Cara Kosongkan Fikiran

Pernah dengar saranan ‘Kosongkan Fikiran

Macam mana cara nak kosongkan fikiran?

 

Ok macam ni..

 

  1. Sebenarnya ‘Kosongkan Fikiran’ tu tak boleh berlaku pun. Kerja Otak kita memang berfikir. Penuh dengan info / data program. Tiba-tiba nak kena kosongkan pula. Eh eh..

 

  1. Maksud kosongkan fikiran tu lebih kepada tenang, relax atau fikiran jadi tidak serabut. Diatur semula.

 

  1. Caranya adalah dengan fokus pada 1 benda.

 

  1. Begini. Pejamkan mata dan cuba bayangkan 1 titik.

    * Jika sukar untuk fokus, perbetulkan nafas. Nafas dengan santai dan dalam. Sambil usaha untuk fokus.

 

  1. Warnakan titik itu. Sama ada hitam atau putih.

 

  1. Lihat titik itu hingga jelas.

 

  1. Selesai.

 

 

Ketika anda sibuk fokuskan sesuatu hal, maka hal lain seolah menghilang. Itulah kesan maksud ‘Kosongkan Fikiran’. Titik tadi tu sekadar alat untuk kita usaha fokus 1 perkara. (Itu yang berlaku dari aktiviti tadi.. duk sibuk fokus bayangkan titik tu sampai tak perasan keserabutan yang ada diletak tepi kejap.. hehe)

 

Kerana manusia boleh fokus 1 benda dalam 1 masa saja.

 

Sama dengan bila kita stres, kita pergi main game atau tonton movie dll. Kita akan rasa lebih tenang atau relax. Walau rasa tu cuma sekejap pun.. nanti kita recharge lah semula aktiviti tu.

 

Tujuannya untuk beri ruang pada diri kita supaya dapat berfikir lebih baik. Bawa bertenang gitu. Bila serabut sangat, jadi blur. Kanta fokus kita tu tak tajam. Mana nak kena fikir itu, nak kena buat keputusan ini bagai.

 

Bila kita beri masa atur fokus fikiran kejap ni. Kurang lebih dapat membantulah merasa lebih terkendali dari sebelumnya.

 

Fikiran boleh Kosong adalah Mitos belaka. Latih urus Fokus anda.

 

Shahrain Remeli
Suka kongsi tentang Bawah sedar & Hipnosis kejayaan (t.me/hwchannel)

 

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Apr 7, 2021 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!