Perkongsian kali ini daripada posting Facebook 7 Nov 2017
Status malam ni santai sikit tapi agak panjang.
Tadi saja borak dengan isteri sambil tengah buat kerja sebelum nak tidur..
“Ada tak rasa nak belajar Hipnosis secara formal macam orang lain?” Kelakar kan soalannya? Tapi jawabnya ringkas, “memang nak belajar.”
Soal kerja apa lagi berkaitan dengan Hipnosis memang tak minat untuk paksa sesiapa pun belajar. Termasuk orang terdekat.
Selepas beberapa soalan diajukan sebab nak kepastian jelas atas jawapan minatnya tadi. Bila dibandingkan semua jawapan, ini antara yang menarik.
Kenapa beliau nak belajar sangat Hipnosis salah satunya sebab..
+ Tak nak semudahnya terpengaruh atau terprogram dengan perkara merugi. Lagi-lagi dengan orang tak bertanggungjawab zaman sekarang ni.
Hmm.. bab ni memang penting. Supaya kadar kena tipu tu tipis. Dengan menguasai struktur hipnosis, insyaAllah boleh ‘baca’ atau ‘hidu’ cubaan jahat tersebut terhadap kita.
+ Nak bina keyakinan diri semasa bertugas lebih lagi (beliau nak ada keyakinan macam suami dia bila bertugas katanya. Haha. Mungkin dia cuba hipnosis aku agaknya)
Isu ni memang antara yang paling tinggi juga selama dalam bidang ni. Ramai ada isu ni sampai ada yang sangat terganggu dan lemah lesu je asyik down sebab level keyakinan diri rendah.
+ dan sepekara lagi adalah atas sebab pembuktian masa proses Hipnosis dilakukan bersamanya masa beliau melahirkan anak sulung kami, Reyna secara normal. Hmm.. (masa ni aku terdiam jap)
Kata beliau, itu pengalaman yang luar biasa.
Kesakitan, ketakutan dan rasa cemas yang dialami berkurang dan jadi sangat kurang. Paling aneh bagi beliau, sampai sekarang tak dapat ingat macam mana rasa sakit masa melahirkan. Apa? tak ingat? (Hal tak ingat ni aku baru tahu tadi sebenarnya. Haha)
Semua wanita mesti tahu atau pernah dengar tentang #Hypnobirthing kan? Siapa rajin google mesti jumpa. Teknik nilah yang digunakan masa proses melahirkan tu. Guna kaedah hipnosis.
Siapa masih kata Hipnosis tu ilmu pukau dan mistik, penting tahu bahawa Hipnosis telah digunakan dalam bidang klinikal/medikal juga di sesetangah Hospital.
Nak share tips, next posting mungkin. Hihi
Secara ringkas, hypnobirthing tu bukan hanya dilakukan masa pada hari kejadian. Tapi sudah dijalankan sejak sebelum mengandung lagi. Proses latihan dan programming dah lama dikongsikan secara serius dan bersahaja.
Ini akan senang nak faham gerak kerjanya andai dah ada asas Hipnosis. Paling kurang pun dah faham tentang Self Hypnosis. Sebab ini bab yang saya kerap share pada isteri sampai dia dapat buat sendiri juga. Jadi, saya cuma pembantu sampingan sebagai hipnotis beliau.
Nanti saya sambung lagi.
Cuba share dengan saya apa yang kalian tahu tentang Hipnosis/Hipnoterapi dan kenapa berminat nak tahu lebih lagi atau kenapa nak belajar? Mungkin saya dapat share sesuatu untuk anda.