Bebas Dari Ketakutan Masa Lalu Dengan Hypnosis – Kisah Hipnosis Kejayaan

Sumber gambar – https://www.styl.id/empower/2089/takut-bahagia-bisa-jadi-kamu-mengidap-fobia-ini

 

Hari ini saya merasa terpanggil untuk menuliskan kisah tentang bagaimana seorang klien Hipnoterapi Kejayaan saya bebas dari isu ketakutannya.

Pada 15 Oktober, kira-kira jam 8.25 pagi. Terima mesej melalui whatsapp bertanya khabar. Ketika membaca isi mesejnya, bahagia terasa macam saya lah pula yang sedang alaminya.

Kenapa? Baiklah.. begini ceritanya.

Sebelum ini saya pernah tuliskan post di facebook tentang isu ketakutan. Antara post itu boleh baca disini..

 

Takut Pisang

Takut Lipas

 

Pernah alami yang namanya takut terhadap sesuatu perkara? Mesti ada kan? Normal. Cuma jika takut sampai ganggu emosi dan jejaskan kehidupan pula bagaimana?

Tulisan saya tentang ketakutan melampau ketika itu rupanya dibaca oleh mereka yang sedang memerlukan bantuan kerana mengalaminya.

Dalam tulisan ringkas saya itu ada dikongsikan bahawa adanya individu yang alami takut yang aneh. Misalnya, takut dengan buah pisang. Bila nampak pisang je dia jadi takut dan kadang sangat takut. Bayangkan bila ke restoran atau warung nak makan. Atas meja tuan kedai pula bubuh pisang. Jadi tak senang duduklah dibuatnya!

Aneh kan?

Ada juga yang takut dengan baldi, takut dengan lipas atau dalam erti kata lain takut dengan perkara yang tak membahayakan diri atau tak memudaratkan diri. Takutnya tu melampau-lampau.

Tak kurang juga kes yang takut bila dengar atau tahu kalau ia berada hampir dengan namanya kawasan kubur. Takut bila nampak kubur. Takut bila ada orang mati, bila ada jenazah. Kadang hanya orang sebut kata mayat saja pun dah jadi sangat takut!

Kita mungkin rasa kelakar. Ketawa. Tapi saya bukan mahu buat jenaka. Ia adalah isu realiti yang dihadapi sesetengah orang. Mungkin anda yang sedang membacanya sekarang ini pun mula sedar ada ketakutan yang aneh atau mungkin ada dalam keluarga atau orang terdekat anda sedang menderita mengenainya. Siapa tahu kan?

Mereka harus dibantu sekiranya mahu dan perlu.

Pendek cerita, disebabkan post tersebut tanpa saya sangka menjadi asbab klien ini terbaca di facebook atau terjumpa melalui enjin carian di google dan terus menghubungi saya melalui whatsapp.

 

 

Anggaplah beliau adalah ‘Puan N’ (nama atau identiti sebenar adalah dirahsiakan).

Puan N mempunyai isu ketakutan tentang melakukan hubungan suami isteri!

Disaat banyak kes keterlajuran, mengandung tanpa ikatan sah kerana suka sama suka banyak berlaku tanpa rasa bersalah.. beliau yang sudah sah bernikah pun tak berani untuk melakukan hubungan bersama suami.

Awalnya hanya kerana terpengaruh dengan informasi yang diperoleh melalui cerita orang dan internet. Bahawa melakukan hubungan atau ketika melalui proses ‘pecah dara’ itu adalah menyakitkan. Membuat imaginasinya mula menggambarkan perkara yang bukan-bukan hingga mendorong tindakannya selari dengan sangkaan tersebut.

Dan setelah dipandu untuk ceritakan akar isu yang mungkin tidak ia kongsikan.. punca tercetusnya rasa takut ini adalah kerana tentang kisah masa lalunya yang akhirnya memacu rasa risau, takut dan yang sama maksud dengannya. Disini beliau telah melalui yang namanya ‘Trauma’ yang dikaitkan dengan tekanan emosional dan psikologis yang besar.

 

 

Akhirnya diri cenderung menolak atau tidak mahu meneruskan hubungan suami isteri tersebut.

Jika isu ini sangat baru oleh pengantin baru tidaklah hairan. Perlukan sedikit masa insyaAllah selesai. Tapi apa yang dilalui oleh Puan N ini berbeza. Sabarnya sang suami terhadap isteri tercintanya.

 

 

Menyedari ini sebagai isu yang mungkin tidak normal dan harus berubah atau dibantu. Maka Puan N telah tekad bersama suami untuk buat temujanji bersama saya di Pasir Gudang, Johor untuk menjalani yang namanya Hipnoterapi.

 

 

Mereka terbang jauh dari Serawak untuk sesi hipnosis 3 jam!

Mereka tidak tahu sama sekali apa itu Hipnosis dan bagaimana ia bekerja. Bak kata lain, mereka memang zero mengenai Hipnosis ni..

Ini adalah terapi yang saya sebut sebagai Hipnoterapi Kejayaan. Ia atas persetujuan bersama saja secara peribadi untuk melalui proses reprogram dengan hypnosis. Tiada paksaan.

Dalam Hipnoterapi Kejayaan ini saya hanya fokus kepada 3 bentuk terapi. Iaitu Relaxation Therapy, Forgiveness Therapy dan Collapsing Anchor Therapy.

Relaxation ni adalah terapi utama yang saya beri dan ajarkan kepada peserta yang mahu menjadi hipnotis. Ia tentang bagaimana menikmati rehat yang dalam. Bukan rehat di fikiran dan jiwa semata, tapi otot tubuh kesemuanya harus berehat.

Ketika rehat yang dalam inilah proses tambah nilai program diri dijalankan, iaitu diberikan saranan atau cadangan bersesuaian supaya menjadi dorongan atau nilai tambah dalam diri. Sepanjang sesi ini tidak berlaku yang namanya tak sedarkan diri dan lain-lain. Selain dari tidur normal setiap malam untuk berehat, kita perlu sedar untuk bagaimana merehatkan diri ketika perlu secara sengaja supaya kadar stres atau kerja-kerja untuk program bawah sedar dapat dijalankan dengan baik kepada diri.

 

Jadi, ketika awal berjumpa.. Kami jalani Brief Therapy, terapi santai berbagi cerita (ahli hipnosis pasti tahu mengenainya). Dan saya juga bertanggungjawab untuk melakukan yang namanya Hypnotic Training kepada mereka supaya jelas bagaimana yang namanya hypnosis. Maklumlah, ramai orang salah faham dan mempunyai mitos terhadap hipnosi ni.

Maka proses terapi sesi 1 kami pun bermula..

Menurut saya secara peribadi, saya menilai Puan N ini sangat bagus dalam menerima programming. Kerana beliau bersungguh mahu bantu diri dan ia beri kerjasama yang sangat baik. Suaminya menjadi saksi sepanjang sesi tersebut dijalankan kurang dari 20 minit saja ketika itu.

 

Alhamdulillah, selesai sesi tersebut saya tinggalkan kepada mereka sedikit tip atau saranan untuk mereka cuba. Hasilnya?

 

Selepas sesi itu, Puan N bersungguh sampai pulun apa saja produk digital atau kelas Online yang saya ada (Hipnosis Kejayaan) untuk ia praktis mana yang sesuai selepas beliau menikmati sendiri kesan dari sesi terapi secara nyata.

 

 

Beliau juga sering beri maklumbalas tentang perkembangan positif semasanya.

Hinggalah khabar bahagia terkini ini..

Beliau telah pun disahkan Hamil! Alhamdulillah. Syukur!

 

***

Hipnosis atau Hipnoterapi bukan PIL AJAIB. Ia sekadar kaedah dan seni bagaimana menjangkaui fikiran sedar terus ke bawah sedar untuk kerja-kerja programming. Membantu isu berkaitan fikiran dan emosi. Belajar Hipnosis untuk kehidupan dan kejayaan disini melalui Modul #SpectacularHypnotism

 

 

Oct 15, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey