profesional mengakui setelah ada pengetahuan dan seni ini, urusan mereka dalam membantu klien jadi lebih mudah.

 

Info : Advance Hypnotherapy

 

 

3 – Level Instructor (CI) – 8 jam

Jika nampak title CI pada nama seseorang. Itu tanda ia adalah seorang Instructor Hipnosis dan Hipnoterapi. Ia boleh mengajar dan melatih orang lain  dan melahirkan lebih ramai Hipnotis dan Hipnoterapis. Untuk ke level ini pastinya harus selesai dahulu level CH & CHt tadi dengan terampil.

Tahap ini diberikan tools dan kelengkapan untuk mengajar dan melatih. Lebih kepada bagaimana menjalankan program, sistem dan cara menyampaikan pelajaran Hipnosis itu sendiri.

Sebelum ke tahap ini, pihak saya di Hypnotic Works menganjurkan sebuah Training level Master untuk memperkasakan diri dengan ilmu Hipnosis yang ada supaya kualiti menjadi seorang Instructor itu ada. Bukan sekadar title.

Begitu.

 

4 – Level Master Hypnotist (CMH) – 4 Hari 3 Malam

Ini adalah level eksklusif. Pelajaran dan latihan 4 hari. Diberikan skill tambahan dan dilatih untuk berkarya, melahirkan variasi teknik pelbagai. Meningkatkan daya kreativiti seorang hipnotis. Hanya setahun sekali saja ia diadakan. Terbuka kepada ahli CH & CHt kami serta yang dari perguruan lain.

 

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Hipnosis? Ikuti perkembangan dan perkongsian kami.

Insya-Allah.

 

* Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagi setiap level pelajaran tersebut atau mungkin ingin mengundang kami sebagai pelatih kepada tim/group anda. Sudilah hubungi kami terus melalui emel ke hypnoticworks.hq@gmail.com / hq@hypnoticworks.net atau Whatsapp saja ke 011-1679 9000

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Aug 14, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!