Berapa ramai di sini yang tahu pelatih Mike Tyson yang berpengaruh terhadapnya telah membawa beliau bertemu dengan seorang Hipnotis dan Hipnoterapis, John Halpin sebelum beliau membina awal kariernya sebagai petinju profesional?
.
Dalam sebuah podcast, Mike Tyson ada menyatakan bahawa pelatihnya membawanya kepada seorang Hipnotis.
Ia titik perubahan besar kepada Mike Tyson menjadi petinju berpengaruh.
Mike Tyson ni awal kisah hidupnya penuh dengan keadaan yang buruk, ego dan serba negative. Beliau tidak faham bab pengukuhan mindset positif bagai.
Kisah kejayaannya bermula Ketika bertemu dengan pelatihnya Cus D’Amato yang percaya dengan nilai hipnosis untuk membantu petinjunya untuk cepat mengatasi keraguan, ketakutan dan kekurangan keyakinan. Kerap memberikan kata-kata positif dan yang bersesuaian kepadanya.
Ini antara saranan yang diberikan kepada beliau ketika ditanya tentang apa yang berlaku ketika diHipnosis;
“You relax. You go in there and totally focus on blackness, nothing. They tell you, ‘You’re going to be a savage, an intelligent animal, you’re working, you’re going to do this, you’re going to be a ferocious animal, you’re going to fight both hands to the body, use your jab in ferocious fashion,’ They sinked all that into me when I was younger.”
John Halpin telah bersama Mike Tyson sejak pertarungan pertamanya sebagai seorang profesional, dibawa masuk oleh Cus D’amato, yang telah menggunakan kepakaran Halpin untuk petinjunya ini selama hampir dua puluh tahun.
.
John Halpin adalah ahli hipnoterapi di Manhattan, tidak jauh dari Central Park West. Halpin menghabiskan sebahagian besar masanya dengan pesakit yang memerlukan perkhidmatannya untuk mereka menurunkan berat badan atau berhenti merokok melalui cadangan hipnosis.
.
Orang ramai melihat Mike Tyson sebagai seorang petinju yang tidak dapat dikalahkan, tanpa menyedari bahawa seorang pakar hipnotis sentiasa berada di sisinya membantunya membuat persiapan untuk setiap pertarungannya. Ia dibentuk.
.
“Cus dulu membuatku dihipnotis secara profesional sebanyak dua atau tiga kali sehari, sebelum diuji, sebelum latihan, dan sebelum pertarungan. Tujuanku adalah untuk menghancurkan,” kata Tyson, di Give Me Sport.
Tyson mengaku dihipnotis sejak usia 12 tahun. Hasilnya, ia menjelma menjadi petinju brutal ketika memasuki dunia profesional.
.
Biasanya Halpin akan peruntuk masa selama 2 jam untuk Mike Tyson bagi sesi Hipnosis urus kerisauan sebelum beraksi.
Antara sebab kejayaan Mike Tyson ini pastinya adalah kerana dorongan kesungguhan dan rutin-rutinnya yang luar biasa termasuklah makanan perkataan-perkataan yang mendorong dan pengurusan fokus, emosi serta fikiran dalam bertarung.
.
“My mission is to go and destroy..” – Mike Tyson