Hipnosis Haiwan

Kali ini nak berkongsi aktiviti Hipnosis haiwan peliharaan. Boleh ke haiwan di Hipnosis? Alhamdulillah, boleh.

Anda boleh baca sedikit info berkaitan Animal Hypnosis & Eksperimennya di sini

Habis training Hipnotis pagi hari secara online hari ini di program Spectacular Hypnotism, terus sambung Hipnosis si bulus yang berusia 3 bulan untuk faham apa perlu dibuat jika disebut kata ‘GO’ dan ketika isyarat 2-3 ketukan kuku dilantai dibuat waktu bermain.

Si bulus ini akan mengambil bola kertas yang dibaling walau tersorok untuk dibawa kembali, seperti biasanya yang dilakukan oleh seekor anjing.

Biasa lihat orang hipnosis Ayam dengan membuat ia diam dan seolah tidur seketika. Ada juga yang melakukan pada beberapa jenis haiwan seperti video berikut ini,

Hipnosis haiwan di sini bermaksud mendorong ia menjadi relax sama ada dengan mahir menyentuh titik keselesaannya atau mendorong ia menerima baik isyarat atau saranan yang diberikan. Sama dengan haiwan terlatih, ia melalui proses latihan hingga ‘program’ itu terbentuk kepadanya.

Pawa awalnya, kesempatan untuk melakukannya kepada haiwan peliharaan tu hampir tiada. Kali ini saya peroleh kesempatan untuk melakukannya kepada haiwan peliharaan milik Isteri. Ada 5 ekor anak kucing berumur 3 bulan, jadi saya memilih salah seekor yang terlihat unik (seekor ni saja yang bulunya agak kembang berbanding yang lain).

Biasanya saya juga melihat kemampuan anjing boleh dilatih untuk mengejar dan mengambil semula objek kembali kepada tuannya waktu bermain seolah ia faham. Mengambil bentuk program itu untuk dilakukan kepada anak kucing pula, pasti mencabar kan? Tapi, kurang 15 minit saja proses membentuk program ini berjaya dilakukan.

Si bulus yang kerjanya melepak saja dan sekadar lincah seperti biasanya kini dapat dilatih untuk mahir 1 permainan ini. Selepas ini kita boleh bereksperimen untuk bina program unik lainnya dan cuba untuk diduplikasikan pula kepada kucing lain.

Tonton ringkasan rakaman latihan bertahap pada si Bulus ini;

Jika Haiwan pun boleh dengar kata dan terbina kebiasaan barunya dengan latihan dan pengulangan, kenapa tidak Manusia? Ada apa dengan pengulangan? Baca tentang The Magic of Repetition ini.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jan 30, 2022 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!