Pengalaman Mahal Master Hypnotist – HypnoVengers

24 – 27 Oktober 2019 adalah detik termahal untuk para Hipnotis dan Hipnoterapis yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya ke tangga seterusnya.

 


(T-shirt khas The Master Hypnotist 2019)

 

Program Mastery atau Master Hypnotist ini direka dan dibangunkan khas sebagai program pelatihan bagi mendedahkan secara lebih dekat lagi tentang dunia Hipnosis yang mungkin sekadar dapat dilihat secara dasar saja pada awalnya. Banyak pendekatan dan latihan yang penting untuk mereka yang mahu menikmati makna sebenar Hipnosis.

 

Hipnosis mungkin sering disalah ertikan oleh sebahagian masyarakat kerana aksi-aksi luar biasa yang dapat dilakukan oleh pengamalnya. Begitu juga dengan terapi Hipnosis yang dikenali sebagai Hipnoterapi.

 

Seni ditakuti dunia ini tidaklah seperti yang sering dicerita atau dikhabarkan bahawa ia mempunyai ritual, amalan atau kerjasama kuasa mistik. Ia masih lagi bermain diwilayah fikiran dan kesedaran semulajadi manusia.

 

Bezanya cuma pengamal mempunyai kemahiran atau seni bagaimana menjalankan kerja-kerja mendorong diri sendiri dan orang lain melalui komunikasi berpengaruh. Tak ada yang namanya tidak sedarkan diri, hilang kendalian atau kewarasan, berlaku proses memaksa atau manipulasi pun ketika di Hipnosis. Itu mitos belaka.

 

 

Program Mastery 2019 ini dijalankan bertempat di Mersing. Seramai 10 orang ahli Hipnotis pelbagai latarbelakang termasuk instructor bertauliah dari Hypnovengers dan Hypnotic Works mengendalikannya dalam berkongsi rasa pengalaman sebenar dunia Hipnosis.

 

Penginapan, makan minum dan kelengkapan pembelajaran disediakan sepanjang berlangsungnya program selama 4 hari 3 malam.

 

Hari 1

Pada hari pertama, seperti biasanya program dimulakan dengan sesi suai kenal diantara semua yang terbabit dan hasrat besar diantara semua peserta adalah meningkatkan lagi kefahaman, kemahiran atau ilmu ke tahap yang lebih baik berbanding sedia ada setelah melalui program bagi tahap Fundamental CH dan CHt.

 

 

Penguasaan Fundamental & Advance Hypnotherapy adalah perkara utama yang saya sendiri (Master Rey) tekankan untuk awal bermula sebelum topik lebih dalam dipersembahkan. Tujuan utama mestilah mahu refresh atau ulang kaji semula tahap ingat dan mahir setiap bakal master ini.

 

 

Kerana ini adalah tahap Master Hypnotist, seni atau rahsia yang berbeza dari asas sedia ada pastinya dikongsikan supaya para master lebih bersedia dengan segala kebarangkalian yang akan berlaku disaat melakukan kerja-kerja hipnotik tak kira sama ada untuk tujuan bantu orang lain atau sekadar melakukan persembahan dalam menghibur.

 

 

2 Tools dan 10 bentuk Therapeutic hipnosis diangkat dan ditekankan mengikut mana yang utama supaya semua sedia maklum. Harus tahu semua perkara tapi tak perlu pandai (kuasai) semua perkara. Mestilah kuasai ikut keperluan dan kesesuaian diri. Terbitkan titik fokus, penting kuasai teknik yang utama.

 

S.O.P dan alat bantu yang selama ini kami gunakan dalam membantu mengenali klien atau melatih peserta diberikan bagi memudahkan mereka kendalikan klien atau peserta mereka dengan lebih baik lagi.

 

 

 

Para bakal master juga bersiap untuk santapan makan tengah hari dan aktiviti luar sebelah petang sebelum bersedia untuk sesi malam iaitu gerbang kepada seni Master Hypnotist. Ada 20 variasi teknik Master dipersembahkan untuk mereka kenal dan kuasai. Teknik ini sangat membantu para hipnotis untuk sentiasa bersedia dan yakin dalam melakukan kerja-kerja hipnotik tanpa pening memikirkan ‘cara lain’.

 

Disinilah seni Non-Verbal didedahkan lebih dekat lagi. Hingga kemampuan mereka teruji secara nyata. Seronok mereka berlatih bersama sepanjang malam dan kami selesai sekitar jam 12 malam sebelum berlabuh rehat untuk sesi esoknya. Teruja!

 

Hari ke 2

Ini antara aktiviti yang tidak diduga oleh para peserta. Setiap tahun, setiap batch, program Mastery berjalan dengan pelbagai input tambahan dan aktiviti khas yang berbeza. Kali ini mereka akan ikut bersama melakukan senaman pagi dengan berjalan kaki 10 ribu langkah.

 

 

Bukan itu saja, aktiviti ini juga berjalan dalam keadaan harus menempuh hujan lebat, meredah sungai dan mendaki bukit bagi merentas pulau. Sedia atau tidak, disinilah Self Hypnosis dimanfaatkan supaya tetap bersedia dan bergerak ikut serta tanpa tapi dan nanti.

 

 

Alhamdulillah, aktiviti kami tetap berjalan. Melihat keindahan alam yang tak dapat dihadap pada hari biasa. Happy dan penat bersama. Jauh perjalanan tak terasa sudah 10 ribu langkah selesai. Selepas rentas pulau, kami berhimpun disebalik pulau untuk berehat, makan dan meneruskan pembelajaran.

 

 

Kali ini tentang Public Speaking yang dikendalikan oleh Senior Master Hypnotist batch sebelum ini, Master Irfandi Jumali (IJ). Berkongsi tentang Wow Opening, The power of Methapor dan pastinya semua orang terlibat untuk membentangkan potensi masing-masing untuk bercakap dengan baik.

 

Rasa tu penting!

 

Menariknya lagi dan antara yang ditunggu-tunggu.. instructor seterusnya selaku President Hypnovengers Academy, Master Farhan mengendalikan topiknya iaitu berkenaan ‘Magic & Stage Hypnotism’.

 

Beliau bukan saja berkemahiran dalam dunia Hipnoterapi dan rawatan alternatif, malah mempunyai pengalaman besar dalam seni silap mata jarak dekat (close up) dengan kepantasan tangan yang baik. Jika kalian pernah lihat persembahan magic dalam tv. Apa kata lihat sendiri aksinya depan mata. Ramai yang tercengang melihatnya. Pasti terhipnosis.

 

Jadi, bakal master program ini peroleh alat persembahan percuma beserta rahsia-rahsia mahalnya. Best kan?

 

 

Puas dah bermain dan belajar. Sesi Out Door petang bersama saya santai di tepian pantai yang indah dan tenang berkongsi  mengenai HipnoNiaga. Ilmu ini penting untuk mereka yang mahu bermula, menapak dan berkembang dalam dunia serba maju kini terutama dunia Online. Bagaimana menjalankan perniagaan dan menerapkan ilmu Hipnosis.

 

 

Mereka yang serius akan dilatih lebih dalam lagi untuk bagaimana melakukan kerja-kerja hipnotik untuk hasil jangka masa panjang.

 

Bonus khas malam hari ke 2 adalah pembentangan modul IMBS yang diasaskan oleh saya sendiri. Modul ini diturunkan kepada para master semua untuk dibawa dan diterapkan dalam pelatihan mereka. Mahal nilai modul ini untuk mereka yang memahaminya.

 

Tak sedar, malam ini kami belajar hingga larut malam. Hampir jam 1 baru kami berlabuh rehat untuk tidur malam. Penat tapi berbaloi.

 

Hari ke 3 sudah tiba..

Ini adalah hari yang mendebarkan. Hari yang ditunggu-tunggu setelah menghadam apa diberi 2 hari yang lalu. Telah di ingatkan kepada mereka bahawa hari ini adalah hari penuh dengan aktiviti buat dan buat.

 

 

Apa yang akan berlaku pada hari ini?

Sesi Presentation struktur Hipnosis! Apa ni? Inilah yang ditunggu. Disini mereka bukan mempersembahkan sebuah persembahan secara berkumpulan, tapi perseorangan. Semua terlibat! Disinilah daya kreativiti mereka berkembang. Tidak lagi terikat dengan teknik-teknik asas sedia ada. Tapi bagaimana mereka mula variasikannya mengikut kesesuaian dan kefahaman yang ada.

 

 

Lebih dari 10 buah teknik terkini lahir dari bakal master terlatih hari ini. Kagum, teruja, luar biasa! Yang kurang keyakinan dalam bercakap pun boleh persembahkan seni Hipnosis dengan baik apa lagi yang dah ada pengalaman! Tahniah!

 

 

Debaran pertama ini telah mereka lalui dengan sangat baik bagi kami. Itu tidak cukup dan bukan kata penamat. Tidak boleh mudah berpuas hati. Maka.. sampailah saat yang lebih mencabar..

 

 

Street Hypnosis!

Bermula dari tengah hari pada hari ke 3 ini. Mereka kami lepaskan. Tanpa dibantu. Tanpa dipimpin. Harus membawa diri masing-masing untuk berfikir, bergerak dan bertindak melakukan Hipnosis di jalanan secara real. Bagaimana mereka mengaplikasikan ilmu hipnosis di luar kelas.

 

 

Bayangkan, mereka harus mencari dan mendapatkan subjek yang langsung tidak dikenali atau mengenali mereka. Bagaimana seorang penjual ditolak dan dijauhi, mereka harunginya dengan pendekatan Hipnosis.

 

Luar biasa, semua dari mereka berjaya mengharungi sesi ini dengan setiap seorang dari mereka paling minimum peroleh seorang subjek. Banyak kisah menarik dari pengalaman sebenar ini. Mereka telah membuktikan bahawa hipnosis itu real dan besar manfaatnya!

 


(mereka berkongsi rasa bagaimana hasil Street Hypnosis yang mereka jalankan tadi)

 

Kali ini mereka benar-benar lega.. tarik nafas panjang.. puas berjaya harungi cabaran utama The Master Hypnotist. Ia pengalaman Mahal yang tak dapat dimana-mana tanpa berada dilapangan yang betul. Inilah yang melayakkan mereka untuk menjadi Hipnotis terlatih bersama kami.

 

(Sempat lagi mereka peraga seni non-verbal sambil-sambil sebelum ke kolam renang)

 

Bukan teori, bukan buku, bukan cakap-cakap. Tapi terampil dalam bertindak atau mengaplikasikannya. Barulah betul Hipnotis namanya.

 


(Sesi Programming diri santai bersama.. tidur ke tu bang? Haha)

 

Pejam celik, pejam celik.. malam sudah pun mahu tiba. Para pengkaji bintang disini sibuk jalankan kerja mereka disaat orang lain sedang tidur. Apa menarik malam ini?

 

(Masa untuk berbakar-bakaran.. yumm yumm)

 

Malam hari ke 3 ini, kita berehat sambil berkongsi rasa. Masa untuk ber BBQ! Makan malam menyelerakan, ditambah ayam bakar dan lainnya. Kami sediakan bersama, berkumpul berkongsi rasa. Gembira!

 

 

Masing-masing teruja, sebab topik akhir mahu tiba. Topik tentang Diagnosis Body Syndrome, State of Mind, Mind to Mind Communication & Mentalism effect dikongsikan. Mereka teruja, rasa tak masuk akal tentang apa yang berlaku apabila fikiran mereka ‘connect’ dengan baik dengan subjek mereka. Tanpa bicara, saranan diberi dapat diterima dengan baik oleh lawan bicaranya. Unik, luar biasa!

 

Bagaimana boleh begitu? Ada seninya. Ada ilmunya. Ada latihannya. InsyaAllah tidak mustahil.

 

Penutup bagi program malam ke 3 ini luar biasa..

Kami berhimpun di tepi pantai gelap gelita. Bertemankan angin nyaman, lautan luas dan kerlipan bintang yang indah (siap lihat tahi bintang di langit). Special. Subhanallah.

 

 

 

 

Dalam menikmati keindahan alam ini dengan rasa syukur. Kami manfaatkannya untuk proses penyelarian programming diri. Berdoa dan program semula fikiran, perasaan dan tindakan. Supaya semua selari, jelas untuk dorong diri bertindak dan berusaha dalam meningkatkan pencapaian yang dihajatkan.

 

Kami semua sepakat untuk bertanggungjawab kepada diri sendiri dalam menjadi diri yang lebih baik daripada yang tadi. Indah. Malam ini kami semua berehat dengan lena, menikmati tidur pada tahap kemampusan yang tinggi. Haha.. kalau nak tahu, tidur inilah tidur yang berkualiti.

 

Hari ke 4

Sekejap saja, kami akhirnya berhimpun semula, berbincang dan bersedia untuk berpisah seketika. Melebarkan sayap sedia ada dan bekerjasama untuk terbang lebih tinggi lagi. Berbekalkan apa yang ada mengikut potensi diri yang masing-masing ada, insyaAllah program ini tidak berakhir hanya disini. Ia masih panjang dan berterusan.

 

 

Penyampaian sijil penghargaan dan kelayakkan diberikan kepada semuanya. Kerana semuanya layak atas komitmen yang diberikan. Tak ada yang tak terlibat. Mereka telah melakukan yang terbaik. Tahniah diucapkan.

 

Kami doakan kalian para Master, berkembang dengan lebih mekar dan terbang lebih tinggi. Beri nilai tambah kepada ramai insan yang memerlukan. Sebar manfaat dan nilai hipnosis sebenar kepada mereka.

 

Selamat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada. Naiklah ke tahap berikutnya dengan bahagia.

 

 

Alhamdulillah. Begitulah sedikit sebanyak perjalanan dan kisah kami dalam program Mastery Hypnovengers. Sebuah program memperkasakan seni Hipnosis Kejayaan di Malaysia. Kami mungkin tak ramai, tapi kami ada.

 

InsyaAllah. Salam Hidup Hebat Luar Biasa.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Oct 28, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!