Self Sabotage – Peramal Masa Hadapan

Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”


Belum berjaya, belum kaya raya, sudah ada sikap sombong. Mungkin tak sombong dengan manusia tapi sombong dengan Allah.

Kemudian, bersangka (sudah meramal) kelak jika ia berjaya atau kaya raya ia bakal sombong dan salah guna kelebihan yang ada. (Patut pun belum dapat-dapat lagi)

Padahal kita tidak tahu akan datang kita seperti apa. Salah satu cara nak tahu adalah melihat siapa kita hari ini.

Sebab, itulah punca untuk akan datang.

Bagaimana kekayaan atau kejayaan mahu mudah datang atau dimiliki jika kita sudah mendoakan diri serta meramal terlebih dahulu bahawa kita sangat negatif kelak bila dapat anugerah itu.

Kesannya jelas.

Kenapa tidak mendoakan atau meramalkan diri yang baik dan hebat-hebat saja?

Bukan itu sahaja, ramai orang merasa dirinya tidak dibekalkan sebarang potensi dalam hidup ini. Sedangkan itu jelas tidak benar. Kita dilahirkan ke dunia ini penuh dengan potensi tidak terduga. Cukup bicara tentang kehebatan Otak atau kurniaan Akal sahaja sudah membuktikan betapa dahsyatnya manusia. Tapi kenapa ia jalani hidup dengan biasa-biasa yakni merungut dan mengeluh sebelum mencuba?

Tidak mahu berjiwa dan berimpian besar (poyo katanya) sedangkan mahu mendapatkan Syurga, Reda dan Rahmat-Nya itu salah satu impian yang sangat besar. Kita memang sudah disarankan untuk ke arah yang lebih baik daripada yang terbaik. Malah kita dipertanggungjawabkan agar hari ke hari kita adalah yang terbaik. Adakah sesuai ia dilabel sebagai kecil dan biasa-biasa? Sedar?

Quote 21

Contoh untuk direnungkan:

Dengan menjual produk A ini, kamu mampu meraih pendapatan bersih Rm3000 sebulan dengan ilmu, sistem dan bimbingan tim kami yang sudah berjaya meraihnya.

Jawab kita:

  • Wah, bestnya. Tapi kalau gagal macam mana?
  • Boleh ke aku buat ni, mesti gagal nanti.
  • Hmm, takpelah. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang ni. (Hakikat dalam hati paling dalam ia nak sebenarnya)
  • Aku dah banyak kali dah berniaga, semua sama je. Tak berhasil pun. Cukuplah dah tertipu sebelum ni.

Jawapan tersebut dikenali sebagai Self Sabotaj. Minda, jiwa dan diri mahu capai sesuatu yang terbaik dalam hidup. Tapi tindakan itu dibantutkan oleh diri kita sendiri.

Tukarkan kata gagal kepada belum berjaya atau merugi. Gagal adalah satu perkara yang sangat teruk.

Adakah layak kita letak diri kita sebagai gagal padahal kita mencuba baru sekali dua? Sedangan orang berjaya itu mencuba tak terkira.

Katakan saja kita boleh cuba dan boleh lakukan. Kemudian buat dulu ikut apa yang sepatutnya. Buat dan perbaiki. Buat dan perbaiki lagi. Bukannya belum apa-apa sudah bersangka yang bukan-bukan.

Cubalah untuk jujur pada diri sendiri. Nak, kata saja nak dan minta ditunjuk jalan sepatutnya. Berdoa dan rujuklah ahlinya.

Kerugian masa lalu yang berulang kali berlaku itu sebenarnya atas sebab kebodohan diri kita sendiri. Akui saja. Bukan salah orang lain. Tiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Temukanlah sebabnya dengan tenang.

Sikap orang berjaya, dia tak sibuk cari dan persalahkan orang lain. Tapi ia selidik hakikat dirinya sendiri. Sebab tak ada ilmu yang betul lah ia layak ditipu, tertipu dan merugi. (ini saya akui sendiri bahawa kerugian masa lalu saya memang disebabkan kebodohan saya sendiri) 

Bila dah kenalpasti masalah ini, tinggal bertindak dengan cara terkini atau berbeza. Usah bertindak dengan cara sama lagi. Update!

Insya-Allah.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jul 24, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!