Jika anda rujuk program 30 hari hipnosis diri dan pernah ikut serta sesi lalu beberapa tahun yang lalu. Ini sesi terkini yang akan dijalan secara langsung, bukan rakaman.
Bayangkan, anda dibimbing langsung dan bersama menjalankan latihan dan rutin berpengaruh untuk mendorong diri sendiri dengan Hipnosis selama 30 hari konsisten!
Mungkin anda akan terfikir ia berat untuk dilaksanakan. Namun, atas pengalaman lalu ia tidak mustahil untuk dijalankan dengan baik.
Rutin disediakan adalah tahap yang masih ringan, mudah tapi superb.
Program ini merangkumi terapi diri yang bermanfaat terutamanya untuk mereka yang mengalami isu kurang keyakinan diri, lesu, sugul, anxiety..
Insya-Allah hasil daripada usaha berterusan ini membantu para peserta sekalian. Ini sangat sesuai untuk anda yang baru bermula.
Seni ini santai, simple dan superb. Tapi bukan bermakna asal boleh saja dalam melaksanakannya. Harus ada kerjasama yang padu dalam membantu diri sendiri. Itu mesti.
Selama 10 tahun dalam industri Hipnosis, masyarakat terlalu banyak mempercayai mitos-mitos berkaitan hipnosis. Malah ada banyak panduan dorong dan bangunkan diri yang hanya dibeli, dibaca dan tidak diamalkan secara konsisten. Kerana apa Tuan Puan?
Kerana malas, leceh dan sebenarnya kerana tiada kitaran persekitaran yang betul. Paling besar adalah kerana buat seorang diri.. maka hanyutlah tanpa bertindak.
Program ini berjalan selama 30 hari, dan saya sendiri akan Live untuk setiap hari supaya kita dapat bersama belajar dan terus buat. Bukan kerja mudah, tapi saya sedia korbankan beberapa masa untuk usaha ini. Rakaman disediakan.
Anda tidak membayar ilmu yang dikongsikan. Ia percuma. Yang anda bayar adalah masa, tenaga, pengalaman dan tanda anda menghargai sebuah proses pembelajaran. Tiada paksaan untuk ikut serta.
.
Program ini tidak menjanjikan soal kesembuhan penyakit atau masalah yang anda ada berkaitan mental. Ia adalah antara aplikasi efektif bawah sedar yang dapat membantu mendorong kepada hasil yang lebih baik pada diri sendiri termasuklah proses untuk kesembuhan diri. Dengan memahami gerak kerja cara berfikir, pengurusan emosi dan bagaimana memogramkannya semula, sikap-sikap dan tindakan sesuai akan dapat dijana dengan baik.
Cadangan sesi ini akan dilaksanakan pada 10 Feb 2024
Sesi ini akan berjalan kali ini bukan Live di Zoom setiap hari seperti sebelumnya. Tapi ia akan dijalani melalui kumpulan whatsapp tertutup khas yang akan dibubarkan setelah selesai program.
Selain itu, setiap minggu kita akan adakan sesi khas di Zoom pula. Segala task, panduan, nota, video atau audio akan dikongsikan melalui whatsapp group tersebut.
Peserta hanya perlu fokus beri masa seketika bagi setiap sesi yang berjalan setiap hari dan menjalankan latihan atau tugasan yang diberikan tanpa culas.
Jika anda berminat untuk berada di dalam program ini untuk belajar, berlatih, terapi diri dan berusaha mendorong diri ke tahap lebih baik. Insya-Allah, anda boleh beri maklumbalas kepada kami dengan segera. Supaya anda layak mendapat tawaran serendah RM29 shj.







