Kenapa Penting Belajar Hipnosis (Hypnosis)?

Sudah lebih 7 tahun menekuni dunia yang penuh dengan kontroversi, iaitu Hipnosis. Akhirnya ia semakin dikenali dan mendapat tempat dihati dan fikiran ramai orang di Malaysia. Maklumlah, hipnosis adalah ilmu yang sering disamakan dengan ilmu pukau yang berunsur mistik dimata segilintir masyarakat.

Alhamdulillah, kerja keras yang berterusan dapat memperkenalkannya kepada ramai orang tentang manfaatnya. Tentunya ia bukan kerja yang mudah.

Mungkin anda adalah orang yang belum lagi kenal tentang Hipnosis saat ini tapi tergerak mencari atau didorong ke sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut mengenainya. Atau mungkin saja anda adalah pengikut setia yang suka untuk belajar. Teruskan membaca perkongsian ini.

Saya suka berkongsi tentang dunia Seni kuasa minda bawah sedar & Hipnosis kejayaan. Tentang dunia ‘Self Development’ dan berkaitan pencapaian dalam kehidupan pastinya.

 

Ada 3 cara mudah untuk peroleh perkongsian semasa saya,

  1. Anda boleh mengikuti saya di Facebook ini : Shahrain Remeli
  2. Subscribe Channel Telegram ini : Hypnotic Works Circle
  3. Subscribe Youtube Channel ini : HW Studios

 

Apa itu Hipnosis?

Sebelum pergi lebih jauh. Elok kita kenal dulu apa itu Hipnosis.

Ia sebuah keadaan berpengaruh yang kerap kali dilalui oleh semua manusia setiap hari. Keadaan macam mana? Keadaan apabila fikiran bawah sedar aktif terbuka dalam menerima sebuah saranan atau informasi. 

Kenapa dangan bawah sedar? Fikiran bawah sedar adalah sistem kesedaran sedia ada dalam Otak manusia. Kesedaran ini sangat gemar diceritakan dan dimanfaatkan oleh orang sukses.

Bawah sedar bertugas menterjemahkan informasi yang diberikan kepadanya kepada tindakan, sikap-sikap dan kebiasaan. Hingga menjadi autopilot pada diri kita. Ia bekerja tanpa kita sedari.

Misalnya,

Anda kerap kali melihat, mendengar atau bercakap tentang sesuatu perkara. Tanpa sedar, apa yang anda lihat, dengar atau katakan itu menjadi sebuah informasi/nilai yang termasuk ke bawah sedar. Apa yang berlaku setelah itu, informasi/nilai tersebut diproses oleh bawah sedar menjadi kebiasaan, tindakan atau sikap-sikap pada diri.

Tanpa sedar, anda sudah ada kebiasaan, tindakan atau sikap-sikap tertentu sesuai dengan informasi/nilai tadi.

Informasi/nilai ini disebut sebagai ‘program’. Program inilah yang di install ke bawah sedar supaya menjadi sebahagian dari diri kita. Inilah yang disebut sebagai Reprogram! Manusia boleh diprogramkan semula.

Kita boleh terprogram dengan apa kita fikirkan atau apa yang terlintas difikiran. Jika kita fikirkan sesuatu itu susah untuk dilakukan, bawah sedar akan memprosesnya kepada tindakan yang selari iaitu kita akan mendapati nak buat perkara itu susah hingga akhirnya kita yakin dan sahkan bahawa betul lah perkara itu susah!

Malah, bawah sedar kita juga boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Ya, seolah di hack. Dalam erti kata lain, gejala pengaruh mempengaruhi.

Apa orang lain buat dan cakap. Boleh mempengaruhi kita secara sedar atau tidak. Begitu juga dengan kita. Kita juga dapat mempengaruhi orang lain dari apa yang kita buat dan cakap. Tak kisahlah melalui tulisan ke, video ke atau apa cara sekalipun. Apabila ia dilihat, didengar atau dibuat oleh orang lain, akan hasilkan kesan pengaruh.

