Aku Perawat Yang Di Benci | Hipnosis itu Pukau?

Aku Perawat Yang Di Benci
 
Dulu.. aku suka dan cukup teruja hadap kes berkaitan sihir, santau, kerasukkan. Aku dipandang Sakti. Tak kurang juga yang gelar aku bomoh walau berkali aku nafikan. Terpulanglah. Aku sudah melihat hal diluar logik akal. Banyak kejadian ‘aneh’ diperlihatkan.
 
Aku juga sudah pernah alami gangguan mistik. Aku ada banyak perkara mahu diceritakan kelak.
 
Sehinggalah aku berubah.
 
Cara fikir aku berubah, cara aku bercakap berubah, cara aku memilih klien berubah. Semua ni setelah aku kenal Hipnosis. Mula-mula tu berat juga nak terima hakikatnya. Itulah proses. Kebenaran ni memang pahit nak ditelan ya. Haha..
 
Aku memlih untuk berfikir secara waras dahulu, aku memilih untuk lebih berhati-hati dahulu. Kalau sebelum ini aku lebih memulakan fikiran aku kepada fikiran semua hal yang terlihat aneh itu adalah hal mistik belaka.
 
Kali ini, itu jadi pilihan terakhir aku.
 
Aku pilih untuk berfikir secara kritis, logik dan rasional dulu. Waras. Tapi bukan bermakna aku tak beriman dengan hal ghaib.
 
Telah banyak bukti aku dapatkan dari kes aku hadapi hingga bagaimana aku akhirnya dibenci.
 
Aku hilang gian untuk hadap kes kerasukkan lagi. Dulu itu yang aku paling teruja. Hinggalah suatu hari.. takdir menentukan hadirnya seorang hamba Allah yang minta pertolongan bahawa anaknya kerap kali dirasuk sampai buntu jadinya. Aku pernah ceritakan sebelum ini, tapi aku nak cerita lagi kali ini.
 
Bayangkan.. sambung belajar jauh-jauh berhenti begitu saja kerana asyik dirasuk. Pergi bekerja, pun berkali berhenti kerana dirasuk.
 
Sudah berkali hantar ke masjid berdekatan, jalani rawatan Ruqyah. Namun tak kunjung sembuh juga. Selepas aku dapat data ini semua. Aku sedar ada yang tak kena pada anaknya ini. Bukan kerana ia di sihir atau gangguan dirasuk jin.
 
Aku menarik nafas panjang dan lepaskannya dengan santai. Lalu aku bergegas mendapatkan anaknya dirumah tak jauh dari rumah aku tinggal.
 
Sampai dirumah itu, aku dapati anaknya sedang tertiarap disatu penjuru rumah diruang tamu. Aku tak tunggu lama setelah meneliti dari sudut rawatan biasa aku lakukan.
 
Aku terus minta bapa dan ibunya bangunkan dia, suruh dia bangun sekarang. Dipanggil namanya dan minta ia duduk. Maka anak ini duduk dihadapan aku sambil tunduk diam.
 
Aku tanyakan pada dia direct saja, “Dik.. abang tahu adik ok dan tak ada apa-apa. Adik tak penat ke terus macam ni. Ditakuti nanti betul-betul adik merasa hal tak sepatutnya. Cuba adik cerita.”
 
Dia diam, bisu.
 
Yang penting aku dah sampaikan. Dan aku buatkan ‘air jampi’ yang aku doakan dengan bahasa yang mereka faham. Biar jelas. Siap ajar supaya mereka buat sendiri sebab aku ni bukan penyembuh atau manusia sakti! Sebenarnya aku sedang programkan saranan kata-kata doa ini terus ke bawah sedar mereka. Secara sedar, mereka mungkin tidak faham. Secara bawah sedar aku percaya bawah sedar itu lebih faham. Ini aku malas nak cerita, panjang nak jelaskan. Lain kali mungkin.
 
Lalu aku beri pada anak gadis ini kad nama. Aku minta dia whatsapp aku segera nanti, cerita.
 
Tak lama, setelah aku balik ke rumah. Dia whatsapp mengatakan.. “Bang, apa abang kata betul. Saya tak apa-apa..”
 
Dapat mesej tu, aku syukur sebab aku tak sibuk tadi nak berkomunikasi dengan jin dalam dirinya bagai. Kah! Walhal dia sendiri yang menjawab soalan-soalan aku nanti. Buang masa. Memalukan.
 
Aku tanya pada dia, kenapa adik buat macam ni dan cuba cerita.
 
Dia balas ringkas dan jelas.
 
“Saya sebenarnya kena cabul bang.”
 
Ah sudah.. waktu itu juga aku sarankan pada dia sampai dia tiba-tiba jadi berani nak maklum pada ibu bapanya. Kes selesai, dia terus move on, berubah, capai kerjaya dia mahukan.
 
Selesai!
 
Kes demi kes, aku selidik dengan jelas dan aku tanyakan terus saja apakah yang sedang alami isu mistik itu tak ada kaitan langsung dengan isu dalam hidupnya seperti konflik dengan orang lain, gangguan emosi dan yang sama maksud dengan unsur gangguan kejiwaan.
 
Rata-rata cara aku ini beri jawapan secara langsung, mereka sedar diri dan mereka sengaja beraksi begitu sebab itu saja cara untuk dapatkan perhatian. Kasihan mereka. Akulah tempat mereka bercerita dan berkongsi rasa.
 
Paling ramai mahu keajaiban kesembuhan dengan cara alternatif yang pelik-pelik sebab sebenarnya dia takut jumpa doktor, dia fobia, dia banyak dengar cerita orang bahaya masuk hospital, dia takut kalau tahu dia ada penyakit kronik, dia juga takut kalau pakar pun tak tahu dia sakit apa, rupanya dia sakit lain tapi rawatan lain diberi. Siksa.
 
Akhirnya memilih jumpa bomoh, dukun, pakai tangkal bagai, amal hal pelik-pelik. Aku memang pangkah habis. Aku memang cerita terus kalau apa dibuat itu salah. Aku banyak beri cadangan dan saranan hingga buat mereka bergerak pergi rujuk pakar dan orang yang betul. Aku tak akan mudah memujuk orang kalau tiada seni atau ilmunya. Hipnosis beri aku step by step.
 
Itulah yang buat kesaktian aku hilang dan aku akhirnya dibenci.
 
Yelah, orang jumpa aku rupanya nak keajaiban. Sekali kena sekolahkan pula. Kebenaran tu memang sakit dan perit nak diterima. Maka normal aku dibenci dan mungkin kalian rakan seperjuangan seperti aku pun bernasib yang sama.
 
Aku lebih takut jika orang melihat dan merasa aku sakti. Aku lebih takut bila orang teruja dan fanatik dengan aku. Berbanding aku dibenci kerana usaha sampaikan perkara sepatutnya.
 
Aku sudah lihat bagaimana klien aku meninggal hanya kerana sakit jantung tapi dia tak percaya, dan lebih percaya sedang dibuat orang. Aku sudah lihat bagaimana saudara mara aku yang diam-diam ada penyakit, tapi tak mahu berubat. Akhirnya makan diri.
 
Aku dibenci kerana tak membantu, aku dipinggirkan kerana aku bukan diri aku yang dulu, yang diangkat kerana kebolehan dan kesaktian.
 
Aku kerap kali ditanya, “Siapa yang buat dia. Cuba kau tengok” dan bila aku katakan siapa pula yang boleh tahu hal begitu. Dan aku tak tahu soal itu. Aku terus dilabel tak power. Tak boleh pakai.
 
Hahaha.. paling aneh mereka pula mahir ‘membaca’ siapa yang sihir. Fuhh..
 
Aku dah lihat segala penipuan dalam rawatan. Aku dah lihat temberang dalam rawatan. Aku lihat dan terima aduan hal tak senonoh dilakukan dalam rawatan oleh perawat. Aku sudah perhati ‘over claim’ dalam rawatan. Ya, Tak semua begitu, tapi ramai. Segelintir saja yang benar. Segelintir saja betul ada kebolehan dan kelebihan. Ada ilmu.
Kena ada ilmu dalam mencari mereka yang betul. Kenalah usaha.
 
Dulu aku cukup tak boleh kalau orang jalani rawatan dengan aku tapi tak sembuh pula. Macam tak berkesan. Sekarang, aku happy dan bersyukur saja orang sembuh ke tak. Sebab memang tiada jaminan boleh diberikan, memang bukan kerja kita beri kesembuhan. Klien pun dah sedia maklum. Yang penting kita dah usaha sehabis baik sama-sama.
 
Aku masih bantu mereka yang disihir, disantau, diganggu makhluk astral. Tapi aku lebih fokus pada dunia Hipnosis dahulu. Fokus mental emosinya dulu. Bantu diri pesakit itu sedar akan kuasa yang Maha Kuasa. Bantu diri pesakit itu sedar akan kekuatan dalam dirinya. Urus stres, urus emosi, perbaiki program diri. InsyaAllah hal negatif lainnya akan melemah dan pergi.
 
Ramai orang lupa dan lebih agungkan dan mengangkat jin dan sihir itu lebih berkuasa. Itulah akhirnya diri sendiri semakin melemah dan hanyut.
 
Perawat, terapis adalah pendakwah juga. Beri contoh yang baik dan betul, sampaikan kebenaran dan kebaikan. Konsisten.
 
Bila kita tak tahu sesuatu perkara, jangan takut rugi jika menjawab ‘maaf saya tak tahu’. Itu lebih baik dari kau memandai-mandai sebab nak nampak bagus dan nak nampak hebat. Ini apa yang aku pegang sampai aku dibenci. Makin kita dibenci, makin kita disayang eh eh.
 
 
***
 
Sekarang aku Hipnotis, orang kata aku ni pengamal ilmu Pukau pula. Ada juga yang datang supaya memorinya di delete. Ah sudah. Hahaha.. ?
 
Nak tengok magic? Nanti aku bikin video. 
*
Sekiranya kalian yang baca tulisan aku ini peroleh pelajaran atau manfaat, silakan kongsi.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Feb 4, 2020 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!