Perasan tak antara cara meningkatkan daya pengaruh oleh orang berjaya. Mereka menekankan soal bina trust / kepercayaan.
Sebenarnya, orang tak bertanggungjawab banyak salah guna perkara ni. Saya dah perasan lama tektik mereka ni sama je dan tak lari jauh. Tetap ramai juga kena temberang.
Nak tahu tak kenapa membina kepercayaan sangat penting dan dapat meningkatkan kuasa pengaruh? Anda pun boleh buat bila dah tahu rahsianya ni. Tapi ingat, jika disalah guna, tanggung sendiri akibatnya.
Baca sampai habis.
Saya memang minat dengan keupayaan fikiran manusia. So, saya nak cerita apa yang saya tahu saja.
Manusia mempunyai 2 tahap kesedaran iaitu sedar dan bawah sedar. Bila cerita bab bawah sedar ni bukan tak sedar diri ya. Ia satu kesedaran yang luar biasa.
Sebuah kepercayaan dapat mempengaruhi seseorang kerana bawah sedar sudah terbuka dalam menerima saranan atau informasi.
Macam ni,
Apabila seseorang telah membuat kita percaya, tak kisahlah tentang apa pun. Logik kita akan menurun atau rendah (fikiran sedar mula berehat). Ini akan meningkatkan daya cerap informasi ke bawah sedar lebih tinggi.
Jadi, kita akan lebih mudah menerima. Dengan kata lain, sudah berada dalam zon Hipnotik mereka. Apa mereka kata, kita angguk ya dan setuju saja dengan gembira. Kadang terbawa-bawa.
Betul, memang ada sesetengah orang yang nak berjaya tapi menggunakan cara yang salah dalam mempengaruhi orang lain. Tetap tentang bina kepercayaan, tapi dengan cara terlarang.
Misalnya semudahnya claim diri itu ini yang tidak jelas supaya orang kagum dan percaya.
Apa jadi bila dah mula percaya? Mereka yang tak bertanggungjawab ni akan mula memberikan pelbagai saranan tertentu untuk mempengaruhi bagi tujuan kepentingan diri mereka.
Jangan terkejut, jika lebih ramai golongan profesional atau berpendidikan tinggi yang kena tipu atau mudah terpedaya. Golongan lain tak usah cerita. Hihi
Namun, hal merugi begini tetap saja merugikan. Tidak ada untungnya mengusahakan sesuatu dengan jalan yang cela. Sedap sekejap saja.
Mari saya kongsi 1 eksperimen untuk kalian cuba
Ceritakan saja tentang satu perkara. Misalnya paling mudah kita cerita hantu pada seseorang. Pada awalnya dia akan menolak atau proses untuk cuba menerima, namun berhati-hati.
Tapi pada pertengahan cerita itu jika dimainkan emosi tertentu dengan jelas, perhatikanlah respon darinya. Dia akan mula merasa takut, risau dan lainnya. Itu tanda ia dah percaya kepada cerita kita.
Kerana sudah percaya, maka bawah sedarnya terbuka lalu menerima sekian data dari cerita kita. Bawah sedar akan proses data itu kepada sikap atau tindakan! Dengan kata lain, memberikan outcome macam refleksi rasa seram sejuk dan lain-lain lagi.
Tak cukup dengan itu, cubalah kalian beri saran bahawa pada jam 12 malam nanti akan ada sesuatu rasa atau bunyi disekian tempat. Jangan terkejut, tepat pada jam yang dinyatakan, dia memang mengalami hal tersebut. Hihihi
Gerak kerja prosesnya begini,
Percaya > Logik merendah > Imaginasi meningkat & bawah sedar terbuka > Terima saranan > Proses > Outcome (rasa takut, risau, seram dll)
* Sifat bawah sedar ni, ia LURUS dan PATUH. Jadi, apa saja yang dia terima akan diproses kepada sikap dan kuasa tindakan termasuklah refleksi sensasi rasa tadi tu semua. Bawah sedar tak dapat membezakan mana baik dan sebaliknya. Kerjanya buat dan buat.
Kita ada banyak sikap atau cara bertindak yang merugikan sebab ada data program tentang hal tu melekat pada bawah sedar ler. Huhu..
Saudara, saya kongsikan perkara ini bukan tujuan nak sakat orang atau mengajarkan hal negatif.
Saya percaya, kalian mesti mahu benteng diri daripada cubaan penipuan atau aniaya orang tak bertanggungjawab ni. Terutama keluarga sendiri. Tapi mungkin belum tahu atau tidak ada yang cerita bagaimana sebenarnya proses tu semua boleh berlaku.
Kurang lebih bila dah tahu ni, dapatlah kita berhati-hati dan mengelak.
Point penting disini selain sedar bagaimana perkara positif tadi boleh jadi negatif oleh orang tak bertanggungjawab adalah,
Bersikap atau berkelakuan baik dan jujur adalah lebih Hipnotik (berpengaruh). Berbanding melakukan perkara sia-sia macam aniaya orang dengan menipu. Zaman ni zaman fitnah, mereka yang suka menyebar fitnah pun guna pakai cara bina kepercayaan ni untuk manipulasi orang. Sadis-sadis.
Hasil usaha kita lebih berkat, insyaAllah. Kerana sebuah kepercayaan yang terbit itu juga adalah sebahgaian daripada fenomena hipnosis.
Masuk bengkel, boleh dengar study case dan belajar banyak perkara secara praktikal. Saya secara peribadi sedar akan proses dan perkara ini semasa mula mendalami dunia Hipnosis.
Tanggungjawab saya untuk berkongsi dan mengingatkan sesama kita. Mudah-mudahan bermanfaat.
“Orang yang belajar Hipnosis/pengaruh tapi buat perkara jahat adalah seorang Hipnotis yang celaka. Dia sudah tahu potensi dan manfaat yang besar berbanding hal negatif yang serba singkat. Tapi tetap memilih untuk buat hal negatif yang singkat juga. Kasihan.” (Adaptasi daripada pesan guru yang membuatkan aku sedar untuk memaksimumkan manfaat murni yang ada)
InsyaAllah.
Selamat malam, selamat menidurkan dan memprogramkan diri.
Akhir sekali, boleh mula follow page ni Hypnotic Works
#Hipnotis hensem. Haha