Jangan Belajar Hipnosis – Sihir, Haram & Menyesatkan

Hypnosis – Seni Ditakuti Dunia‘ adalah buku tulisan saya mengenai dunia Hipnosis. Sesuai tajuknya dengan sensasi lama yang masih hangat dibicarakan akhir-akhir 2019 lalu.

Kesannya, Alhamdulillah makin ramai mencari dan mahu menekuni apa itu Hipnosis tanpa mengambil bulat-bulat tuduhan negatif yang diberikan terhadap hipnosis di Malaysia. Tidak kurang juga kesan negatifnya, makin ramai juga yang terpengaruh menjadi takut dan menolak hipnosis kerana percaya bahawa ia adalah ilmu yang bersangkutan dengan kuasa mistik.

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang mitos-mitos berkenaan dunia Hipnosis

Dengan kemajuan dunia saat ini, masih ada segelintir masyarakat yang menolak hipnosis kerana takut dan mempercayai sesuatu yang tidak benar berkenaan ilmu tersebut (walaupun hipnosis ini siap dah ada institusi / sekolahnya pun).

Tambahan pula apabila menerima info dari sumber yang meragui. Mendengar apa orang yang bukan ahlinya berbicara.

Fikiran teracun, bawah sedar di program tanpa sedar. Oh!

 

MITOS HIPNOSIS

 

  1. Setiap yang di hipnosis akan hilang kesedaran
  2. Jadi pak turut saja macam di pukau apabila di hipnosis
  3. Belajar hipnosis sampai ada kebolehan tidurkan orang lain itu ada penggunaan kuasa mistik seperti jin. Sihir.
  4. Hilang kendalian diri jika di hipnosis
  5. Golongan ahli ibadah tidak boleh di hipnosis kerana kuatnya spiritual mereka hingga kuasa hipnosis tak dapat mempengaruhi diri mereka
  6. Hipnosis adalah amalan / ritual agama hindu dll

 

Malah jika diperhatikan jika bual bicara soal Hipnosis, ramai juga yang menuduh dan menghukum bahawa hipnosis adalah ilmu sihir dan sesat secara mudahnya.

Jika dibincangkan, tak pernah ada sisi positif dihuraikan kepada masyarakat. Hanya point menjurus kepada ia salah, terkait mistik dan yang masih lagi duduk dalam senarai mitos-mitos tadi. Pusing-pusing asyik itu saja yang dibicarakan. Tidak berkembang. Masih dimomokkan dengan kepercayaan yang tidak benar terhadap hipnosis itu sendiri.

Terlalu banyak info yang mengelirukan atau kurang diambi perhatian tapi sudah mahu dibahaskan seolah sudah ahli.

Aneh kan? Itu normal. Orang yang fokus dalam mencari kesalahan akan menemukan kesalahan demi kesalahan hingga sisi kebenaran ghaib dari pandangannya. Yang tak ada kaitan dengan kita pun diambil dan dibubuh kira sama rata juga pula. Adeh!

Kita tidak boleh merubah sesiapa pun melainkan ia mahu dan pastinya atas izinNya jua.

 

***

Mari saya kongsikan pada anda apa itu Hipnosis. Terutama apa yang kami usahakan (kami ada modul hipnosis kejayaan tersendiri)

 

  1. Hipnosis ini adalah istilah kepada sebuah keadaan berkaitan fikiran / keadaan mental manusia.
  2. Keadaan bagaimana? Keadaan yang apabila manusia itu setuju, suka, rela dan menerima baik sebuah informasi.
  3. Tak kisahlah info itu baik atau tidak. Benar atau sebaliknya. Apabila berlakunya proses penerimaan informasi ke fikirannya, itulah keadaan Hipnosis.
  4. Cuma.. selalunya keadaan ini berlaku tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian.
  5. Hipnosis = Keadaan Berpengaruh

Seterusnya..

  1. Baik. Keadaan tersebut pula mempunyai manfaat tertentu pastinya.
  2. Apa manfaatnya?
  3. Jika manusia mempunyai sebuah keadaan yang membolehkan ia menerima baik sebuah informasi. Maka, pasti ada cara untuk bagaimana sebuah informasi yang mahu disampaikan itu dapat secara langsung diterima baik oleh penerima.
  4. Keadaan ini akhirnya diteliti dan eksperimen dijalankan sehingga keadaan hipnosis itu tadi menjadi sebuah seni.
  5. Seni Hipnosis = Ilmu bagaimana sengajakan keadaan semulajadi tadi untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.

