Tak Sedarkan Diri Masa Di Hipnosis?

Betul ke masa di Hipnosis oleh seorang Hipnotis, kita hilang kesedaran? Ini yang ramai orang percaya bahawa hipnosis itu ada kuasa ke atas fikiran orang lain. Itu tidak benar!

Sudah lebih 5 tahun kami kendalikan program Hipnosis. Kami sudah hipnosis lebih ratusan orang dan mungkin sudah ribuan juga. Tak pernah lagi ada diantara mereka yang mengatakan bahawa mereka hilang kesedaran.

Malah mereka menikmati keadaan Hipnosis itu dengan gembira. Aneh kan?

Keadaan hipnosis adalah keadaan di mana fikiran logik atau minda sedar kita direhatkan, otot tubuh menjadi rehat serehat-rehatnya. Itulah nampak seolah mereka macam pengsan atau tidur.

Manakala keupayaan fikiran bawah sedarnya pula meningkat lebih baik lagi dan dimanfaatkan untuk tujuan ‘programming’. Tiada yang namanya tidak sedarkan diri. Waktu dibawah sedar, kita masih ada kendalian dan kesedaran yang baik. Kerana tahap fokus kita meningkat.

Sebab itulah subjek atau orang yang di hipnosis dapat mengikuti saranan diberikan dengan sangat baik. Ramai yang takut di hipnosis, tapi lepas dah rasa jadi teruja dan suka pula untuk di hipnosis. Serius aneh! 

Tonton sembang santai kami ini dan jangan lupa untuk Subscribe channel Master ReyHW Studios kami ya!

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Dec 14, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!