Sihir Perniagaan | Kedai Tak Nampak?

Sepanjang kami beroperasi di Pasir Gudang, Johor. Dari nama perniagaan dikenali sebagai Designer Zone sampailah kami upgrade bangunkan penjenamaan baru, Hypnotic Design. Isu ramai peniaga kecil yang kami perhatikan adalah jualan mereka merosot. Rugi.

Apabila merosot dan rugi, yang bermain dalam kepala mereka adalah angkara dengki orang lain. Terutama sihir. Sampai patah hati, putus asa dan akhirnya menutup kedai!

Pernah satu masa, ada klien datang mengadu pada kami untuk bantu pulihkan tempatnya. Konon katanya kedainya di buat orang. Orang tak nampak kedainya!

Lalu kami tanyakan pada beliau, niaga apa dan dimana tempat niaganya?

Jawab beliau, dia gunakan food truck saja, berniaga tepi jalan nasi campur. Biasanya jualan sehari boleh dapat sampai 6 ke 7 ratus. Tapi sekarang sampai dapat cuma RM 20 – 100 saja.

Jika tuan puan semua ingin tahu, lokasi klien ini berniaga sebaris dengan kedai kami saja. Tapi isunya kenapa kami sendiri pun tak pernah tahu keberadaannya? Maknanya, info niaganya saja pun tak sampai pada kami yang dekat dengannya. Dan untuk makluman.. disekitar kawasan kedai di sini dipenuhi dengan kedai MAKAN sahaja kebanyakkannya! Hehe..

Satu hal menarik mahu kami kongsikan. Kami ada kedai makan kegemaran tersendiri yang letaknya diceruk dan tak strategik pun. Kalau tak pernah tahu kewujudannya, tak kan ada orang sampai punya tempat tu. Ini logiknya kan? Mungkin anda juga ada tempat begini.

Malah yang aneh, kedai diceruk tu setiap hari terima tempahan berbungkus-bungkus makanan tengah hari! Mereka beroperasi sekejap je, dari jam 7 pagi sampai tengah hari saja. Lepas tu tutup! Paling menarik, tak pernah owner kedai tu mengadu kedainya disihir orang. Yelah, nak sihir apa kalau asalnya pun dah tak nampak kan? Haha.. Atau kita nak kata dia amal Sihir ke pulak sebab tu ramai pelanggan? Hati-hati dalam menuduh atau bersangka-sangka ni.

Pada dasarnya, Tidak semua orang memikirkan dulu soal adakah betul cara mereka beriklan dan memasarkan nilai perniagaan mereka itu dalam berniaga. Ia bergantung kepada apa yang ia percaya dan apa yang ada dalam benak bawah sedarnya.

Kami tidak menafikan hal Sihir itu wujud kerana latar belakang kami sendiri adalah perawat alternatif yang sudah pernah membantu dan melalui pelbagai isu mistik. Cuma, sebelum anda merasa kedai atau perniagaan anda disihir, ini beberapa pesanan atau checklist penting harus anda lakukan. Bukan cara kami untuk mengesahkan sesuatu hal aneh itu ‘sikit-sikit Jin dan Sihir saja‘.

Pastikan anda periksa dahulu beberapa perkara berikut ini,

  • Adakah kedai anda mempunyai papan tanda / Signboard? Adakah gerai anda dipasang Banner / Bunting? Logo? Jenama?
  • Jika sudah ada Signboard, adakah ia di design dengan berpengaruh? Jika sudah pasang Banner / Bunting, adakah design nya berpengaruh?
  • Maksud berpengaruh di sini adalah, jelas, kemas, tepat dengan bakal pelanggan yang anda sasarkan. Atau pakai hentam saja design, semua benda nak disumbat masuk?
  • Jika dah pasang Banner / Bunting, berapa banyak pula dipasang? dan dipasang dimana? Adakah warga sekitar sudah nampak dan kenal dimana lokasi kedai atau apa yang anda tawarkan?

  • Adakah anda ada asas ilmu pemasaran atau pengiklanan? Ada sistem untuk kumpulkan data pelanggan supaya mudah dihubungi sekiranya ada promosi atau apa-apa info penting nak disampaikan? Atau sekadar ada barang, jual?

  • Bagaimana pula dengan produk/servis yang anda sediakan? Adakah ia sesuai dengan keperluan dan kehendak bakal atau pelanggan sedia ada anda? Panjang lagi kalau kita nak cerita.

Jika perkara asas ini belum maksimum pun anda lakukan. Maknanya anda bukan disihir orang. Tapi anda sedang menyihir diri dan perniagaan anda sendiri!

Makin ramai orang tahu tentang servis/produk kita, makin besarlah potensi untuk kita jemput keuntungan datang. Kami doakan perniagaan anda semakin sukses dan mewah rezeki.

Sekiranya anda mengalami isu jualan rendah, tak tahu bagaimana nak bina pengaruh dan tingkatkan jualan. Kami ada sediakan pakej yang sesuai untuk para pemula supaya bagaimana perniagaan mereka dapat aktif dalam menuai hasil, terutama para peniaga dijalanan. Ini pelaburan yang semua orang niaga pasti buat. Kami sediakan dalam pakej #Hipnos-Niaga.

Insya-Allah. Selamat memperbaiki pengetahuan dalam membina daya hipnotik atau pengaruh dalam pengiklanan supaya kerja-kerja pemasaran anda lebih berkesan dalam memukau atau mendorong pelanggan.

Tahu apa klien tadi buat dan berjaya perbaiki hasil jualannya? Beliau pindah tempat yang banyak trafik. Betul-betul dekat simpang lampu isyarat. Pasang banner besar. Tak ada lah kes orang tak nampak lagi 🙂

Akhir kata, sekiranya perkara asas dan logik tadi sudah dilakukan maksimum namun masih tidak membantu dan banyak bukti berlakunya hal aneh tak masuk akal. Pilihan akhirnya adalah segera berubat. Dapatkanlah rawatan dari ahlinya. Tak perlu sibuk tahu siapa yang buat atau dengki. Fokus pulihkan diri dan perniagaan. Jauhi dukun, bomoh dan peramal!

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jan 31, 2022 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!