Manfaat Belajar Hipnosis & Hipnoterapi

  1. Manfaat untuk Diri Sendiri

    Hipnosis membantu menanamkan program yang baik dan membuang program yang buruk dari diri Anda sendiri, dengan Self-Hypnosis. Boleh membantu meningkatkan rasa percaya diri, lebih termotivasi, lebih fokus dalam melaksanakan pekerjaan atau dalam pembelajaran, terbebas dari kebiasaan buruk, dapat mengembangkan potensi fikiran, memacu mencapai matlamat, sedar untuk bagaimana boleh mempengaruhi atau mendorong orang lain dan sebagainya.

    Ringkasnya, Hipnosis boleh membantu diri anda untuk berubah dan berkembang menjadi lebih baik.

  2. Untuk Orang Lain

    Anda juga boleh manfaatkan Hipnosis untuk orang lain, manfaatnya sama seperti untuk diri sendiri. Boleh membantu orang lain berkembang kepada yang lebih baik dan lebih maju. Dan ia juga dapat dimanfaatkan untuk tujuan terapi kepada orang lain yang memerlukan.

    Terapi hipnosis atau disebut Hipnoterapi mempunyai manfaat yang besar dalam membantu isu berikatan fikiran dan emosi. Seperti mengurus tekanan / stres, ketakutan tak bertempat, kurang keyakinan diri, fobia, kerisauan, kebiasaan buruk, menurunkan berat badan, membina rutin baru dan banyak lagi.

    Bukankah lebih indah jika kita dapat membuat orang lain menjadi lebih baik?


  3. Untuk golongan Ibu & Bapa / Suami Isteri

    Hipnosis boleh digunakan untuk mendidik anak, cabang Hipnosis ini disebut sebagai HypnoParenting. Boleh digunakan untuk men-sugesti / memogramkan anak agar rajin belajar, menjadi lebih patuh pada orang tua, membentuk sikap, mengenali potensi daya cerap informasinya dsb.

    Hipnosis juga membantu dalam perhubungan suami isteri untuk bagaimana memahami diri dan pasangan serta mengatasi isu berkaitan hubungan saat bersama.

  4. Untuk Warga pendidik (Guru / Pengajar / Pensyarah)

    Kaedah ini disebut sebagai HypnoTeaching. HypnoTeaching adalah kaedah mengajar dengan Hipnosis. Jika seorang guru menguasai kaedah ini, suasana kelas menjadi menyenangkan dan dipenuhi dengan motivasi. Akan banyak muncul generasi muda bangsa yang penuh motivasi, inspirasi dan kreatif.

  5. Untuk Klinikal

    Hipnosis boleh digunakan untuk menghilangkan rasa sakit (anesthesia) secara semulajadi. Hipnosis telah digunakan untuk membuat hilang rasa atau kendalian rasa untuk proses pembedahan sejak awal berkembangnya pada zaman dahulu.

    Pembuktian Hipnosis pernah dan telah digunakan dalam klinikal di Malaysia;

6. Untuk golongan Psikologis / Psikiatris / Kaunselor

Dahulu hipnosis masuk dalam bahagian ilmu psikology, disebabkan waktu itu teknik hipnosis masih sukar dipelajari maka kaedah ini ditinggalkan. Sigmund Freud, tokoh besar dalam psikologi juga awalnya menggunakan hipnosis, tapi sebab sering gagal menghipnosis, maka dia meninggalkan hipnosis dan mengembangkan psikoanalisa.

Namun sekarang, ilmu Hipnosis telah berkembang dan jauh lebih praktikal dan lebih mudah dipelajari. Ia dapat menjadi alat tambah kemahiran dalam membantu klien mendorong diri. Antara peserta atau alumni kami juga adalah dari golongan profesional ini.

7. Untuk Penghibur / Entertrainer

Seperti yang anda tonton di Youtube/Film, pastinya seni Hypno-Stage yang dapat dipelajari dalam fundamental hipnosis itu sendiri akan mampu membuat penonton terhibur, dengan gelak tawa dan mewujudkan keadaan luar dari kebiasaan dalam persembahan.

8. Untuk Kesihatan & Pelangsingan Tubuh

HypnoSlimming adalah kaedah pemograman untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dan langsing, dimana mereka boleh tetap makan seperti biasa, namun tubuhnya akan menyesuaikan untuk tetap langsing.

9. Untuk Meningkatkan Penjualan / Perniagaan

Hipnosis ini disebut sebagai HypnoSelling, jika dalam modul latihan khas Hypnotic Works, ia sebagai Hipno-Niaga.

HypnoSelling terbahagi menjadi 2, iaitu untuk Sales : Meningkatkan rasa percaya diri dan sikap mental yang kuat, sehingga menjual menjadi hal yang menyenangkan baginya. Kedua, HypnoSelling adalah teknik komunikasi bagaimana mempengaruhi para prospek atau pembeli, untuk membeli dan berurusan dengan kita.

Dalam Hipno-Niaga, kita belajar bagaimana mula berniaga dan membuat jualan mengikut asas dan struktur Hipnosis. Sehingga memahami cara sistematik membuat jualan dan membina aset aliran tunai aktif dan pasif.

Penafian : Hipnosis bukan Pil Ajaib untuk mewujudkan keajaiban dalam kehidupan, tidak boleh menjadi pengganti kepada perubatan klinikal, tidak mempunyai ubat-ubatan dan ritual aneh. Ia hanya seni tadbir emosi dan fikiran serta mendorong melalui komunikasi bawah sedar. Ia sebagai alat tambah kepada kemahiran mendorong diri dan orang lain untuk berkembang kepada yang lebih baik.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jan 27, 2022 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!