Pasti anda pernah lalui saat ketika apa yang anda sampaikan tidak begitu mendorong atau mempengaruhi lawan bicara anda. Tak kira, sama ada ketika berkomunikasi dengan anak, saudara, keluarga, rakan atau pelanggan.
Mesti mula rasa down atau tak yakin diri lagi untuk bercakap dengan sesiapa. Rungsing juga kenapa orang mula susah nak dengar kata. Hmm..
Hipnosis mengajarkan tentang komunikasi efektif yang dapat mempengaruhi fikiran bawah sedar dan tentang ketepatan dalam memberikan saranan.
Pendekatan Neuro Linguistic Programming (NLP) juga ada dalam pengetahuan hipnosis kerana NLP dibentuk hasil daripada mengkaji kerja-kerja tokoh hipnosis hingga akhirnya terbentuk sebuah disiplin ilmu yang memudahkan orang ramai belajar. Tanpa NLP, tiada siapa dapat belajar hipnosis dengan baik dan tanpa Hipnosis, NLP mungkin tidak wujud hari ini. Ia saling melengkapi.
Selain daripada pengaruh bahasa badan dan teknik mengenali cara bagaimana seseorang itu mencerap maklumat iaitu dengan keupayaan indra utamanya seperti pendengaran, penglihatan, rasa dan lain-lain lagi yang lebih sering dijelaskan sebagai submodaliti VAK (Visual, Audiotori, Kinestatik). Saya kongsikan tip asas yang lebih ringkas untuk kita mula aplikasikan.
Sebenarnya, sifat VAK seseorang itu tidak kekal. Ia berubah dan boleh dipengaruhi oleh suasana dan persekitarannya yang terkini. Ramai yang ingat, VAK ini kekal sampai bila-bila.
Tip asas yang lebih ringkas untuk kita mula aplikasikan kali ini antaranya dengan konsep teknik membina hubungan baik atau rapport istilahnya jika dalam NLP cuma dengan gaya Hipnosis ringkas.
Setiap kali berurusan dengan seseorang, lakukan RSS ini sebelum mula memberikan saranan atau informasi.
R – Raikan
Sebelum kita mahu perkataan, pendapat atau saranan kita dapat diterima baik kebawah sedar seseorang. Belajar untuk meraikan terlebih dahulu pendapat mereka, apa yang mereka percaya atau sukai.
Bayangkan, ketika kita sedang cuba meyakinkan atau memberikan penjelasan/pendapat, lawan bicara kita menolak mentah-mentah begitu saja. Pasti sentap atau sangat terasa hingga membuatkan kita tidak selesa lagi dengannya.
Jika kita sangat tidak selesa apabila pendapat kita ditolak begitu saja. Begitu juga orang lain. Belajar meraikan apa orang lain sedang percaya. Tolak dengan cara menambah.
Aplikasi : Tolak Tambah
“Bagus idea kamu ini. Cuma.. cuba kita (sambil memberikan pendapat kita)”
Gunakan perkataan : CUMA, CUBA
Cara ini lebih baik daripada,
“Idea kamu ni tak menarik. Gunakan idea saya, yang ini lebih baik..”
S – Selami dan Samakan
Proses menyelami jiwa seseorang dan samakan sesuatu keadaan atau perkara tentang kita dengannya. Ini adalah teknik hipnotik yang dapat membina keselesaan dan keterbukaan.
Misalnya, untuk mempengaruhi / mendidik anak, kita perlu didik mereka sesuai dengan zamannya. Jika kita ketinggalan, mereka cenderung menolak program-program atau dorongan daripada kita. Ketika kita sebagai seorang kawan dimata mereka, potensi untuk mendorong adalah besar.
Aplikasi : Penting untuk kita membuat kajian atau meneliti semua sisi seseorang itu terbilh dahulu supaya dapat kenalpasti bagaimana untuk mula samakan sisi kita yang sesuai dengannya. Gunakan soalan supaya lawan bicara bercerita mengenai sisinya. Usah kita yang sibuk bercakap-cakap tentang sisi kita saja kerana orang tidak selesa jika kita terlalu mengangkat diri atau syok sendiri.
S – Saranan
Ketika proses R dan S pertama sudah dilakukan dengan baik. Peluang dan potensi bawah sedar subjek terbuka untuk menerima informasi atau saranan kita adalah besar. Kerana lawan bicara kita sudah selesa dan bersedia.
Waktu ini jika sesuai dan tepat keadaannya, perkataan atau saranan mendorong dapat menjadi makanan yang hadam oleh bawah sedar mereka. Masa inilah waktu kita pula bercerita sisi kita atau memberikan saranan sesuai kepadanya.
Jika menjual, mereka seronok membeli. Jika beri nasihat, mereka tenang terima. Jika beri cadangan, mereka cenderung berkata ‘ya’.
* Dalam pengetahuan Hipnosis (www.hipnotis.my/fundamental-hypnosis) ada mengajarkan cara mengesan tanda-tanda ketepatan keadaan seseorang yang sesuai untuk kita jalankan kerja-kerja mendorong terhadapnya. Inilah kemahiran yang unik kerana kita belajar melihat dan mengukur KETEPATAN. Bukan cuba nasib.
Adakah anda belajar sesuatu? Jika YA, senang-senanglah kongsikannya dengan yang lain.
InsyaAllah.