3 Perkara Berpengaruh Untuk Kekal Positif

Dengan mengingat Allah, Jiwa akan Tenang.

Bagaimana untuk kekal positif, tenang dan dapat kendalikan diri dengan lebih baik?

Otak kita kerjanya berfikir. Ada 2 bentuk fikir, negatif dan posifit.

Sering kita dengar saranan supaya kita berfikiran positif. Bersangka baik. Buat perkara baik.

Sebab ada kesan langsung kepada Otak kita rupanya. Bukan saja-saja dan bukan biasa-biasa.

Ketika kita berfikir positif dan sesaat saja kita leka untuk dorong diri fikir positif. Maka fikiran kita automatik akan fikir sebaliknya, iaitu negatif.

Yelah.. dia tak boleh berhenti bekerja. Dah kita tak pacu dia fikirkan positif. Dia akan fikirlah sebaliknya. Tetap terus bekerja.

Jadi, tanggungjawab kita adalah pandu dia. Pilih untuk nak fikir apa.

Cabarannya apa? Boleh konsisten tak..? Betul?

Kagum lihat orang yang positif ni. Macam mana dia boleh kekal positif. Pasti ada sesuatu yang terpasak kuat pada bawah sedar atau jiwanya.

 

Berikut ini 3 perkara yang mempengaruhi diri untuk kekal positif;

1. Orang beriman ada Allah di jiwanya.

Dengan ingat dan merasakanNya. Diri akan cenderung terdorong pada kebaikan. Takut untuk berbuat dosa dan salah. Berhati-hati dalam berfikir, bercakap, berbuat atau bersangka.

Islam pula adalah agama dan cara hidup. Ada panduannya. Lengkap dah. Ikut tak ikut. Amal tak amal je.

Bersyukurlah bagi yang beragama Islam dan yang masih diberi nikmat Iman.

2. Sentiasa hadir majlis ilmu. Di situ ada kumpulan manusia yang sama cara fikir. Sama hasrat. Orang kata vibration sama. Selari.

Bila hadir majlis ilmu ni, kita cenderung berkembang pengetahuan. Suasananya positif. Semangat tu macam di topup balik. Jadi bekal untuk teruskan kehidupan lebih baik.

Bahasa moden kata: Kena ada Circle yang betul.

3. Sentiasa belajar sedar diri. Teknik sedar diri ni maknanya anda sedar apa yang anda fikir.

Misalnya, anda tahu yang anda fikir adalah hal salah dan negatif. Maka, balas balik fikiran itu dengan memikirkan hal positif.

Begitu.

Bukan buat saja atau buat tak tahu je bila fikir. Itulah beza orang sedar dan tidak.

Belajar sesuatu? Share kepada yang lain juga supaya mereka juga peroleh manfaatnya.

 

Shahrain Remeli
Saya suka tulis tentang dunia bawah sedar dan Hipnosis kejayaan (t.me/hwchannel). InsyaAllah.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Apr 7, 2021 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!