Subliminal Message – Isyarat dan Saranan Tersembunyi

Subliminal Message atau Subliminal Suggestion adalah sebuah isyarat atau saranan tersembunyi.

 
Ia sentiasa ada disekitar kita sama ada yang tidak disengajakan mahukan memang disengajakan dan disusunkan oleh orang tertentu yang mahir mengenainya supaya pilihan dan tindakan kita dapat dipengaruhi.
 
Zaman moden ini lebih mudah dan lebih banyak saranan tersembunyi (subliminal) ini dicerap oleh fikiran bawah sedar. Menurut saya sendiri, lebih banyak negatif daripada saranan positif.
 
Ketika ramai orang sangat fokus pada smartphone dan memerlukan wifi sehingga tidak menyedari atau mengendahkan lagi persekitaran mereka, saat itulah bawah sedarnya mencerap saranan tersembunyi yang ada disekeliling.
 
Semakin kerap ia berada dan ternampak saranan tersebut sama ada dalam bentuk gambar, percakapan, perbuatan atau tulisan secara berulang. Semakin kuat informasi itu diproses menjadi sikap dan tindakan.
 
Contoh Subliminal yang digunakan dalam perniagaan adalah dalam teknik marketing. Untuk anda yang sudah membuat pilihan membeli sesuatu, cuba ingat semula prosesnya.
 
Pada awalnya anda mungkin hanya melihat logo, tulisan, iklan-iklannya. Awalnya tidak kenal dan tak endahkan. Tidak tertarik. Tapi selepas itu tanpa anda sedar, anda lebih cenderung membeli produk atau servisnya walau ada banyak pilihan lain.
 
Apa yang mendorong anda bergerak memilih dan membeli (tindakan) adalah disebabkan informasi mengenai produk atau servis itu sudah masuk ke bawah sedar tanpa anda sedari.
 
Untuk yang sudah menyertai LIKEMETHOD akan lebih faham bagaimana anda kenal dan boleh join program tersebut. Dimana-mana anda sering ternampak tulisan, video, logo atau muka Khairi Ariff. Sekali lihat tak faham apa pun. Tapi.. selepas itu anda akan terdorong untuk faham dan menikmati manfaatnya.
 
 
Itu jika dari sudut perniagaan. Subliminal banyak digunakan untuk pemasaran dan membuat jualan. Bagaimana pula dari sudut kehidupan seharian?
 
Semakin kerap persekitaran kita menyebarkan informasi negatif walaupun kita antara peduli dan tidak, melirik atau melihat sejenak informasi yang ada disekitar kita. Ia berpotensi masuk dan dicerap oleh bawah sedar sehingga menghasilkan sikap dan tindakan pada diri kita.
 
Tanpa sedar, kita sudah miliki sekian sikap dan sekian cara bertindak. Jika sikap dan tindakan itu lebih kepada perkara positif dan menguntungkan, Alhamdulillah. Jika sebaliknya?

Dengan kemahiran ini, saya sering melakukan beberapa eksperimen mengenai Sublimnal dalam bengkel kendalian saya kepada para peserta. Hasilnya tak pernah gagal. Peserta berjaya dipengaruhi untuk memilih apa yang saya sudah setkan dan ia tidak dapat menjelaskan kenapa boleh memilih dengan tepat apa yang saya setkan. Macam mustahil tapi ia memang ada dan selalu berlaku kepada kita semua.

Dengan pengetahuan Hipnosis, kita dapat menyedari dan menapis saranan negatif supaya tidak masuk atau melekat begitu saja dibawah sedar. Dengan segera, kita programkan diri semula supaya sikap dan tindakan kita tidak dicemari oleh hal merugi.

Antara Subliminal negatif yang banyak digunakan dan disusun oleh mereka yang tidak bertanggungjawab adalah,

  • Mendorong untuk gila atau kuat Seks
  • Mengarahkan fikiran untuk melihat sesuatu yang kotor dan menumpulkan fikiran
  • Mewujudkan pilihan untuk ketagihan
  • Membeli atau melaburkan wang kepada hal tidak jelas
  • Mempengaruhi tindakan untuk klik informasi yang tidak bermanfaat
  • Mewujudkan sikap baran, emosional, ingin merogol dan membunuh

 

===

Tempoh hari saya bertemu dengan Romy Rafael, seorang pakar dan Master Hypnotist, NLP, Microexpression, Bahasa tubuh, Subliminal Suggestion dan banyak lagi. Beliau sangat terkenal di Indonesia dan luar negara. Seorang tokoh hipnosis dan pejuang dalam menyampaikan makna yang betul mengenai pengetahuan ini kepada masyarakat.

Tonton Video ini,

 

Insya-Allah. Share jika ia bermanfaat! 🙂

 
 

 

Sep 20, 2016 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey