Tips mencatat idea pantas dengan Smartphone

Zaman ini hampir semua orang sudah ada gadget penting ditangan untuk berhubung.

Setiap hari kita beraktiviti hinggakan hampir 80% masa dihabiskan hanya menatap smartphone sahaja secara tanpa sedar. Terhipnotis dengan kecanggihan yang ada. Sehingga merasa kekok jika smartphone tak ada ditangan.

Hampir setiap hari dimana dan bila-bila saja kita akan memasuki zon hipnosis atau dengan kata lain berada pada gelombang otak ‘alpha’. Walaupun beberapa saat, ia tetap memberikan kesan kepada fikiran bawah sedar kita.

Bilamana hati dan fikiran kita tenang, idea akan menghurung kita. Mungkin waktu itu kita tak membawa pen dan kertas.

Jadi, kami kongsikan cara cepat menulis dan mengumpul idea yang kami praktik. Nombor 3 adalah cara paling kerap kami gunakan.

1. Menuliskannya (menaip) menggunakan aplikasi whatsapp atau wechat kemudian send ke satu nombor yang akan difokuskan untuk menyimpan tulisan tersebut.

* Cara ini ada risiko untuk hilang total apa yang ada di ruang chat sekiranya whatsapp atau wechat rosak atau bermasalah sehingga perlu di re-install. Maka, hilanglah sekian text yang pernah ada.

2. Rekod suara dengan gaya seperti sedang menelifon dan bercakap dengan seseorang (jika di tempat awam).

3. Gunakan aplikasi telegram. Boleh dihantar ke pc atau laptop. Malah, selagi mesej tak di padam, selagi itu kita boleh rujuk semula walaupun kita logout atau re-install semula aplikasi tersebut.

* Mudah untuk kami buat semakan di pc atau laptop dan buat editing untuk penulisan.

 

Selamat mempraktik!

Feb 24, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey