Salam hidup hebat luar biasa! Perkongsian kali ini tentang kuasa Hipnotik. Apa itu Hipnotik dan kenapa ia sangat penting dalam kehidupan, terutamanya seorang peniaga atau mereka yang ingin menjadi manusia berpengaruh.
Merujuk status FB saya yang ditulis pada 8 Nov jam 12.50 petang ini
Ada 4 sumber untuk membina daya Hipnotik. Ramai yang berminat nak tahu, maka posting ini ditulis. Sebelum mula mengetahui 4 sumber tersebut, mari ikuti perkongsian saya ini tentang apa itu daya Hipnotik.
Hipnotik adalah keadaan tentang berlakunya aktiviti pengaruh. Berasal daripada dunia Hipnosis. Semua manusia boleh terpengaruh dan mempengaruhi selagi mana otaknya berfungsi dengan sihat dan baik. Ilmu psikologi manusia banyak digunakan bagi mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri untuk pelbagai sudut.
Daya hipnotik boleh wujud pada sesuatu jenama atau diri individu juga kumpulan. Contoh mudah untuk faham hebatnya daya hipnotik ini adalah dengan melihat contoh sedia ada. Misalnya, apa anda rasa ketika berdepan dengan anggota Polis atau JPJ? Hehe.
Bayangkan, semasa sedang asyik memandu untuk ke suatu tempat, ketika masuk ke sebuah simpang tiba-tiba jalan itu dipenuhi anggota tadi yang sedang bertugas menyekat laluan disitu untuk tujuan pemeriksaan.
Perasan tak, walaupun tak buat sebarang kesalahan tapi tetap merasa cemas, takut, gentar atau sebagainya ketika itu yang membuatkan diri tak senang duduk. Hanya kerana seragam dan logo atau pangkat mereka saja. Apa lagi jika memang anda ada melakukan kesalahan!
Percaya atau tidak, jika kita bertemu dengan anggota tadi tanpa mereka mengenakan pakaian seragam, kita tidak ada perasaan seperti tadi dan mungkin sedikit pun mereka tak mempengaruhi diri kita. Jadi apa pakaian hipnotik kita sekarang?
Bagaimana dengan individu berikut ini,
Kenal? Oh, sekarang daya hipnotik beliau tinggi (sampai jadi contoh dalam posting ini. Haha). Berbanding masa beliau baru bermula dan ketika beliau bukan siapa-siapa.
Hari ini semua kata-kata beliau semua bermakna dan diterima oleh siapa pun yang mahu bekerjasama dengannya. Apa lagi yang kagum dengannya, pasti sangat terpengaruh dengan segala kata atau saranan yang ia berikan.
Kerja beliau dalam mempengaruhi orang lain sangat mudah sekarang berbanding ketika beliau bukan siapa-siapa.
Cuba lihat dalam-dalam pada diri kita dan tanya, “Siapa aku untuk orang lain suka dan perlu terima apa yang aku sarankan atau katakan?”
Mungkin bagi anda sekarang itu tidaklah penting. Bagaimana pula jika anda seorang guru dan harus menguruskan ribuan anak murid yang serba mencabar hari ini?
Bagaimana pula anda seorang ibu atau bapa kepada anak anda yang semakin dewasa, adakah ia cukup bagus dalam mendengarkan kata anda?
Bagaimana pula jika anda seorang peniaga, adakah stranger menjadi prospek lalu menjadi pelanggan anda dengan mudah?
Bagaimana pula jka anda seorang majikan, staff dengar kata dan beri komitmen yang bagus ke untuk syarikat anda?
Jika anda mula rasa perkara ini betul dan sangat penting ada dalam diri anda, baca sehingga habis. Siapa tahu anda adalah orang yang seterusnya menjadi individu berpengaruh. Tidak untuk orang lain, untuk keluarga sendiri pun sudah cukup.
Seorang pakar Hipnosis terkemuka merangkap idola saya, Romy Rafael. Beliau berkongsi 6 perkara asas bagaimana kita boleh mempengaruhi keputusan atau fikiran orang lain. Tapi beliau kongsikan 3 ini dahulu kepada umum,
1. Menguasai Fikiran dan Emosi
2. Mengenali Karekter
3. Kreadibiliti
3 perkara ini menurut saya sangat sesuai diketahui oleh kita apa lagi jika kita seorang peniaga atau bakal peniaga. Walaupun sudah banyak pakar sebut akan perkara ini terutamanya soal kreadibiliti, saya percaya ramai lagi masih memandang remeh mengenainya.
Ikuti perkongsian ini sekarang,
Menguasai Fikiran dan Emosi
Mengenal bagaimana fikiran kita bekerja adalah perkara sangat menarik. Terutamanya tentang minda bawah sedar. Dengan tahu mekanisma gerak kerjanya, kita dapat menguasai fikiran kita dengan lebih baik lagi termasuklah emosi.
Sebenarnya, emosi orang lain hanya dapat dipengaruhi dengan emosi. Jika kita mempunyai rasa ragu dan tidak yakin diri. Ia akan beri kesan kepada orang lain. Kemungkinan besar.. apa kita sarankan juga akan tidak mungkin dicerap atau diterima oleh fikiran bawah sedar orang lain. Penting kita lakukan Self Hypnosis untuk program semula diri kita supaya emosi baik dan lebih percaya diri.
Seorang bekas peniaga roti tepi jalan ini berkongsi pengalamannya selepas saya kongsikan bagaimana emosi kita beri kesan terhadap orang lain.
“Baru saya ingat, masa emosi sedang seronok 1 hari tu. Niaga semua baik dan bagus jer. Tak pernah pun ada isu apa-apa pasal perniagaan tu. Enjoy jer, orang singgah cuma nak tanya atau borak pun kita ok saja. Tapi masa tengah emosi tak elok, habis jejaskan usaha hari tu. Ada je tak kena. Sampai sales cuma dapat RM2.00 jer sehari! Tambah down lah jadinya lepas tu.” – Nurul Anwaar, bekas peniaga roti.
Sekarang beliau sudah selesai mempelajari ilmu hipnosis dan mempraktik pengetahuan tersebut dalam perniagaan online. Hasil usahanya pun lebih elok daripada sebelum ini.
Adakah dengan berniaga secara online pun emosi kena jaga? Oh, sudah tentu. Berpunca daripada emosi tak terurus boleh menyebabkan tindakan tak membantu urusan perniagaan. Nak buat ayat jualan pun stuck. Nak closing prospek pun tak rasa seronok.
Jangan hairan pula jika kita dapat kendalikan emosi orang lain dengan baik jika emosi kita tenang. Sebab itulah “Orang yang tenang selalu menang.” salah satu sebabnya, orang yang tenang sentiasa berada dalam zon hipnotik iaitu keadaan yang membolehkan bawah sedar dirinya diprogramkan untuk dapat menguasai fikiran dan emosi dirinya sendiri sehingga membolehkan ia menguasai emosi pihak lawan.
Mengenali Karekter
Manusia mempunyai pelbagai bentuk karekter yang terbina berdasarkan apa yang telah ia programkan ke bawah sedarnya. Program tersebut diproses oleh bawah sedar menjadi sikap-sikap dan tindakan tertentu termasuklah kebiasaan. Akhirnya mempengaruhi dalam terbentuknya sebuah karekter.
Disini saya ingin kongsikan tentang submodaliti yang ada diajarkan dalam program Hipnosis dan Neuro Linguistic Programming (NLP). Tentang sumber penerimaan informasi seseorang melalui panca indra utamanya. Secara asas terbahagi kepada 3 kategori iaitu VAK,
Visual
Auditory
Kinesthetic
Orang V lebih cenderung menerima informasi melalui kekuatan panca indra penglihatannya. Orang A pula kekuatan berkaitan indra pendengarannya manakala K lebih kepada sentuhan atau perasaan.
Dengan ini, jika kita kenal lawan bicara atau seseorang itu sama ada ia V, A atau K.. akan memudahkan kita untuk dapat mempengaruhi mereka dengan lebih berkesan. Bukan pakai langgar saja. Inilah kerja-kerja hipnotik.
Menariknya adalah apabila kita kenal kekuatan dan kesesuaian diri kita sendiri. Ia akan meningkatkan daya hipnotik dengan lebih baik berbanding jika kita meniru atau terikut-ikut untuk jadi orang lain.
Kreadibiliti
Ini topik disukai oleh orang bisnes. Jika anda baru dengar perkataan ini, saya jelaskan secara ringkas. Ia adalah tentang daya yang membina kepercayaan kepada orang lain terhadap kita. Misalnya, macam mana saya akan percaya berurusan dengan anda di Facebook jika profil fb anda tidak menggunakan nama dan gambar sebenar diri anda?
Ada banyak perkara yang dapat membina kreadibiliti. Misalnya, diri kita sendiri dalam memberikan respon atau berkongsi informasi. Saran daripada orang lain kepada orang lain sama ada secara tag di fb atau mulut ke mulut tentang kita , servis atau hasil kerja kita. Apa saja nilai positif yang diberikan kepada kita, itu meningkatkan kreadibiliti diri kita.
Apabila orang lain berurusan dengan kita, mereka akan lebih mudah dipengaruhi. Dengan kata lain, rela untuk dihipnosis. Apa saja kita sarankan akan didengar dan diterima oleh mereka. Macam Jack Ma tadi.
Kenapa kreadibiliti sangat penting, ini kerana ia akan merendahkan logik seseorang dan meningkatkan keupayaan mencerap informasi dengan baik terus ke bawah sedar. Berlakulah yang dinamakan ‘terpengaruh’. Inilah daya hipnotik.
Oleh itu, untuk membina daya hipnotik dengan baik, 3 asas ini sangat penting dikuasai.
Tahniah sebab dah hadam 3 asas hipnotik ini, sekarang mari kita ke topik 4 sumber bina daya hipnotik. Sangat bagus jika anda seorang ahlinya Hipnosis. Berikut ini adalah perkara yang pertama. TEKAN SINI