Saya suka sebut sebagai kuasa dorongan. Inilah kesan-kesan Hipnotik. Inilah yang disebut sebagai Hipnosis iaitu keadaan berpengaruh.

 

.. Nah, dipendekkan cerita. Dari sebuah keadaan itu ia akhirnya menjadi sebuah seni yang dapat dimanfaatkan atau diaplikasikan oleh ramai orang. Iaitu dapat dipelajari secara berstruktur. Maka disebutlah keadaan yang kini dapat dimanfaatkan secara sengaja sebagai Hypnosis. Dari sebuah Keadaan menjadi Seni.

 

Apa Manfaat Belajar Hipnosis? Kenapa kena belajar?

Saya yakin. Ramai yang ingin tahu kenapa Hipnosis ini penting dipelajari. Berikut ini penjelasannya.

 

Pernah tak anda rasa apa yang anda buat serba tak kena? Hilang arah tuju? Stuck? Rasa hilang semangat, down? Padahal sebelum ini baik-baik saja.

Itu disebabkan kesan pengaruh sekitar harian anda. Itu juga disebabkan emosi atau tekanan yang tak terurus. Orang kata stres tak terurus. Ia boleh membunuh tindakan atau membantutkan usaha diri untuk lebih berjaya.

Selalunya disebabkan faktor pengaruh luar. Anda tak sedar sudah dipengaruhi secara senyap. Mula-mula tak perasan, lama-lama baru nampak kesannya setelah alami isu yang disebut awal tadi. Belajar hipnosis dapat membaca proses pengaruh dan dapat membendung diri daripada terpengaruh dengan programming merugikan!

 

Pernah perasan tak apa dikatakan atau disampaikan kepada orang lain macam tak ‘power’. Tak berkesan. Tak mendorong. Orang kata tak berpengaruh. Selalu tertolak atau mudah ditolak oleh orang lain. Jika anda warga pendidik, trainer, penjual, pemilik bisnes atau yang banyak berurusan dengan manusia pasti memerlukan kuasa pengaruh dalam komunikasi.

Rupanya cara bercakap atau berkomunikasi ini ada seni dan ilmunya. Bukan hentam kromo je. Hipnosis adalah antara seni komunikasi efektif bawah sedar.

 

Pernah rasa macam tak boleh nak ‘move on’ dari masa lalu? Takut tentang sesuatu secara berlebihan sampai ganggu aktiviti harian? Alami isu berkaitan emosi dan fikiran misalnya seperti yang ramai orang alami sekarang ini, anxiety, depress dll. Ia real. Mereka yang alami isu begini saja tahu betapa siksanya!

Hipnosis adalah antara ikhtiar efektif dalam memprogram dan menguruskannya semula. Menjadi terapi yang disebut sebagai Hipnoterapi.

 

Belajar hipnosis untuk mendorong diri sendiri dan orang lain. Menjadi orang yang mempunyai daya hipnotik atau berpengaruh. Sekaligus mempunyai skill sebagai juru program bawah sedar manusia.

Belajar Hipnosis dapat sengajakan untuk membuka atau aktifkan bawah sedar supaya terima program yang diperlukan. Ia mengajarkan soal ketepatan dalam menjalankan kerja-kerja programming. Ia ilmu rare dan mahal.

 

Bagaimana untuk mempelajarinya?

Ilmu Hipnosis tidak boleh dipelajari secara atas talian atau membaca. Itu hanya untuk pengetahuan saja. Jika ‘Ilmu’, ia hanya diperoleh dengan aplikasikannya saja. Praktik. Jadi, penting datang ke bengkel latihannya.

Jika anda baru mahu mengenali dan ingin mempraktik sendiri ilmu hipnosis yang berkaitan untuk kemajuan diri. Ia boleh dipelajari melalui Online. Ikuti saja pelajarannya disini, jangan tunggu lagi : https://hypnoticworks.net/program-online-hipnosis-kejayaan


Ilmu Hipnosis standard hanya ada 3 tahap saja. Mudah dipelajari. Mudah dikuasai. Setiap tahap durasi permulaan diperlukan cuma 8 jam sahaja.

 

1 – Level Certified Hypnotist (CH) – 8 Jam

Ini level Fundamental. Asas Hipnosis dan Hipnoterapi. Bila sebut pasal asas jangan ingat ia preview atau biasa. Tahap inilah kunci utama ilmu Hipnosis. Jika pada tahap ini gagal menguasainya, maka gagal lah dalam melakukan Hipnosis. Pada tahap inilah anda perolehi gelaran sebagai Hipnotis iaitu pengamal Hipnosis terlatih (bertauliah).

Setiap sesuatu ada asasnya. Nak memasak pun kena kuasai asasnya. Jika tidak, hilanglah nikmat atau keberhasilannya.

Anda boleh pelajarinya secara perseorangan, berkumpulan atau datang mengikut jadual program tersedia. Berikut ini modul khas dari saya sendiri iaitu Spectacular Hypnotism Mastery Lihat disini : https://hypnoticworks.net/shm

 

2 – Level Certified Hypnotherapist (CHt) – 8 Jam

Ini level ‘Advance’. Untuk ke level ini mesti sudah ada dan lulus tahap CH (Asas).

Disini anda dapat mengaplikasikan teknik-teknik programming untuk perkara lebih mendalam atau isu yang lebih berat sekaligus menjadi seorang Hipnoterapis.

Tak semestinya anda harus jadi terapis. Dengan pelajaran ini, pengetahuan hipnosis anda semakin berkembang. Anda miliki rahsia dan teknik yang lebih tinggi dalam melakukan kerja-kerja mendorong diri sendiri dan orang lain. Dah tahu bagaimana proses programming boleh dibuat secara ramai-ramai dll.

Boleh beri atau sumbangkan khidmat secara peribadi atau tambah nilai dalam servis sedia ada anda sekiranya anda seorang terapis, perawat dan yang sama dengannya. Ia semakin diperlukan ramai orang.

 

3 – Level Instructor (CI) – 8 jam

Jika nampak title CI pada nama seseorang. Itu tanda ia adalah seorang Instructor Hipnosis dan Hipnoterapi. Ia boleh mengajar dan melatih orang lain  dan melahirkan lebih ramai Hipnotis dan Hipnoterapis. Untuk ke level ini pastinya harus selesai dahulu level CH & CHt dengan terampil.

Tahap ini diberikan tools dan kelengkapan untuk mengajar dan melatih. Lebih kepada bagaimana menjalankan program, menyampaikan pelajaran Hipnosis itu sendiri.

Sebelum ke tahap ini, pihak saya di Hypnotic Works menganjurkan sebuah Training level Master untuk memperkasakan diri dengan ilmu Hipnosis yang ada supaya kualiti menjadi seorang Instructor itu ada. Bukan sekadar title.

Begitu.

 

4 – Level Master Hypnotist (CMH) – 4 Hari 3 Malam

Ini adalah level eksklusif. Pelajaran dan latihan 4 hari. Diberikan skill tambahan dan dilatih untuk berkarya, melahirkan variasi teknik pelbagai. Meningkatkan daya kreativiti seorang hipnotis. Hanya setahun sekali saja ia diadakan. Terbuka kepada ahli CH & CHt kami serta dari perguruan lain.

 

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Hipnosis? Ikuti perkembangan dan perkongsian kami.

InsyaAllah.

 

* Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagi setiap level pelajaran tersebut atau mungkin ingin mengundang kami sebagai pelatih kepada tim/group anda. Sudilah hubungi kami terus melalui emel ke hypnoticworks.hq@gmail.com / hq@hypnoticworks.net atau Whatsapp ke 011-1679 9000

Aug 14, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey