Reprogram – Kuasa Program Diri Semula

Masih segar di ingatan zaman main coding design untuk blog/website. Tak lupa juga masa zaman belajar tentang CNC (Computer Numercal Control) untuk programkan design ke mesin larik industri.

 



Ada bahasanya, ada code khas tertentu untuk hasilkan hasil seperti yang kita inginkan. Ambil masa nak faham. Banyak kali ‘try & adjust’. Hmm.. stres tak payah cakap.
 
Paling sadis tu bila ada code yang tersilap, hilang atau lari susunannya. Jahanam hasilnya. Pening nak belek satu per satu cari punca. Bersengkang mata. Itu belum lagi si pakar programming sistem, web dll. Macam mana la mereka menghadap kerja tu semua. Padanlah upah tinggi.
 
Tapi.. bila coding tu berjaya, terasa puas betul hati ni. Bahagia. Berbunga-bunga!
 
Tak terfikir pula dikemudian hari, takdir kerjaya bukan sebagai designer program dalam industri tu. Masih lagi bab design dan program memogram. Cuma kali ini dibuat kepada manusia pula iaitu sebagai Hipnotis dan Hipnoterapis.

 

 

Rupanya, manusia ada keupayaan yang dahsyat yang sering diabaikan oleh ramai orang. Iaitu tentang Fikiran dan Otaknya. Dan ia boleh diprogram semula supaya hasilkan sesuatu sesuai dengan apa dihajatkan.
 
Malah, penting untuk ia diprogramkan semula setelah berselirat dengan pelbagai program, masalah, tekanan atau ‘sampah sarap’ yang membantutkan kejayaan dalam kehidupan.
 
“Betul dan baik ‘program’ dalamnya, maka betul dan baiklah hasil luarannya (cara bertindak, sikap, kebiasaan, akhlak, karekter dan nasibnya).”
Menariknya, tak perlu mesin atau kecanggihan teknologi untuk program diri semula. Kuasa reprogram itu terletak pada diri dan pilihan kita sendiri. Malah keilmuan program memogram ini telah berkembang lebih 200 tahun setelah ia dibentuk sebagai disiplin ilmu berstruktur antaranya #Hypnosis yang dapat dipelajari oleh sesiapa saja.
 
Hingga akhirnya.. ramai para pemandu atau pembantu untuk proses programming yang mahir dilahirkan (Hipnotis). Keilmuan Hipnosis itu sendiri berkembang dengan pelbagai bentuk variasi teknik sesuai zaman dan kreativiti pengamalnya.

 

 

Setiap hari kita diprogramkan. Sama ada kita sendiri atau dari persekitaran kita sekarang. Kita adalah apa yang kita programkan kepada diri kita sendiri.
 
Ada 3 aplikasi atau ikhtiar untuk bagaimana kita dapat lakukan kerja-kerja program semula diri sendiri bagi nikmati perubahan serta peningkatan pencapaian yang menguntungkan dalam kehidupan iaitu,

M.B.S

 

Mind Power
+ Mindset, Motif-Aksi, Pemikiran Positif, Kecerdasan Bawah Sedar, 7 Teknik Minda Bawah Sedar, 15 Rutin Kejayaan

Brain Power
+ Rutin TKO

Spectacular Hypnotism
+ Self Hypnosis, Fundamental & Struktur Hipnosis

 

Sebahagian pembelajaran MBS ini dikongsikan secara Kelas Online menerusi aplikasi Telegram yang anda boleh lihat DISINI

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jun 10, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!