Kisah Batu Dari Asgard

Ada sebuah kisah tentang seorang pemuda yang suka membaca. Pemuda ini telah menemukan sebuah kitab kuno.

Kitab itu menceritakan tentang sebuah pantai yang memiliki seketul batu istimewa yang dapat merubah benda-benda kepada emas. Datangnya dari sebuah kerajaan kaya raya, Asgard ?

Batu yang dimaksudkan itu juga dijelaskan mempunyai satu ciri unik iaitu agak panas seperti makhluk hidup berbanding batu lainnya.

Tidak menunggu lama, pemuda itu akhirnya bertindak untuk mencari batu ajaib ini. Hampir setiap hari pemuda ini mencari batu tersebut.

Rutinnya mengutip, merasa dan membuangkan batu yang menurutnya yakin sejuk dan bukan batu ajaib seperti yang dicarinya.

Masa berlalu, dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan sehinggalah bertahun-tahun lamanya.

Sampailah pada satu hari itu, pemuda ini menemukan batu istimewa tersebut ditangannya. Namun, kerana telah terbiasa merasa dan membuang batu-batu disitu. Maka, ia tetap merasa dan yakin, itu adalah sama seperti batu biasanya dan membuangnya tanpa ragu.

Pemuda ini terus melakukan rutinnya itu hingga lupa apa sebenarnya yang ia cari ?‍♂️

 

Seperti itulah dalam kehidupan ramai orang. Pada awalnya besar keinginan, besar impiannya, bagus titik fokusnya, semangat menjulang-julang. Hingga bertindak untuk usahakannya dengan sebaik yang mungkin. Yakin berjaya. Inginkan keajaiban semata. Nak cepat berjaya.

Kerana hanya melakukan rutin yang sama hingga menjadi sebuah kebiasaan yang membosankan, tanpa sedar semangat pudar, fokus kabur dan membuat banyak peluang serta nilai baru dalam kehidupan hilang begitu saja. Sia-sia.

 

Ada 2 pelajaran dalam cerita pendek ini,

1 – Melakukan perkara sama hingga menjadi kebiasaan yang membosankan akan mendorong kepada lemahnya titik fokus asal. Awalnya rasa hebat dan yakin nak capai sesuatu yang dihajatkan. Apabila usaha yang dijalankan kekal sama dan membosankan, rasa hebat tadi pun jadi biasa-biasa saja. Kuasa mendorong makin lemau. Kita jadi melupakan hajat asal kenapa kita buat sesuatu usaha itu. Makin lama kita makin hilang rasa percaya dengan apa kita buat.

“Buat benda sama tapi harapkan hasil berbeza itu sia-sia.”

2 – Melakukan sesuatu amalan atau usaha tanpa mengharapkan ganjaran dijanjikan semata. Misalnya, bersedekah atau melakukan ibadah lainnya. Melakukannya bukan kerana pahala atau ganjarannya. Tapi kerana DIA Yang Maha Kuasa. Berkat melakukan kebaikan tersebut secara berterusan, akhirnya menjadi kebiasaan. Pada awalnya kita buat kerana sesuatu ganjaran, akhirnya kita tidak lagi melihat ganjaran, tapi jatuh cinta, ikhlas, buat keranaNya semata. Ketika ini, kita layak menjemput keajaiban bertandang dalam hidup kita. InsyaAllah.

 

* Apa kita buat berulang kali, membentuk kebiasaan yang akhirnya menjadi sebahagian dari diri. Mempengaruhi pilihan, keputusan dan tingkah laku kita. Amalan membentuk Akhlak.

“Biasakan yang betul, betulkan yang biasa-biasa kepada yang luar biasa (menguntungkan).”

Tanamkan kebiasaan-kebiasaan yang dapat meningkatkan kuasa minda diri supaya mendorong kepada perkara yang menguntungkan, iaitu dengan 15 benih rutin Kejayaan

 

** Ini sekadar kisah yang tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Cukup ambil point penting yang mahu disampaikan sahaja. Jika bermanfaat, sila dikongsi.**

Telegram Channel : bit.ly/hwchannel

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jun 11, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!