Master of Rey

Hai Followers / Rakan Baru!

Jika tuan/cikpuan baru je follow. Salam perkenalan dari saya. Terima kasih diucapkan.

 

Jadi, izinkan saya kenalkan diri dulu bagi yang belum kenal atau baru sangat follow.

 

Saya Shahrain Remeli (CH, Cht, CI). Pembawa jenama Master Rey (orang panggil Rain/Rey)

 

Membantu menidurkan orang yang mempunyai masalah berkaitan fikiran dan emosi dengan ikhtiar ‘tidur hipnosis’ untuk diprogramkan semula sesuai dengan keperluannya dan bangunnya itu dengan kesedaran luar biasa, menjadi diri sesuai nilai diperlukan untuk teruskan kehidupan dengan lebih baik daripada sebelumnya (Hipnosis & Hipnoterapi Kejayaan)

 

Saya pengamal Minda bawah sedar atau separa sedar, NLPt, Hipnosis dan Hipnoterapi untuk kehidupan dan kerjaya.

 

Berpengalaman lebih 10 tahun dan seorang Instructor Hipnosis / Jurulatih Hipnosis di Hypnotic Works. Pengasas kepada #Hypnovengers (peminat dunia hipnosis). Setakat ni saya memang fokus berkongsi berkaitan bawah sedar dan hipnosis kejayaan. Seni mendorong diri gitu.

 

Saya menjalankan bisnes online, design & printing, hipnoterapi dan training. Saya juga bertugas sebagai pengurus reka grafik dan percetakan di Pasir Gudang, Johor.

 

Suka menulis, membaca, bermain video game, memasak, design atau edit video.

 

Harapan saya, apa yang saya tulis dan kongsi menjadi inspirasi atau kurang lebih bermanfaatlah buat para pembaca dan yang mengikutinya.

 

Penafian : Saya bukan Doktor, Psikologist, Kaunselor, PU, dll. Cuma seorang ‘Hipnotis Jalanan’ iaitu hipnotis yang beraksi dilapangan kehidupan nyata dan masih terus belajar disepanjang perjalanan ini untuk terus berbagi.

 

Jadi, belum tentu tip diberi sesuai untuk semua orang. Kita kongsi saja apa adanya, kita tidak tahu dalam banyak-banyak yang kita kongsi yang mana satu sesuai dan membantu. Tidak ada paksaan untuk cuba atau ikut. Jika untuk isu kronik tu, silalah rujuk pakar.

 

===

 

Boleh dapatkan banyak info yang mungkin bermanfaat dan anda sedang cari di sini,

 

Ini page utama saya : www.facebook.com/mrch69energy

Tapi banyak fokus tulis dekat FB personal : www.facebook.com/MasterReyHypnotist/

Ini channel Telegram, ada nota-nota, audio, video perkongsian Percuma : t.me/hwchannel

Ini Blog : www.hipnotis.my

Ini Web Hypnotic Works : www.hypnoticworks.net

Ini group tertutup untuk peminat, tempat saya Live juga. Saya ni pemalu orangnya, haha : https://www.facebook.com/groups/masterhypnotist

 

===

 

Setiap apa yang saya share tak lain adalah untuk diri saya sendiri. Jika bermanfaat, silakan share.

 

Jangan tanya kenapa asyik tulis tentang bawah sedar dan hipnosis. Sebab dah tu ler yang saya fokuskan. Huhu.. Saya share apa yang dalam jangkaun saya saja serta apa yang telah klien saya lalui.

 

 


 

Shahrain Remeli (Master of Rey)

“Kuasa Minda dan Hipnosis Kejayaan untuk Kehidupan, Kerjaya dan Bisnes”

Pengasas & Pengamal ‘H.O.T’ Strategi | Seni Kuasa Rasa | Minda Bawah Sedar & Hipnosis Kejayaan

 

Beliau adalah Pengurus kepada jenama Hypnotic Works dari perniagaan Riches Master Resources.

Beliau berkemahiran bukan akademik dalam Mind Power, Reiki Master, Neuro Linguistic Programming, Certified Hypnotist (CH), Certified Hypnotherapist (CHt), Certified Master Hypnotist (CMH), Grand Master Hypnotist (GMH) & Certified Instructor dari IBH dan beberapa perguruan lainnya.

 

 

 

Penulis E-book

Magis Sebuah Fikiran, Kuasa Hipnosis, Seni Buat Wang, 7 Rahsia Terlarang dan banyak lagi. (Boleh rujuk www.hypnoticworks.net)

 

Penulis Buku

Panduan Self Hypnosis – “Seni Rahsia Memperdaya Diri Kejayaan”

 

Pengalaman & Kerjaya

Menjalankan program pembangunan diri dan minda serta latihan hipnosis secara sepenuh masa, bermula dari tahun 2010 yang telah disertai oleh para ibu bapa, remaja, pelajar, pekerja, peniaga, pengusaha dan golongan profesional.

Pengamal Minda Bawah Sedar dan Hipnosis Kejayaan. Berkhidmat sebagai Hipnoterapis di Pasir Gudang, Johor. Menjalankan perniagaan secara online bermula dari rumah. Menguruskan perniagaan reka grafik dan pencetakan alat pemasaran untuk orang bisnes.

 

Program Anjuran

Antara program yang kami Anjur serta kendalikan;

Intensif Minda Bawah Sedar (IMBS)
Intensif Hipnotis Power (IHP)
Rahsia Self Hipnosis Kejayaan (RSHK)
Seni Kuasa Rasa (SKR)
Hypnosis In Business (HIB)
Program Hypnovengers Academy

 

Perkongsian, Program dan Pelatihan kami mengsinergikan kaedah Seni Kuasa Minda Bawah Sedar, NLP dan Hipnoterapi untuk kejayaan.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Feb 17, 2015 | Posted by | Comments Off on Master of Rey
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!