Refleksi Emosi adalah tindakan – Ringkas saya
Pakar jualan atau copywriting banyak mengatakan atau menekankan soal emosi dalam menjual
People don’t buy for logical reason, They buy for emotional reasons. – Zig Ziglar
Orang membeli produk bukan kerana logik atau fakta, tapi kebanyakannya adalah kerana emosi.
Emosi letaknya pada otak kanan dan hati yang ada kaitan besar dengan fikiran bawah sedar kita.
88% potensi bawah sedar mempengaruhi kehidupan. Bagaimana ia boleh mempengaruhi?
Bawah sedar mempunyai keupayaan luar biasa dan tugas pentingnya adalah menjana sikap serta tindakan.
Daya emosi atau perasaan itu tidak terletak pada sisi kiri, logik atau fikiran sedar. Tapi pada sisi kanan iaitu tidak terikat logik dan zon bawah sedar.
Setiap data atau saranan yang mempunyai emosi sangat disukai oleh otak kita. Ia senang dan kuat di ingat. Berbanding yang tiada palitan emosi. Tidak mustahil jika anda mampu ingat sekian brand atau produk yang ada di TV.
Saranan yang jelas dan ada emosi akan lebih cepat mendorong fikiran bawah sedar seseorang untuk bertindak. Secara sedar mahupun tidak.
Jika bawah sedar sangat penting dalam kehidupan. Kita mesti cari tahu dan sedar tentang aplikasi apa yang bagus untuk mengendalikannya.
Aplikasi terbaik dalam mempengaruhi bawah sedar adalah Hipnosis. Ia banyak digunakan dalam terapi, jualan, pemasaran, bisnes dan lainnya. Seni komunikasi efektif bawah sedar.
Hipnosis atau Hipnoterapi banyak membantu membuang ketagihan, fobia, kepercayaan yang salah, ketakutan, trauma dan banyak lagi. Tidak hairan jika ada yang berhenti rokok sepantas yang boleh tanpa bersusah payah setelah menjalani hipnoterapi yang dijalankan dalam program-program tertentu dan ia dalam keadaan tanpa penagih itu sendiri sedari. Tiba-tiba hadir tekad dan daya tindak yang kuat dan muktamad untuk berhenti!
Dasyat kan? Ramai pengamal hipnosis memanfaatkan seni hipnosis tanpa diketahui atau disedari (indirect hypnosis). Pasti ada tekniknya.
“Semalam saya jumpa ulat dalam nasi di restoran fast food tuttt..” (yang mendengar jadi tidak mahu makan disitu walaupun saya tak cakap jangan makan kat situ pun)
“9/10 Rezeki itu daripada perniagaan. Setuju? Tapi 10/9 yang berniaga itu GAGAL! Sebab berniaga tanpa ilmu dan mentor.” (yang mendengar terdorong cari ilmu dan mentor untuk berniaga dan kemungkinan besar akan mula bertanya ilmu yang macam mana. Maka bermulalah episod selanjutnya)
Seni hipnosis membantu menerobos penapis minda atau dikenali sebagai Critical Area (CA) ketika memberikan saranan kepada seseorang atau kelompok sehingga saranan itu bekerja tanpa tapi. Mereka tidak sempat untuk berfikiran kritis tapi mengikutinya saja.
Cuba lihat filem atau cerita apa pun yang hebat. Pasti kerana banyak input emosi. Bayangkan jika tiada elemen emosi? Hambar. Tidak nampak hidup kan?
Inilah serba sedikit kaitan besar antara emosi dan fikiran bawah sedar. Betapa pentingnya hipnosis dalam kehidupan kita kerana hampir setiap hari kita terhipnosis.
Belajar dengan mudah, jelas dan ringkas tentang Minda bawah sedar DISINI