Tulisan kali ini saya mulakan dengan rekod keajaiban fikiran manusia. Bagaimana ia dapat mengendalikan teknologi.
The Aviator. Sebuah teknologi kerusi roda untuk orang kurang upaya, yang digerakkan menggunakan fikiran telah dihasilkan oleh Profesor Nguyen Hung, dekan Fakulti Teknik dan Teknologi Maklumat UTS, Sydney.
Bagaimana cara kendalikan kerusi tersebut dengan fikiran? Ada 4 cara menggerakkan kerusi tersebut iaitu dengan fikirkan sebuah dadu bergerak, maka hasilnya kerusi akan bergerak kehadapan.
Fikir sedang menulis surat, untuk belok ke kiri. Fikirkan penyelesaian matematik, maka akan ke kanan. Dan pejam mata untuk berhenti.
Menarik kan? Fikiran boleh beri kesan atau perintah teknologi.
Lebih menarik lagi kesan fikiran terhadap tubuh kita. Kerana Otak dan Tubuh itu saling berhubung.
Jika kerap memikirkan tentang isu masa lalu, tubuh akan cenderung tidak bergerak maju ke hadapan. Akan terhambatlah untuk bergerak maju. Ramai alami isu ini, kerana terlalu berlama-lamaan dengan masa lalunya. Inilah salah satu kerja sabotaj diri tanpa sedar.
Analoginya, ketika kita memandu kereta, kita disarankan melihat cermin pandang belakang hanya seketika dan bila perlu. Bukan fokus kepadanya setiap masa sampai akhirnya mengundang kecelakaan. Sedangkan cermin besar untuk kita dapat melihat apa di hadapan jelas disediakan dan lebih utama, supaya kita jelas apa yang akan kita lalui atau hadapi untuk menuju destinasi yang kita tuju.
Bayangkan, anda sedang memandu ke satu destinasi, tapi anda memandu dengan hanya melihat cermin pandang belakang. Potensi anda untuk kemalangan sangat tinggi. Setuju? Jadi, layakkah jika anda ditimpa kemalangan ketika itu dan anda mengeluh dan menyalahkan orang lain?
Begitu juga dalam kehidupan.
Fikirkan perkara ke hadapan. Cukup lihat belakang jika perlu saja. Ambil pelajaran saja dari masa lalu. Penting ada visi dan misi. Penting ada impian dan matlamat. Kesannya pada diri adalah, lahirnya kuasa dorongan kehadapan. Tubuh kita akan bekerja untuk mencapai perkara untuk masa hadapan.
Perkara ini ada hubung kait dengan sistem fikiran bawah sedar diri kita. Memori jangka panjang, emosi dan rakaman sepanjang masa terletak pada bahagian bank memory kita. Pusatnya di bawah sedar. Ramai orang sukses bercerita mengenai keupayaan minda segar ini (bawah sedar). Pengaruhnya terhadap kehidupan kita adalah sebanyak 88%.
Bawah sedar bersifat lurus. Ia adalah jentera pengeluar sikap dan tindakan. Apa saja yang ia terima akan diproses kepada sikap dan tindakan sesuai yang diprogramkan.
Antara aktiviti yang mempengaruhinya adalah kemana tumpuan atau perhatian kita berikan. Disitulah tenaga dan kerja-kerja tubuh dikerahkan.
Jika kita fokus pada masa lalu yang tidak membantu kita maju, maka kesannya, anda akan terasa sentiasa melemah, down, tidak mahu maju atau tak boleh nak move on. Terasa seperti sedang melalui masa lalu pada saat ini. Walhal masa sedang berjalan kehadapan dan anda sudah jauh daripada masa lalu. Begitulah yang dirasai oleh mereka yang mempunyai isu masa lalu, terkurung dengan dunia masa lalu yang terasa seakan sedang berlaku pada saat ini. Hal ini disebut sebagai Regression (berada pada saat ini dan sekarang tapi menghayati masa lalu).
Seni komunikasi efektif bawah sedar (Hypnosis) membantu diri dan orang lain untuk mengakses dan memprogramkan bawah sedar bagi melahirkan kuasa dorongan yang bersesuaian dengan apa di inginkan. Sikap-sikap dan tindakan yang selari terbentuk hasil dari program yang ada di bawah sedar. Penting kita mahir akses dan programkannya dengan baik. InsyaAllah kita dapat memacu diri mencapai kejayaan.
“Kita adalah sebahagian daripada apa kita fikirkan. Isikannya dengan perkara menguntungkan.” – Master Rey
Sudah Dapatkan Panduan Self Hypnosis Ini?
Dapatkan Sekarang! >> TEKAN SINI <<