Pengaruh Kuasa Perkataan dan ‘Suggestion’ Hipnosis

Tokoh Hipnosis yang terkenal seperti Milton Erikson menjadi rujukan pakar tentang komunikasi berpengaruh. Hingga disiplin ilmu Neuro Linguistic Programming (NLP) dibangunkan.

 

Mereka mendapati kehebatan pengaruh tokoh tersebut adalah pada lontaran skrip saranannya (suggestion) ketika melakukan terapi Hipnosis yang hingga mampu mendorong kliennya sembuh daripada sesuatu penyakit atau isu.

Menariknya, skrip beliau itu telah diuji dengan cara ditiru dan digunakan kepada orang lain yang mempunyai isu sesuai dengan skrip tersebut, hasilnya sama berjaya!

Selama lebih 5 tahun berkecimpung dalam dunia Hipnosis, hampir 1 tahun juga saya ambil masa menekuni kemahiran skrip hipnosis dan cara menyampaikannya.

Menurut saya, ia perkara asas untuk seorang pemula yang mahu kuasai Hipnosis. Tidak semua orang mampu menyusun kata dengan baik dan berpengaruh tanpa latihan dan panduan yang betul. Inilah proses.

Jika dengar bait kata skrip Hipnosis kadang seolah ianya tidak ada apa pun yang hebatnya. Cuma, secara tanpa sedar ia beri kesan di bawah sedar pendengar. Apabila diteliti, perkataan yang digunakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi bawah sedar.

Perkataan adalah bahasa minda. Hanya dengan kata, orang boleh jatuh atau bangkit berusaha. Benarlah kata bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.

Kata-kata juga sebahagian daripada Doa.

Penting untuk kita menjaga kata, kerana ia bukan saja sebahagian daripada doa tapi Self Hypnosis juga! Yakni diri kita terprogram semula dengan perkataan kita. Apa lagi jika ia dilontarkan secara berulang kali baik secara lisan atau cuma dalam hati atau lintasan fikiran.

 

Jika kata-kata mampu mendorong orang lain tekad dan bergerak untuk membunuh. Kata-kata juga mampu mendorong orang lain tekad dan bergerak untuk hidup sukses.

Jika kata-kata boleh membuat orang lain sakit dan marah. Kata-kata juga dapat membuat orang lain tenang, lega dan lebih sihat.

Hidup boleh berubah dengan mengubah perkataan yang digunakan dalam kehidupan.

Ubah perkataan,
Ubah kehidupan.

Setuju? Jom tonton video eksperimen perkataan ini.

 

 

Bagaimana sesuatu skrip dapat beri pengaruh kepada seseorang adalah kerana penyusunan perkataan yang sesuai, dengan kata lain dalam teknik Hipnosis adalah ‘suggestion’ (saranan / cadangan). Antara skrip yang popular saya sendiri aplikasikan, digunakan dan telah membantu ramai pengamal Hipnosis di Hypnovengers untuk mendorong diri sendiri atau klien,

“Aku tidak tahu bagaimana aku tahu dan aku tidak tahu bagaimana aku lakukan.. tetapi.. aku..” Cara guna skrip ini ada dikongsikan dalam Buku Panduan Self Hypnosis

 

 

Secara ringkas, saranan dari skrip ini mengajak pendengar atau pembaca tentang sesungguhnya manusia itu tidak mempunyai apa-apa, semuanya adalah atas izin-Nya. Berserah, tawakal dahulu selepas berdoa kemudian barulah berusaha. Jadi, tawakal itu tidak diletak pada akhir, tapi awal. Ini konsep pemikiran kanan. Sama juga dengan saranan ‘Percaya sebelum Berjaya’.

Kita tidak tahu sama ada kita berjaya atau tidak pada akhirnya. Untuk tahu, kita mestilah bergerak mengakhiri apa yang telah kita mulakan. Tidak tahu hasil akhir bukan bermakna kita tidak perlu berbuat apa-apa.

 

Analoginya kurang lebih begini,

Ibaratkan kita sedang bertanding dalam pertandingan lumba lari. Orang berjaya mesti ada matlamat. Jadi, kita set matlamat kita untuk dapat yang terbaik iaitu tempat pertama (johan) dalam larian ini untuk keperingkat terbaik berikutnya. Kita tidak tahu apa hasil akhirnya jika kita tidak mulakan larian sampai ke garisan penamat. Betul?

Setelah larian bermula. Kita berlari ikut tahap stamina, kemahiran yang kita ada (tu pun kalau berlatih dan belajarlah kan.. haha)

Berlari dan berlari sehingga ke garisan penamat. Kita pun dapat hasilnya. Kenapa kita peroleh tempat pertama? kenapa jadi yang terakhir sampai ke garisan penamat? Oh, jelas ada sebabnya. Rasanya jawapan ada dalam diri kita.

Dapat tempat pertama dengan yakin dari awal larian sebab sudah berlatih hampir setiap hari (bersiap). Kenal siapa pelari lainnya (sedar bertanding dengan siapa). Potensi besar untuk menang sudah pasti (jelas).

Dapat tempat akhir rasanya kenapa? Selalunya kerana tidak ada persiapan yang baik. Asal boleh. Terlebih yakin tanpa ilmu dan latihan. Berjudi (agak-agak, cuba-cuba dan memandai-mandai) dalam larian. Tidak ada matlamat jelas. Kemudian komplen dan salahkan orang lain saja. Salah sendiri tidak mahu nampak. Hehe..

 

** Ramai orang suka menjadi peramal bahawa hasil akhirnya nanti adalah kecundang belaka. Sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Disini ia telah melakukan penanaman program kepada diri (Self Hypnosis) dengan skrip yang memberikan makna bahawa ia gagal sebelum berusaha.

 


 

Kuasa ‘Suggestion’

 

Berbalik kepada kuasa suggestion tadi. Dalam keilmuan Hipnosis, teknik suggestion terletak pada langkah ke 5 daripada 6 langkah utamanya. Bagaimana ia dapat bekerja dengan lebih baik lagi adalah jika saranan yang diberikan itu mendorong sesuai dengan kecenderungan seseorang terhadap cara bagaimana ia menerima informasi. Dalam ilmu NLP disebutkan sebagai ‘Submodality‘. Teknik ini ada diajarkan disini.

 

Asas ‘Submodality‘ terbahagi kepada 3

  • Visual
  • Audio dan
  • Kinestatik

 

Setiap orang, lain dominannya. Dengan mengetahui dominan submodality seseorang, seorang hipnotis dapat memandu seseorang itu untuk menggunakan daya imaginasi fikirannya dengan baik. Sehingga apa yang ia imaginasikan beri kesan realiti. Kerana seorang Hipnotis sedar bagaimana masuk ke bawah sedar orang lain bagi memprogramkannya sesuai dengan apa yang diperlukan klien mereka.

 

Video ini pula adalah sebahagian daripada hasil bagaimana sebuah ‘suggestion’ itu bekerja mempengaruhi orang lain. Dilakukan oleh pakar Hipnosis terkenal, Romy Rafael.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Oct 22, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on Pengaruh Kuasa Perkataan dan ‘Suggestion’ Hipnosis
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!