Suara Alam dan Hipnosis

Indah kan Alam ciptaan Allah ini. Sebuah tanda Kebesaran-Nya 🙂

Pernah tak, ada beberapa waktu dalam setiap hari kita alami situasi limpahan ilham atau idea? Atau kadang kita yang sedang serabut, emosi serta gelisah tiba-tiba menjadi tenang, damai dan santai.. Pernah?

Secara alami atau semulajadi setiap hari kita sebenarnya melalui keadaan hipnosis atau separa sedar. Tanpa perlu melakukan meditasi, bertafakur atau mendengarkan audio gelombang otak. Ya, tanpa itu semua.

Tidak saya nafikan, sangat ramai orang takut atau auto reflek ketika melihat atau mendengar kata Hipnosis ini. Guru saya pernah kongsi pengalaman beliau ada yang sampai nak bersalam pun hujung-hujung jer (takut). Haha, kelakar kadang lihat gelagat sesetengah orang. Anggapan mereka ilmu hipnosis ni ilmu pukau dan boleh membaca orang lain. Tak apalah, biasalah tu sebab belum faham lagi hipnosis itu ilmu apa sebenarnya.

Jika anda takut dengan hipnosis, anda perlu takut juga sebab tanpa menemui pengamal hipnosis, anda boleh terhipnosis atau dipukau oleh apa saja disekitar anda. Malah, anda sendiri terlalu banyak menghipnosis diri sendiri setiap hari.

Rujuk semula makna dan penjelasan mengenai hipnosis dan bawah sedar yang saya tuliskan pada posting sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, setiap hari ada keadaan semulajadi yang membuat kita berada pada keadaan hipnosis atau bawah sedar. Secara mudah untuk difahami, bunyi, suhu atau warna alam sekitar kita berpotensi mempengaruhi minda kita untuk turun ke tahap ‘Alpha’.

Suara alam seperti hujan yang mengeluarkan bunyi rintik air serta melahirkan suhu tertentu seperti sejuk mempengaruhi minda kita menurun dari ‘beta’ ke ‘alpha’ hingga reflek atau kesan pada tubuh kita berlaku seperti rasa damai, tenang dan kadang sampai ke tahap hening. Tahap ini adalah sangat bagus berdoa serta memprogramkan diri!

Antara tempat yang boleh mendorong kita berada pada keadaan yang betul untuk memprogramkan diri adalah,

  • Pantai
  • Air terjun
  • Hutan atau tempat yang mempunyai keindahan kehijauan

Bunyik kicauan burung, aliran air atau serangga di dalam hutan juga salah satu suara alam yang mendorong kita mudah menghipnosis diri. Sungguh Allah menjadikan tiap-tiap sesuatu itu bukan sia-sia belaka. Penting untuk kita belajar ‘membaca’nya.

Apa yang bagusnya kita mendorong diri kepada keadaan hipnosis ini? Sudah tentulah untuk menjemput idea atau memprogramkan diri kita. Jelas kan? Ada banyak teknik yang dah pun saya kongsikan untuk kita sengaja ke zon hipnosis di dalam ebook Magis Sebuah Fikiran ini.

Jadi, apabila berada pada keadaan itu cepat-cepatlah lari. Bahaya, nanti terhipnosis! Hipnosis kan menakutkan. Hahaha..

IMG_1004 2– boleh buat ‘Self Hypnosis’ ringkas seperti dalam gambar ini –

Dec 19, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey