Cara Atasi Isu Susah Tidur Malam

Pernah alami Susah Tidur Malam?

Macam mana eh nak dorong diri untuk tidur?

Ok, macam ni..

 

  1. Ini antara tip/saranan yang saya beri sebagai Hipnotis untuk bantu mereka yang mengadu susah tidur malam kembali dapat tidur lena dan ada yang siap mula boleh tidur awal..

 

  1. Susah tidur malam ni siksa rasanya. Selalunya disebabkan stres, banyak fikir dan isu kesihatan lainnya. Buruk juga kesan bila kita tak cukup tidur malam.

 

  1. Set nak tidur jam berapa. Jika kebiasaan tidur lewat, kena ubah. Nak ubah ni mencabar sebab kena ubah program bawah sedar secara ulang. Jadi, kena set. Kena niatkan nak ubah waktu tidur. Kira kena sedar diri yang rutin tidur harian tu tak berapa elok, boleh jejaskan kesihatan.

 

  1. Kenapa kena sedar dan set? Bila tak set, tiba-tiba nak tidur. Akan jadi payah. Sebab program diri dah biasa tidur lewat dan susah tidur sebelum ni. Bila berulang macam ni, lama-lama diri akan percaya yang ia susah nak tidur atau tak boleh nak tidur awal.“Kau bolehlah.. Aku ni memang payah nak tidur.. kau tak rasa..”

    * Bab cara nak program tu kita cerita dekat #30HariHipnosisDiri. Ada teknik 9 saat.

 

  1. Setiap malam siapkan tempat tidur. Biar selesa. Jauhkan gadget.

 

  1. Ambil wudhuk / mandi dulu sebelum nak tidur. Nanti kena paru-paru berair macam mana? (tu mitos)

 

  1. Berbaringlah dengan selesa. Bagus mengiring kanan. Gelapkan bilik. Berdoa. Berzikir.

 

  1. Buat pernafasan terarah. Maksudnya teratur. Ada ritma kiraan. Secara asas buat 5-2-8 (tarik nafas sepanjang 5 saat, tahan 2 saat, lepas 8 saat). Dalam Self Hypnosis ada bentuk kiraan lainnya.* Asasnya, bernafas santai saja. Bukan laju. Begitu. Makin lama kita akan makin relax.

 

  1. Bila buat nafas ni fokus kat nafas kan? Kalau fokus tu lari. Buatlah cara yang saya tulis pada post lalu (https://www.facebook.com/MasterReyHypnotist/posts/2792694567617702)

 

  1. Supaya tak fokus pada keserabutan yang ada. Tak fokus pada perkataan dan pertanyaan “macam mana nak tidur ni… tidurlah wehh..” dll.. tak fokus pada kesedihan dan tekanan harian yang ada. Makin fikir, otak makin sibuk bekerja jadinya.

 

  1. Kalau ada bunga lavendar, bubuh dekat bilik atau dalam sarung bantal (ni bukan tangkal okey). Harumannya ni bantu otak rembeskan melatonin (hormon tidur), kata Dr Otak. Guna aromatherapy yang bahan asasnya lavendar ori pun boleh.

 

  1. Cuba perbaiki pemakanan. Makan kekacang macam kacang kuda ke, kacang hijau/merah, telur, minum susu suam / susu soya tak ada gula. Teh hijau pun boleh juga.(Jika ada isu kesihatan berkaitan angin, perut dan anxiety atau lain-lain, kena rujuk pakar minta nasihat mereka bab pemakanan ni)

 

Tidur malam ni nikmat. Bersyukurlah jika masih dapat menikmatinya. Jangan sikit-sikit tidur sudahlah ye.

Menariknya bila tidur cukup dan berkualiti ni, fikiran dan idea tu jadi lebih cepat prosesnya, lebih menarik dan motivasi jadi lebih tinggi gitu (jika down, senang nak bangkit).

Cubalah baiki tidur kita. Tengok kesan dan perubahannya.

 

Shahrain Remeli
Tukang tidurkan mereka yang memerlukan dorongan bangunkan diri dengan tidur hipnosis. Suka kongsi pasal bawah sedar & hipnosis kejayaan.

Apr 7, 2021 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey