Hipnosis Untuk Terapis

Ada banyak pendekatan berpengaruh dalam mengurus klien atau mereka yang sedang memerlukan proses kesembuhan melalui rawatan atau terapi. Pendekatan berpengaruh ini merujuk kepada seni komunikasi. Antara seni tersebut adalah Hipnosis.

Sebut tentang Hipnosis, pasti ada diantara para pembaca yang masih tertanya-tanya apa itu Hipnosis atau masih percaya dengan mitos bahawa hipnosis itu bukan ke ilmu pukau? Hehe.. itu biasa dan ia normal.

 

Posting kali ini kami ingin kongsikan kepada para perawat atau terapis alternatif terutamanya. Adakah anda sedang alami masalah berkaitan..

  • Bagaimana membangunkan hubungan berpengaruh terhadap klien,
  • Tidak tahu bagaimana untuk tingkatkan mutu servis anda,
  • Alami masalah kurang mahir berbicara atau memberi saranan yang hipnotik (beri kesan mendorong) kepada klien,
  • Bagaimana mematahkan kepercayaan yang salah klien miliki supaya proses kesembuhan dapat berjalan dengan lebih baik,
  • Tidak kenal dan tidak tahu potensi klien untuk lebih mudah dibantu dll.

 

Jika anda sebagai perawat atau terapis yang mempunyai masalah seperti yang disebutkan tadi, ini sangat sesuai untuk anda.

 

Pihak kami Hypnotic Works membangunkan modul latihan Hipnosis Untuk Terapis #Hypno4Therapist khas untuk mereka yang bekerjaya sebagai seorang perawat atau terapis bagi meningkatkan daya hipnotik diri dan kualiti dalam membantu klien.

Pasti anda perasan, kenapa ada sesetengah perawat/terapis memberikan khidmat yang anda lihat biasa saja dan sama saja seperti apa yang anda tawarkan. Tapi.. kenapa klien lebih terkesan. selesa dan tampak efektif bila mendapatkan khidmat daripada mereka? Jika dari sudut perniagaan pula, servis mereka lebih dapat sambutan.

Ada perkara asas sebenarnya yang penting untuk anda tahu jika anda mula berjinak-jinak dalam bidang ini atau memang sedang fulltime dengan kerjaya ini.

 

Tidak cukup dengan bagusnya skill anda dalam merawat atau melakukan terapi. Anda perlukan skill dalam berurusan dengan fikiran bawah sedar manusia juga. Asas seninya ada dalam Hipnosis untuk Terapis ini. Rahsia tentang apa itu Hipnosis pun anda dapat sama.

 

“Sebelum saya mengenal dan menguasai Hipnosis. Khidmat saya dalam rawatan alternatif misalnya waktu menangani isu berbaur mistik seperti rasuk dan yang sama maksud dengannya itu ambil masa yang lama, sulit dan kadang sampai diri sendiri pun jadi letih, stres, terbeban dengan masalah klien. Lepas saya kenal dan tahu apa itu seni Hipnosis. Alhamdulillah, baru saya sedar bagaimana kendalikan klien yang alami isu seperti itu tadi dan saya sendiri dapat mengurus fikiran dan emosi sendiri, tidak terikat dan terbawa-bawa masalah yang klien alami. Mudah. Klien lebih cepat terkesan.”

– Shah, Perawat Perubatan Islam, Nur Qubro, Johor.

 

Menurut kami yang sudah hampir 8 tahun dalam industri latihan dan terapi ini, skill atau seni komunikasi bawah sedar sangat memainkan peranan penting. Supaya apa yang disarankan lebih mudah diterima oleh klien dan ia terbantu. Kerana klien yang memerlukan khidmat kita hadir dengan pelbagai ragam isu atau cara fikir. Seorang perawat / terapis itu sendiri perlukan persediaan dan ilmu dalam mengendalikannya.

 

Kami telah melatih ramai peserta dari golongan profesional seperti Doktor perubatan, kaunselor, perawat alternatif, terapis  serta jurulatih kecerdasan dll dan mereka mengakui bahawa Hipnosis adalah antara aplikasi yang sangat membantu mempermudah urusan mereka dalam mengendalikan diri dan klien.

 

Jika disebut soal isu berkaitan mistik tadi, tidak semua masalah aneh itu disebabkan Jin atau dilabel sebagai Mistik semata sebenarnya. Kebanyakannya adalah disebabkan isu berkaitan Emosi dan Fikiran. Hipnosis bertumpu pada wilayah ini. Kurang lebih, anda dapat bantu klien untuk uruskan semula bebanan emosi yang ia tanggung. Menarik kan?

 

InsyaAllah dengan pendekatan Hipnosis ini, anda dapat mengenal potensi diri dan klien serta bagaimana membangunkan daya hipnotik diri untuk membantu mereka yang mahu dibantu.

 

 

 

Apa yang anda peroleh?

Ada 7 asas perkongsian dalam siri latihan Hipnosis untuk Terapis ini iaitu;

1 – Apa itu Hipnosis?
Kita akan berkenalan secara jelas tentang apa itu Hipnosis. Macam mana nak kuasai kalau kenal dengan jelas pun tidak kan?

2 – Teknik ‘Membaca’ Klien
Teknik bukanlah teknik untuk dapat membaca apa yang klien sedang fikirkan atau katakan dalam hati mereka. Maksud membaca itu sendiri adalah bagaimana meneliti maksud-maksud dari isyarat tingkahlaku, kebiasaan atau kecenderungan apakah yang ada pada klien. Teknik ini beri kesan meningkatnya daya hipnotik seorang terapis/perawat itu sendiri.

3 – Basic Hypnosis In Business
Menariknya dalam modul ini disertakan dengan asas Hipnosis dalam Perniagaan. Kerana anda terkait dengan urusan memberikan servis kepada klien dan banyak berurusan dengan manusia. Pengetahuan ini sangat membantu anda untuk bagaimana menjual, membina jenama dan menguruskan klien tanpa perlu memaksa.

4 – Skrip Hipnotik Verbal dan Non-Verbal
Kita akan belajar bagaimana lantunan kata hipnotik, susunan dan rahsia kata hipnotik yang penting kita gunakan semasa berurusan dengan klien. Selain itu juga, kita akan menekuni seni mempengaruhi tanpa bicara.

5 – 3 Asas Cerapan Saranan
Ini adalah pendedahan eksklusif kerana 3 asas ini dari pelatihan menjadi Hipnotis bernilai RM1,599. 3 teknik ini akan membantu menjadi antara alat ukur ringkas bagaimana keadaan seorang klien hingga dapat beri kesan hipnotik kepadanya. Teknik ini juga dapat meningkatkan kepercayaan klien kepada anda dan membantu proses penerimaan saranan berjalan dengan sangat baik seterusnya.

6 – 3 Kunci Proses Hipnosis
Di sini anda akan didedahkan rahsia besar seni hipnosis dengan 3 kunci utamanya. 3 kunci ini dapat membantu anda menyusun persediaan emosi dan fikiran, dapat sedia untuk menyusun kata dan tindakan. Teknik ini membuat klien jatuh cinta dengan anda, membuat klien merasa senang berurusan dengan anda.

7 – Relaxation Therapy
Bonus terapi dari seni Hipnosis diberikan. Anda boleh terapkan pada diri sendiri atau pun untuk bantu klien anda yang alami isu beban emosi, stres dll yang berkaitan dengan fikiran dan emosi untuk mereka dapat lebih bersedia, relax, tenang dan terkendali dari biasanya. Ini akan memudahkan proses anda sebelum memberikan servis terapi atau rawatan.

 

Harga/Yuran Penyertaan: RM599

Umum: RM259 shj (ikut jadual program umum online/hadir diri)
Personal Class
: RM799 shj (2 hari – dapat bonus modul hipnotis fundamental bernilai RM1,599)

 

Sekiranya anda seorang perawat / terapis tak kiralah alternatif dan sebagainya. Memerlukan tambah nilai seni Hipnosis untuk anda manfaatkan dalam servis anda sedia ada, boleh ikuti bengkel latihan Hipnosis Untuk Terapis ini secara berkumpulan atau perseorangan ( one to one) bersama pihak kami. Whatsapp di sini untuk buat temujanji atau tempahan program : bit.ly/msj-hw

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Oct 9, 2020 | Posted by in Blog, Jadual Program Terkini | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!