Impak Fokus akan Kebaikan

Hampir semua manusia suka dipuji dan sejuk dengan perkataan positif. Jika ia dimanfaatkan dengan baik dan betul, kesannya pasti luar biasa.

Video kali ini sangat bagus untuk dijadikan pelajaran menurut saya. Ia tentang pujian, kata positif dan sudut pandang atau fokus seseorang terhadap orang lain. 

Ramai orang lebih fokus kepada kekurangan, kelemahan dan keburukan orang lain. Maka yang dilontarkan oleh mulut hanya kata kesat, buruk dan negatif. Ini perkara biasa dan sudah jadi kebiasaan ramai orang biasa-biasa.

Untuk jadi luar biasa, perkara ini bukan amalannya. Orang luar biasa tidak buang masa dengan kelemahan, kekurangan atau keburukan orang lain, tapi sebaliknya.

Kelakuan jahat dibalas dengan kebaikan tanpa tapi dan nanti selalu memberikan kesan akhir yang luar biasa.

Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik akan akhlak ini. Diriwayatkan, bahawa Rasulullah telah diludahi oleh seorang kafir sehinggalah suatu hari itu Rasulullah tidak lagi melihat orang tersebut. Ketika Rasulullah mengetahui orang itu rupanya sedang sakit, beliau bergegas untuk menziarahinya, dan kerana sebab itu orang tersebut yang sering meludahi baginda memeluk Islam. Subhanallah.

InsyaAllah.

 

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Oct 21, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on Impak Fokus akan Kebaikan
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!