 

Jadi apa yang dipelajari dalam Seni Hipnosis ini?

  1. Kita belajar mengenali orang lain.
  2. Bagaimana mereka menerima informasi dengan baik. Sebab lain orang lain faktor yang mempengaruhinya menerima informasi.
  3. Memperkemas dan mengasah daya komunikasi dalam berinteraksi dengan orang lain.
  4. Bagaimana sebuah informasi yang disampaikan melalui komunikasi verbal atau non verbal dapat berkesan. Misalnya ketika mahu beri nasihat, menjual, mendidik atau mempengaruhi orang lain (mendorong kepada kebaikan).
  5. Apa tanda-tanda seseorang itu telah menerima baik info dari kita.
  6. Bagaimana kita dapat akses kepada fikiran kita untuk aktifkan kemampuan self healing yang sedia ada dalam diri kita sendiri kerana tubuh kita ini penuh dengan khazanah anugerah yang luar biasa.
  7. Bagaimana mengurus atau mentadbir fikiran serta emosi diri supaya lebih terkendali, sabar dan mampu dorong diri sendiri untuk bangkit semula ketika teruji.
  8. Bagaimana atasi ketakutan merugikan, baran, ketagihan, kurang keyakinan diri, terperangkap dengan masa lalu (tak boleh move on) dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan keadaan fikiran dan emosi.
  9. Bagaimana kita dapat menerima info dan dapat menolak info yang setiap hari diserang ke fikiran kita. Lebih tertapis dan terjaga.
  10. Seni kuasa perkataan. Menjaga dan mengawasi setiap butir bicara. Kerana perkataan adalah bahasa fikiran kita. Beri kesan pada orang lain dan diri kita sendiri. Orang boleh sakit hati, boleh down dengan apa kita kata. Orang juga boleh semangat, bergerak atau terdorong dengan apa kita kata.

Inilah seninya..

Seni Komunikasi Efektif Berpengaruh. Seni Mendorong. Seni reprogram diri.

 


Jadi, bagaimana pula dengan keadaan mangsa yang di hipnosis selalunya jadi macam tak sedarkan diri tu?

Mereka itu sedar. Mereka terlihat macam tidur kerana tubuh mereka berehat dan direhatkan. Sementara itu fikiran bawah sedarnya aktif, fokus dalam mendengarkan setiap informasi yang diberikan kepada mereka dengan baik.

Adengan seperti mangsa jadi lupa nama dan yang aneh-aneh tu semua hanyalah demo Hipnosis Hiburan saja. Ramai orang suka lihat adengan begini. Ramai juga terpengaruh hanya lihat di media tanpa tahu pun proses penuh sebenarnya bagaimana.

Maka, penting belajar. Hadir Diri. Lihat dan praktik sendiri. Lihat kesan langsungnya. Sudah ramai raih peningkatan pencapaian kemajuan dalam kehidupan.

Negara maju telah lama manfaatkan seni ini walaupun tak disebutlah ia Hipnosis pun.

Masyarakat kita yang berjaya, berpengaruh termasuklah yang jenis tak habis belajar kemudian menabur fitnah sampai orang lain percaya tu pun tanpa sedar dah melakukan hipnosis pun dah tu walaupun ia tak belajar Hipnosis. Sebab Hipnosis kan keadaan berpengaruh dalam kehidupan seharian.

Begitulah bila faham definisi sebenar apa itu Hipnosis. Hari-hari kita guna. Kita pengaruh orang dan diri sendiri.

Lebih elok jika kita belajar, supaya kita lebih sedar dalam memanfaatkan keadaan berpengaruh itu. Dapatlah kita awasi diri daripada senang sangat terpengaruh dengan info yang merugikan.

InsyaAllah ❤️

Mari ke Bengkel 1 hari Hipnosis. Modul #SpectacularHypnotism : bit.ly/hw-training

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jan 6, 2020 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!