Affirmasi Diri Gaya Master Rey

Ahlinya dan pengamal LOA atau Kuasa Minda serta banyak lagi keilmuan memanfaatkan teknik Affirmasi diri. Termasuklah Pakar Pemasaran No 1 Asia, Azizan Osman (AO) dalam mendidik peserta yang hadir ke programnya.

Jujur, saya sebagai ahli dan pengamal Hipnosis mendapati hampir 90% peranan hipnosis dan hipnoterapi digunakan dalam program hebat AO. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang peroleh input dengan jayanya dan sukses. Semua dengan izin-Nya.

Affirmasi adalah Penegasan, Pengesahan, Tasdik,  Isbat, Kepercayaan dan Tanda Setuju.

Affirmasi adalah kata-kata yang diucapkan secara jelas dan tegas kepada diri sendiri. Setiap kata-kata harian yang kita ucapkan jangan dipandang remeh. Kerana, perkataan adalah bahasa minda. Jika ia dicerap oleh bawah sedar. Maka, proses kepada hasilnya secara automatik akan berlaku.

Ramai orang sukses memanfaatkan affirmasi diri untuk raih keberanian dan kejayaan.

Sebaiknya kata affirmasi diri diucapkan hampir berkali-kali secara kerap. Bagi pembaca yang belum mahir tentang bawah sedar dan belum tahu bila waktu sesuai bawah sedar menerima info. Maka, lakukan affirmasi berkali-kali dan berterusan. Agar secara tanpa kita tahu dan sedar, waktu kita ungkapkan itu kena waktu tepat bawah sedar menerima inputnya.

Sebab itu ia penting lakukannya secara istiqomah. Tidak perlu ditanya bila hasilnya, lakukan sahaja hingga terwujud nyata hasilnya.

Affirmasi sebahagian daripada Doa

Affirmasi adalah pernyataan kepada diri sendiri. Ia juga adalah Doa yang baik buat diri. Affirmasi juga adalah teknik bagi mempengaruhi bawah sedar dan ia sebahagian daripada Self Hypnosis!

Alhamdulillah, Insya Allah.. Aku lebih sihat daripada sebelumnya.

Syukur, tenaga tubuh saya semakin harmoni dan bertenang.

Alhamdulillah, Insya Allah.. Aku miliki rezeki yang berkat, halal lagi memiliki. Rezeki lebih daripada mencukupi.

Aku adalah penghipnotis terbaik!

Aku adalah guru terbaik!

Aku mampu lakukan. Aku berhak miliki kejayaan!

Aku adalah magnet kebahagiaan!

Aku adalah magnet kekayaan!

Aku usahawan berjaya! 

(Sebainya affirmasi mestilah ringkas dan jelas maknanya. Elakkan daripada menggunakan kata TIDAK dan AKAN. Ucapkan dengan nada dan ritma yang tegas dan percaya diri. Ulang 3 kali.)

Affirmasi ala-ala Mantera

Setiap kata yang diulang-ulang menjadi doa. Setiap kata yang diulang-ulang akan tertanam pada bawah sedar. Ia juga menjadi Mantera. Bila cakap saja jadi, cakap saja jadi. Tapi mestilah dengan konsep dan cara yang betul.

Pernah dengar mantera atau kalimat pelik orang terdahulu? Bila diteliti kenapa kata itu boleh menyembuhkan anaknya dan pelbagai lagi. Rupanya ia adalah affirmasi atau sugesti yakni kalimat yang mempunyai pengaruh kepada bawah sedar. Apabila kalimat ini sudah sebati, keyakinannya juga tinggi. Maka, potensi untuk keberhasilannya juga tinggi.

Fahami konsep isyarat kepada bawah sedar melalui kami dengan hadirkan diri ke Program anjuran dan kendalian kami, atau boleh juga mulakan dengan Ebook asas bawah sedar yang dituliskan sendiri oleh Master Rey.

KLIK SINI 

 

Nah, ini antara Affirmasi ala-ala Mantera daripada Master Rey. Hehe

(Baca dengan penuh gaya dan rasa)

Hus hus siku ku lipat.
Syukur lebih,
rezeki bertambah, lagi merapat!

Lirik ku lirik, tenung ku tajam.
Walau termenung, fikiranku menajam.
Cukup ku fikir yang baik-baik, yang negatif itu, ku buang dan ku rejam!

Aku bercakap, lidahku tajam.
Tiap kali kata baik ku dicerap, fikiran dan jiwa mereka, tertambat berjam!

Ku tahu, Ku amal, Ku percaya.
Tiap ku amal, ku kongsi dengan percaya.

Kata ku kata bercahaya,
menyentuh jiwa mereka untuk maju dan berjaya!

Ku sentap, Ku marah.
Ku buang sentap, Ku tenang mengawal amarah!

Duga dugi, dugaan menguji.
Dugaan ku terima, ku redha, ku ikhlaskan dan ku pasrah dari hati.
Dugaan sudah ku lepas, ku capai nikmat jaya dengan bebas!

Pukulan nyata, pukulan ghaib.
Aku tak gentar, Aku tak lari.
Cukuplah Allah ada di hati,
semua ok, serba tenang itu juga pasti.

Saya malas untuk bermalas-malasan!

Sukses itu hak saya dan saya berhak untuk sukses!

Setiap tarikan nafas ini membuat diri semakin tenang, semakin gigih, semakin percaya untuk berjaya! Setiap hembusan nafas ini membuat fikiranku lebih harmoni, lebih bersyukur dan jauh daripada segala perkara negatif lagi memudaratkan!

 

* Hanya yang dah ada asas Magis Sebuah Fikiran lebih memahami fungsinya.

Insya Allah.

(‘Like’ jika sudah selesai baca. ‘Share’ seandainya ini bermakna dan bermanfaat untuk orang lain)

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Feb 17, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!