Dulu sebelum ada premis sendiri untuk bertemu klien. Hampir setiap hari akan ada yang datang ke rumah untuk mendapatkan khidmat. Ni gara-gara yang kenal aku pergi rekemen selalunya.
Pernah waktu tu sedang duduk diruang tamu santai sebentar di petang hari. Mak panggil katanya ada tamu nak jumpa.
“Oh isu apa pula kali ini..” bisik aku pada diri dah hidu ada sesuatu perlu dibantu kali ini. Ciehh.. hihi
“Assalamualikum. Maaf ganggu. Makcik nak minta tolong tengok kan anak cik.. boleh?” dengan nada agak berharap, sayu.
Aku lihat anaknya, usia remaja, lelaki. Agak diam dan termenung. Seolah bingung sendirian menanti apa berlaku kejap lagi.
“Waalaikumsalam cik. Ya, ada yang boleh saya bantu? Cuba cerita apa yang jadi.” tanyaku tak tunggu lama.
“Anak cik ni katanya tak boleh tidur. Tapi dia elok je tidur cik tengok. Bila bangun dia kata dia tak tidur. Otaknya jalan saja, berfikir katanya.”
Macam nak pening mula-mula dengar, bila betul-betul dengar agak unik isunya sebab hal begini baru bagi aku saat itu. Its okay, aku bantu mana yang sesuai dulu.
“Baik cik. Dik.. boleh dengar suara abang?” tanya aku menyapa dia yang sedang seakan blur sendiri.
Dia angguk tanda Ok.
“Apa adik rasa sekarang ni?” sambil duduk disampingnya nak dengar jawabnya. Tak sempat betulkan kedudukan dia menjawab dengan nada lemah,
“Saya tak boleh tidur bang. Penat! Dah cuba banyak kali tapi saya tak tidur juga.”
Aku lihat matanya memang macam orang tak cukup tidur kepenatan.
“Oh, jadi adik rasa adik tak boleh tidur ya?”
Dia angguk. Ringkas.
Aku sarankan dia duduk relax kejap. Sandarkan tubuh sementara tunggu apa yang bakal dibuat untuk membantunya.
Tup tup baru je dia bersandar, terus dia terkulai tidur. Aneh!
“Macam nilah dia dik. Asal duduk bersandar atau baring, dia terus tidur. Tapi nanti dia mengadu sebenarnya dia tak tidur.. pening cik dibuatnya.” maknya bersuara lepas agak khuatir lihat anaknya lentok.
Nampak gaya adik ni alami isu dia tidur tapi dia rasa tak tidur. Otaknya bekerja, berfikir dan berfikir. Penat jadinya. Tubuh makin melemah.
Aku pun kejutkan dia, minta betulkan posisi duduknya. Tak perlu sandar, tapi cukup tulang belakang tegak dan aku salam dia. * eh tetibe kami bersalaman pulok setelah bersembang
“Adik tengok sini.” sambil aku tunjuk bahagian dahiku. Ketika dia halakan fokus dengan baik. Aku pun ucapkan kalimat yang ringkas dan mudah faham,
“TIDUR!”
Klip Video Sebenar Saat Tidur Hipnosis Dilakukan..
Dia terus rebah serta merta. Lena. Rehat sedalamnya. Sudah agak lama tak merasa relax seperti itu mungkin.
Aku biarkan seketika dan bermulalah proses penanaman saranan yang sesuai sebelum ia dibangunkan pada keadaan normal senormal-normalnya.
Bersambung lah pula..