“TIDUR!”
Dia terus rebah serta merta. Lena. Rehat sedalamnya. Sudah agak lama tak merasa relax seperti itu mungkin.
Aku biarkan seketika dan bermulalah proses penanaman saranan sebelum ia dibangunkan pada keadaan normal senormal-normalnya.
…
Mata maknya melirik aneh melihat anaknya ketiduran disofa yang tak berapa empuk hanya dengan sentapan saat berjabat tangan.. sambil menanti apa berlaku seterusnya.
Aku tak tunggu lama kerana inilah saat emas untuk berikan saran kata kepada subjek yang sedang terkulai nikmati tidur Hipnosis. Waktu ni, waktu deep trance atau keadaan hipnosis yang dalam.
Dalam pelajaran Hipnosis ada kaedah mengenalpasti keadaan seseorang yang sedang menikmati keadaan Hipnosis. Keadaan tersebut mempunyai tanda-tandanya. Ketika itu barulah sesuai untuk melakukan proses ke 5 dalam struktur Hipnosis iaitu Suggestion.
“Mulai sekarang.. semakin bernafas dengan baik, semakin tenang. Semakin merasakan relax yang sangat dalam..
Setiap kali nanti ketika ingin tidur dan berehat. Fikiran, tubuh dan perasaannya bersedia menikmati tidur dan rehat yang sebaiknya. Normal dan lebih baik dari yang tadi.
Abang kira dari 3 sampai 1.. ketika mendengarkan petikan jari tangan ini, buka mata dan bangun dengan santai.” Saranku kepadanya yang sedang dalam rehat yang dalam dengan nada rendah satu per satu disebutkan secara jelas.
Aku lihat nafasnya dari laju sebelum ditidurkan bertukar santai dan seakan bernafas ke bahagian perut. Turun naik perutnya. Petanda berlaku perubahan baik.
Proses kembalikannya kepada keadaan semula pun dilakukan sebelum kejutkannya untuk bangun.
Aku berserah dari awal mula, sekiranya berjaya, itu berkat dirinya berusaha dan mahu dibantu. Tentunya pasti semua atas izinNya jua. Aku cuma ikhtiar, pandu ikut apa yang aku faham.
Sekiranya tak beri kesan. Itu bukan bermakna gagal atau tak berjaya. Tapi cuma belum Berjaya saja lagi. Maka mencuba lagi adalah perkara penting untuk dilakukan. Itu normal.
Selesai kiraan 3 sampai 1 macam yang aku katakan tadi.. terus aku petikkan jari untuk beri tanda atau isyarat supaya ia buka mata, bangun dari tidur hipnosis.
Mata dibuka perlahan-lahan. Matanya terlihat bagai orang baru bangun dari tidur yang lena. Terlihat raut wajahnya tenang berbeza awalnya.
“Macam mana rasanya? Baik?” tanyaku dengan santai.
“Lega. Ringan. Ok bang.. Saya nak balik, nak tidur.” jawabnya puas dan seperti tak tertahan nak balik nikmati nikmat tidur yang hilang sebelum ni.
“Ok baik. Bagus. Balik ni bersihkan diri, siapkan diri untuk berehat.” pesan ringkasku sambil angkat punggung, bangun beri laluan untuknya.
Aku lihat maknya ikut lega. Hilang rasa cemas. Nak segera pulang bantu anaknya untuk tidur. Esok banyak kerja. Kasihan emaknya penat balik kerja, anaknya pula alami hal aneh.
“Terima kasih ya. Nama siapa ye?” tanya maknya tersengih sebab lupa nak tanya awal tadi.
“Oh sama-sama. Insya-Allah. Nama saya Shahrain, panggil Rey saja cik.” jawabku dengan selamba sambil tersengih juga (jauh eh nama panggilan dengan nama sebenar. Haha)
“Oh Rey. Terima kasih ya Rey. Nanti apa-apa cik maklum ya. Risau kalau dia apa-apa nanti. Nama anak cik ni Wan.” (bukan nama sebenar) balas maknya. Oh, sekali dengan aku tak menyempat nak tanya nama anaknya. Kah!
Agak laju aku lihat si Wan nak balik. Sebelum beredar, penting bagi aku meninggalkan pesanan iaitu sedikit tips juga pada maknya untuk dibuat balik nanti bagi membantu Wan.
Apa tipnya, apa jadi pada Wan lepas dia balik tu?
Ah.. Sambung lagi