Seminar Rahsia Hipnosis 2018

RAHSIA HIPNOSIS
Seni . Efektif . Berpengaruh

 

 

 

 

Ilmu Hipnosis untuk Orang Bisnes dan Mereka yang ingin membina Kejayaan

 

Kali ini anda berkesempatan mempelajari Seni Berpengaruh yang telah berkembang lebih 200 Tahun sebelum lahirnya modul disiplin kejayaan lainnya selepas mengkaji pengetahuan Hipnosis

Orang bisnes PENTING ada ilmu HIPNOSIS..

Supaya tak sibuk dibodohkan dengan amalan-amalan khurafat dalam menjemput rezeki.

Orang bisnes ni tahap tekanan dia tinggi. Lagi-lagi yang baru bermula. Kena ada skill uruskan emosi atau tekanan supaya gigih berusaha.

Bukan itu saja. Ramai orang bisnes cepat down dan kuasa bertindak lambat atau senang terbantut. Sebab senang sangat terpengaruh dengan pelbagai saranan atau cadangan.

 

Kenapa penting sangat orang bisnes ada ilmu Hipnosis?

+ Supaya dapat atasi isu cepat down. Tahu cara untuk kekalkan momentum.

+ Komunikasi lebih berpengaruh baik secara verbal (kata-kata) atau non verbal (bahasa tubuh). Ini penting untuk mempengaruhi tim kerja / staff. Jika anda golongan pendidik seperti trainer, ilmu-ilmu seperti hipnosis ini sangatlah penting.

+ Ada daya hipnotik dan tahu macam mana nak bina daya tersebut (berpengaruh)

+ Dapat ‘membaca’ klien dan selesaikan isunya dengan cara sesuai dan berkesan

+ Tahu macam mana nak dorong diri untuk capai matlamat

+ Sedar bagaimana mentadbir atau memanipulasikan keupayaan bawah sedar diri sendiri yang 88% banyak beri kesan terhadap kehidupan.

+ Mengaktifkan graviti Rezeki

+ Mudah memprogramkan diri sendiri bagi selesaikan isu yang sedang melanda.

+ Tahu cara mengeluarkan data bernilai dalam diri untuk lebih berjaya atau untuk keluar daripada kekusutan.

+ Faham kenapa diri ‘stuck’ dalam banyak perkara dan bagaimana selesaikannya.

+ Dapat merawat isu tidak fokus, gemuruh, takut, kurang keyakinan diri, fobia dalam hal-hal kehidupan atau yang berkait dengan bisnes.

 

Anda berniaga? Atau sedang bersiap untuk jadi peniaga yang berjaya?

Anda ada keinginan untuk belajar dan kuasai Hipnosis? Ini gerbang sesuai untuk bermula.

Penting ada ilmu seni komunikasi efektif bawah sedar, Iaitu Hipnosis.

Hadir ke Seminar Rahsia Hipnosis 2018 khas untuk Orang bisnes dan mereka yang ingin bantu diri berjaya dalam mentadbir emosi dan kuasa fikirannya.

 

 

Pernah teringin nak tahu apa rahsia sebenar antara orang berjaya dan orang yang rugi atau dengan kata lain.. GAGAL? Rahsia ini adalah rahsia yang mereka tak sempat nak kongsi!

Perasan semangat diri naik tinggi sekejap jer. Kemudian rebah, lesu dan kembali melemah semula?

Teringin untuk tahu bagaimana cara untuk bermula bagi menjadi insan luar biasa?

Sedar ada ilmu, dah macam-macam seminar dan kursus pergi tapi tak tahu mana silapnya. Asyik terpukul dengan apa orang kata. Mudah terpengaruh dan selalunya usaha setengah jalan saja?

Orang kata anda ada saka, kena sihir dan macam-macam lagi sebab selalu alami musibah dan kegagalan saja dalam usaha.

Buku dah banyak baca, wang dah banyak hangus. Bisnes tak jalan. Kerja dah tak seronok. Wang makin kurang pula. Emosi tak menentu. Sedih dan tak tahu bagaimana nak uruskan semuanya semula?

 

 

FAKTA

88% POTENSI DALAM MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KITA ADALAH MINDA BAWAH SEDAR

 

Apakah Minda Bawah Sedar ini? Baca disini tentang minda bawah sedar dan ketahui sendiri bagaimana ia sangat penting dalam kehidupan.

Cuba tekan yang ini >> MINDA BAWAH SEDAR

Malah, Minda bawah sedar salah satu sistem terpenting yang segar dalam menjalankan tugasnya dan dimanfaatkan oleh orang sukses tanpa kita sedari. Ini rahsia orang berjaya.

Ramai orang tidak sedar bahawa mereka telah memanfaatkan bawah sedar dirinya sendiri hampir setiap hari. Sedikit saja yang kenal, tahu dan sedar dalam mengawal dan mengendalikannya bagi mencapai kehidupan yang lebih baik dengan izin-Nya.

Kami di HypnoticWorks menganjurkan seminar Rahsia Hipnosis ini khas untuk anda mempelajari seni Hipnosis dengan lebih jelas dan berkualiti. Kenapa mesti belajar Hipnosis?

 

Jika tadi anda tahu bahawa yang mempengaruhi kehidupan kita adalah Minda Bawah Sedar iaitu sebanyak 88% potensinya. Manakala Hipnosis pula adalah aplikasi terbaik dalam memprogramkan dan mengendalikan Minda Bawah Sedar.

 

Tidak semua orang ambil peluang menjadi seorang Hipnotis. Tapi semua orang mengalami keadaan Hipnosis. Malah ramai yang selalu mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling sehingga down. Tapi.. sangat sedikit yang tahu macam mana untuk pengaruhi orang lain atau diri sendiri untuk berjaya.

 

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR DALAM SEMINAR INI,

 

  1. 9 Teknik Kuasa Minda Kejayaan
  2. Cara Memprogramkan Diri Sendiri – Self Hypnosis
  3. Mengurus Emosi dan Tekanan
  4. Bedah Potensi Diri Bawah Sedar 
  5. Hipnosis untuk Kejayaan
  6. Hipnoterapi untuk Kejayaan
  7. Penyelarian Programming Diri
  8. Teknik 9 Saat Programkan Diri – Eksklusif
  9. Cara dan teknik yang betul memprogramkan minda bawah sedar / separa sedar
  10. Bagaimana keadaan dan rasanya di Hipnosis
  11. Skrip-skrip berpengaruh untuk kehidupan dan bisnes
  12. Graviti Kerezekian
  13. Rahsia komunikasi bawah sedar secara Verbal & Non-Verbal
  14. Bagaimana menjadi seorang Hipnotis bertauliah dan berkemahiran
  15. Bagaimana mematahkan daya pengaruh Ilmu PUKAU secara berkesan
  16. Variasi teknik Hipnosis Moden
  17. BrainWriting / Hypnowriting Kejayaan
  18. Manipulasi Fikiran Bawah Sedar
  19. Rutin Hipnotik Kejayaan 

 

SESUAI UNTUK,

  • Berumur 18 tahun dan ke atas sahaja
  • Sudah mula berniaga atau Baru mahu bermula
  • Jiwa-jiwa yang tengah ‘DOWN’ dan mencari SOLUSI untuk BANGKIT dan TEGUH
  • Sudah banyak baca buku tentang pelbagai teknik programkan diri tapi tak faham, belum berkesan dan nak kepastian yang jelas
  • Ingin memahami sendiri apa itu Hipnosis dan macam mana mahu menjadi profesional Hipnotis
  • Dah banyak sifu, tapi masih lagi ditakuk lama
  • Ibu bapa, Guru, Peniaga, Terapis dan Pelajar yang banyak berurusan dengan manusia dan selalu mudah terpengaruh, emosi / stress

 

OBJEKTIF SEMINAR,

  1. Peroleh cara yang betul bagaimana memprogramkan bawah sedar diri sendiri dan emosi supaya dapat jalani kehidupan dengan lebih berjaya dan berpengaruh tanpa menggunakan cara yang pelik dan mengarut.
  2. Dapat melakukan teknik Swa Hipnosis dengan struktur yang jelas serta lebih efektif.
  3. Tahu bagaimana nak bendung diri dan elak daripada dipengaruh.
  4. Tahu rahsia bagaimana menjadi Hipnotis yang bertauliah dan dapat memanfaatkan kemahiran tersebut dalam perniagaan, kerjaya atau kehidupan.
  5. Memahami makna sebenar Hipnosis.

 

PENAFIAN : Program ini tiada kaitan dengan hal mistik dan ritual pelik. Tidak menjanjikan keajaiban. Disini kita belajar menikmati PROSES. 100% Ilmiah!

 

 


 

SPEAKER ISTIMEWA,

 

FARIED WAZDEE
MSI, CHt, CI, CTNLP, GRAPHOLOGIST

  • President of ISHA (Islamic Hypnotherapist Association)
  • CEO & Founder MIND Hypnotherapy Institute, Jakarta
  • Founder IPSA (Indonesian Public Speaking Academy), Pekalongan
  • Founder Joker Magic Course, jakarta
  • Trainer dan lecturer di Tazakka Institute, Batang-Jawa tengah
  • Trainer Hypnotherapy
  • Hypnotherapist
  • Motivator
  • Magician

 

THE POWER OF SUBCONSCIOUS AUTOWRITING

Apakah yang menarik akan anda belajar daripada perkongsian beliau ini?

Subconscious Autowriting merupakan sebuah teknologi pemberdayaan tulisan tangan dengan menggabungkan beberapa ilmu pengetahuan diantaranya yaitu Graphology, NLP, Hypnotherapy dan Coaching.

  • Bedah Potensi Diri
  • Memperbaiki Tahap Kewangan
  • Mengubah / Memperbaiki Karekter Diri
  • Memperbaiki Programming Masa Depan
  • Magnet Jodoh
  • Magnet Kejayaan dan Kekayaan

 

 

MOHD FARHAN IZWAN SULAIMAN
CH, CHt, CI, CMH, GMH, MAE

  • Master Trainer HypnoVengers Academy & MFIBS Hypnotherapy
  • Certified Hipnotist (CH) NAQS DNA
  • Certified Hipnotist (CH) IBH
  • Certifed Hipnoterapist (CHT) NAQS DNA
  • Certified Hipnoterapist (CHT) IBH
  • Certified Master Hipnotist (CMH) NAQS DNA
  • Certified Grand Master Hipnotist (GMH) NAQS DNA
  • Certified Instructor IBH
  • Certified Instructor Hypnovengers Academy
  • Certified Cardivist Magician from Joker Magic Course Indonesia
  • Covert Hipnosis @ Combat NLP
  • Master Energy Healer Quantum Quranic Healing System

 

ATASI KETAKUTAN DENGAN HIPNOTERAPI

Apakah yang menarik akan anda belajar daripada perkongsian beliau ini?

Beliau akan berkongsi dengan Anda manfaat Hipnoterapi dan membantu mengatasi isu ketakutan melampau yang menghalang Anda untuk lebih berjaya.

 

 

 


 

photo_2017-01-25_11-48-29          photo_2017-01-25_11-48-46          photo_2017-01-25_11-48-49

photo_2017-01-25_11-48-36          photo_2017-01-25_11-48-39          photo_2017-01-25_11-48-53

photo_2017-01-25_11-48-56          photo_2017-01-25_11-48-59          photo_2017-01-25_11-49-03

photo_2017-01-25_11-49-15          photo_2017-01-25_11-49-18          photo_2017-01-25_11-49-22

photo_2017-01-25_11-49-25

 


 

LOKASI PROGRAM


17 MAC 2018

BANGI GATEWAY, BANDAR BARU BANGI

9 PG – 5 PTG

 

31 MAC 2018

SINARAN ILMU LEARNING CENTRE, SKUDAI, JOHOR BAHRU

9 PG – 5 PTG

 


 

 

 

 

 

 

DAFTAR SEKARANG!!

 

 

 


 

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Jan 27, 2018 | Posted by | Comments Off on Seminar Rahsia Hipnosis 2018
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!