Subliminal Kingsman – The Secret Service

Mood santai admin di hari cuti raya Cina ini.

“Budi bahasa menggambarkan keperibadian seseorang.”
– Hary & Eggsy Kingsman

Benar, dari sudut pandangan tentang keilmuan karekter manusia, budi bahasa seseorang itu memperlihatkan siapa dirinya yang sebenar.

5 bintang untuk filem Kingsman‬ ni. Filem ini menonjolkan dan menyebut soal aplikasi NLP, teknik ‘Slide of Hand’, menggunakan seni perkataan berimpak pada bawah sedar, daya tindak yang tenang, pengendalian emosi, ketenangan bagi mengendalikan tindakan waktu cemas, teamwork, kebijakan, tanggungjawab dan amanah, peranan aksi tempur yang ‘Wow’ la juga, heronya yang tampan, kemas dan bergaya.

eggsy

Ada la beberapa input lainnya yang tak sempat nak disalin atau dituliskan.
 
Ramai orang menonton menggunakan cara ‘melihat’ yang tersendiri. Berbalik kepada bagaimana kita melihat atau Fokus. Jika kita memilih untuk Fokus pada sisi negatif, maka yang kita akan lihat hanyalah input negatif sahaja. Jika kita hanya memelih untuk Fokus pada hiburan dan jenaka, kita akan dapat hiburan dan jenakanya sahaja.
 
Tapi, jika kita memilih untuk fokus pada input positif. Pasti kita peroleh sesuatu yang bermanfaat dan positif. Ini sisi sudut pandangan saya secara peribadi berdasarkan apa yang saya fokuskan.
 
Belajar lihat dan nilai sesuatu dengan kefokusan yang betul. Tak hairanlah jika ramai orang fokusnya hanya pada hal negatif terhadap seseorang itu hingga ia secara tidak sedar akan beribu perkara baik atau positif orang tersebut.
 
“Fokus itu lebih penting daripada kecerdasan”
 
Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Feb 19, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!