Kesaktian Kesedaran – Waspada Supaya Lebih Berjaya

“eling lan waspodo”

Setiap hari bangkit dari tidur. Kaku beberapa saat. Fikiran terlintas tentang bagaimana hariku pada hari ini. Tak sedar, kaku sekejap itu tanda sedang lalui keadaan Hipnosis. Jika fikir yang baik, bagus. Jika sebaliknya? Hmm..

Ketika bergerak untuk bersihkan diri setelah bangkit. Kadang tak terfikir untuk perhatikan kesihatan otak dan tubuh. Adakah semua baik-baik saja? padahal hari-hari pakai. Kan.. terus saja mandi. Maklumlah rutin biasa kan..

Lalu bercermin. Saat bercermin, terlihat raut wajah mula terlihat ada sedikit perubahan. Pada rambut, mula terlihat sudah sedikit beruban. Kedutan kecil sudah terlihat dll.

 
Mula sedar.. umur sudah semakin meningkat. Bagaimana dengan amalan, ilmu, pencapaian kehidupan dll mula terpampang dalam fikiran. Rasa risau, terdorong untuk bersegera buat sesuatu.

 
Maka dengan kesedaran itu, diri semakin sedar diri, bersujud dan perbaiki amal soleh. Mana yang tertangguh, diusahakan selesai dengan segera. Mula bersenam. Mula jaga makan. Tidak terkejar hal kerakusan dunia, ketenangan jiwa adalah kekayaan yang diperlukan. Bila tenang, insyaAllah menang dalam urusan lainnya.

Sebenarnya perubahan yang berlaku pada diri sudah lama berjalan. Prosesnya panjang. Cuma tidak disedari saja. Tanpa sedar perubahan kecil itu lama-lama terkumpul hingga menjadi besar dan terlihat jelas. Pada waktu itu kesedaran mula terpacu lepas terhantuk dengan hasil nyata.

 
Apa tunggu lagi kalau dah terang bersuluh, masa untuk bertindak buat sesuatu dengan penuh kesedaran. Sedar untuk mahu berubah. Masa itulah perubahan mula berlaku.

Kesedaran itu anugerah dariNya.

Diantara sedar dan tidak sedar itu ada kesedaran luar biasa, iaitu bawah sedar. Ia kesedaran yang merakam apa kita lihat, dengar, cakap, buat dan menerima info kemudian memprosesnya kepada kebiasaan, tindakan dan sikap-sikap. Automatik. Sifatnya lurus. Sama ada ia terima info atau rakaman perkara betul atau tidak, ia buat saja.

 
Dengan kesedaran mengenainya sajalah, ia dapat ditadbir. di reprogram dan dipandu semula supaya kebiasaan, tindakan dan sikap-sikap yang sesuai dapat dihasilkan. Dapat bantu diri sendiri. Dapat beri laluan supaya terbantu dan dibantu.

Begitulah juga bila sudah susah, merugi, sakit yang aneh, tindakan dah melalut, terancam, stuck dll.. barulah sedar untuk berubah. Baru sedar ada tak kena pada diri. Barulah mencari-cari cara bagaimana menyelesaikannya. Itu pun jika sedar.

Selalulah waspada dengan perubahan kecil yang berlaku pada diri dan sekitar kita setiap masa. Awasi apa kita lakukan setiap masa. Ia rahsia menguasai kesedaran bawah sedar supaya hasilkan dorongan berpengaruh yang menguntungkan kita. Dengan mempelajarinya, kita lebih sedar menguruskannya.

* Bagaimana cara untuk mendorong orang lain supaya peroleh nikmat sedar yang menguntungkan? Tak ada lain iaitu berpesan-pesan / menyampaikan.

InsyaAllah.

#HipnosisKejayaan Online
👉 bit.ly/HkOnline

Aug 14, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.

Premium Wordpress Themes by Master Rey