6 Langkah Mempengaruhi Bawah Sedar

Salam hidup hebat luar biasa semua. Kali ini saya ingin berkongsi tentang 6 langkah yang boleh mempengaruhi minda bawah sedar untuk kejayaan.

6 langkah ini disusun daripada 6 teknik yang boleh mendorong bawah sedar untuk bergerak mencapai sesuatu perkara yang kita inginkan.

 

Sebelum itu penting kita tahu tentang apa itu bawah sedar. Minda bawah sedar adalah sebuah kesedaran luar biasa dalam diri setiap manusia. Ia menjana sikap dan tindakan. Apa yang ada di bawah sedar adalah nilai, kepercayaan, rakaman dan simpanan memori jangka masa panjang, kebiasaan, potensi dan kekuatan terpendam, intuisi dan banyak lagi.

Minda bawah sedar bersifat lurus, taat dan patuh. Ia percaya dengan apa sahaja yang disuapkan kepadanya. Jika kita memberikan saranan atau informasi bermanfaat, ia percaya dan ia buat tanpa tapi dan nanti. Begitu juga sebaliknya. Penting untuk kita awasi supaya ia tidak terprogram dengan program yang merugikan.

6 langkah ini dapat membantu mempengaruhi diri kita untuk mencapai apa kita inginkan.

 

1. Matlamat / Impian – Set apa kita inginkan dalam masa terdekat dengan Niat / Mindset yang betul

 

Pertama, kita harus setkan dalam fikiran, kita mahu capai apa dalam masa terdekat? Apa niat / mindset kita untuk mencapainya? Jelaskan dalam fikiran kita.

Ramai orang mahu berjaya. Tapi mereka tidak ada impian dan matlamat yang jelas untuk mencapainya.

Niat adalah perkara penting dalam menentukan hasil akhir kita. Niat mesti diperbaharui dan diawasi agar ia tetap. Teguh. Niat yang berubah-ubah mempengaruhi hasil akhir kita. Misalnya niat kita untuk capai kejayaan dalam sesuatu perkara. Awalnya niat kita begini, bila dipertengahan niat kita berubah pula.

Apa itu mindset? Gabungan kata MIND + SET. Sejenis pola fikir dan untuk mudah faham, ia adalah tentang kepercayaan setiap orang terhadap sesuatu. Penting ada ‘mindset’ yang betul dalam mengusahakan sesuatu perkara.

Misalnya, mindset ramai orang.. andai nak mula berniaga itu paling penting adalah modal wang yang padu, baru bisnes hebat. Betul, cuma yang terbaik adalah mulakan dengan apa yang ada dan usahakannya sehingga membina tahap kewangan yang dapat menjadi modal mengembangkan bisnes pada fasa berikutnya. Tanpa perlu menunggu ada wang yang besar baru nak mula berniaga. Tanpa perlu meminjam dan menanggung risiko besar pada awal bermula.

 

2. Ucapkan – Ucap apa kita inginkan sehingga telinga kita mendengar

 

Ucapan kata yang keluar dari mulut kita pastinya bermula dari fikiran kita dahulu. Barulah ia terpancul keluar. Jadi, kita ucapkan dengan jelas akan apa yang kita setkan dalam fikiran pada teknik no.1 tadi sehingga telingga kita sendiri sahaja mendengar suara kita. Tak perlu terlalu kuat. Cukup dengan berbisik.

Ucapkan berulang kali sehingga kita jelas akan apa kita inginkan. Ini dapat membantu perkara tersebut tertanam ke bawah sedar. Melekat dan terpasak.

Informasi juga banyak berjaya masuk ke bawah sedar melalui indra pendengaran. Sebab itu banyak orang terpengaruh hanya kerana bisikan atau mendengar cerita orang. Paling sadis bila terpengaruh dengan ‘apa orang lain kata kepada diri’.


3. Menulis – Tuliskan apa kita inginkan dengan jelas

 

Langkah berikutnya adalah dengan menuliskan apa kita inginkan. Tulisan tangan adalah yang terbaik. Jika anda belajar tentang ilmu Graphology atau brainwriting. Anda akan tahu bentuk program yang ada di bawah sedar melalui analisa tulisan tangan.

Hanya dengan mengubah tulisan tangan sebenarnya dapat mengubah dan memogram semula minda bawah sedar kita. Serius ia menarik!

Tuliskanlah apa kita inginkan tadi dengan jelas, spesifik, realistik. Ketika menulis, beberapa bahagian otak kita dapat berfungsi dengan baik dan nilainya berpotensi untuk terpasak ke bawah sedar dengan baik.


4. Membaca – Baca apa kita tuliskan 

 

Setelah menuliskan apa kita inginkan tadi. Langkah ini dapat mengukuhkan lagi proses program ke bawah sedar. Bacalah semula apa kita tulis dengan jelas dan percaya. Baca secara berulang kali.

Membaca juga adalah perkara yang dapat membantu fikiran seseorang berkembang dengan lebih baik lagi. Berbalik kepada apa yang ia baca. Jika banyak dihabiskan dengan membaca perkara tidak menguntungkan, maka itu sangatlah merugikan.


5. Imaginasi / Visualisasi – Gambarkan dalam fikiran dengan jelas dan penuh emosi yang membuatkan ia ‘hidup’

 

Kata Albert einstein, “imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.”

Setuju dengan kenyataan itu kerana, kita sejak kecil lagi hidup dengan keupayaan bawah sedar sebelum pemikiran kita berkembang. Yakni kita banyak belajar dengan cara melihat dan mendengar kemudian menirunya dengan baik. Tidak mempunyai sebarang rasa ragu atau takut untuk mencuba. Kita sangat berani.

Ketika kita kecil, kita banyak menggunakan keupayaan otak kanan atau imaginasi.

Imaginasi menggerakkan tubuh kita kepada tindakan atau sikap tertentu bagi mencapai apa kita inginkan walaupun pada awalnya kita mungkin di label sebagai orang gila.

Imaginasi terlalu besar dan luas. Kadang ramai yang berimaginasi tentang impian mereka dan ia tidak berjaya kerana tidak realistik. Ia sesuai untuk perkara ke depan yang besar. Jika untuk perkara terdekat yang mahu dicapai, sebaiknya lakukan visualisasi iaitu dengan menggambarkan atau wayangkan dalam fikiran secara realistik, jelas proses bagaimana dan seperti apa mahu mencapainya.

Gunakan perkara yang telah disetkan awal tadi pada tahap ini. Mainkan dalam fikiran secara jelas dan berulang. Sambil melakukannya, sambil bangkitkan emosi positif bahawa betapa bahagianya mencapai perkara tersebut. Hadirkan rasa syukur.


6. Lakar / Gambaran – Bina papan impian yang jelas dengan imej berkaitan perkara yang kita inginkan

 

Pada langkah ini, ramai orang berjaya menggunakan teknik Visioan Board iaitu papan impian.

Papan impian bagus dibina untuk mempengaruhi bawah sedar kita kerana ia mempengaruhi indra penglihatan iaitu antara penyumbang informasi terbaik ke bawah sedar. Caranya adalah dengan melakarkan apa kita inginkan dalam bentuk imej/visual. Boleh gunakan gambar, misalnya ambil gambar berkaitan impian kita dan tampalkannya pada papan impian beserta tulisan atau ringkasan tentangnya seperti ada tarikh yang jelas untuk mencapainya.

Saya ada asas dan rekakan vision board versi kelimpahan berpengaruh untuk bawah sedar yang dikenali sebagai Modern Visioan Board (MVB) dan teknik ini banyak diolah serta diperbaharui oleh followers saya dengan versi dan gaya tersendiri mereka berpandukan versi asal MVB.

Bawah sedar sangat mudah terpengaruh dengan imej atau gambar. Manfaatkannya dengan baik.

 

InsyaAllah, dengan 6 teknik yang disusunkan menjadi langkah asas dalam mempengaruhi bawah sedar ini, dapatlah menjadi ikhtiar atau panduan ringkas dalam mendorong bawah sedar kita supaya bergerak mencapai apa kita inginkan dengan jayanya. Kongsikan info ini kepada rakan lainnya.

 

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Nov 6, 2017 | Posted by in Blog | Comments Off on 6 Langkah Mempengaruhi Bawah Sedar
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!