Mana lebih Hipnotik? Motivasi atau..

kepada yang masih hanya mencari motivasi hidup..

Mencari Motivasi tidak salah. Ia juga hal hipnotik yang mendorong seseorang rasa bersemangat, emosi hingga bergerak.

Namun..

Kesan kerjanya itu cuma bersifat sementara.


Jadi, ia perlu di cas semula. Kerap. Seperti apabila sedang haus, kena minum lagi dan lagi. Begitulah.


Cara mendapatkannya itu zaman ni agak mudah. Dekat medsos pun dah boleh dapat.


Betul apa kita follow, betul lah yang kita dapat.


Kena pandai pilih.

Apa yang lebih Hipnotik selain Motivasi?

Perkara yang lebih hipnotik berbanding Motivasi adalah Disiplin. Tak ada pil ajaib lainnya.


Disiplin ni dibangunkan dengan pelbagai cara. Ada yang gunakan kaedah ketakutan dan paksaan.


Contohnya, di Singapura, kerajaannya mengenakan denda tentang isu sampah. Tak boleh buat kotor. Kena saman. Mereka tegas soal ini.

Rakyat jadi takut. Jadi risau. Jadi berhati-hati dan beringat supaya tak kena saman pada awalnya.

Ketika perbuatan ini diulang-ulang. Akhirnya tembus masuk ke bawah sedar.


Apa jadi?

Jadilah kebiasaan. Buat memang sebab dah jadi kebiasaan. Bukan lagi kerana takut saman dll.


Awalnya takut, benci atau merasa terbeban dan tak biasa. Akhirnya terima dan jadi kebiasaan. Begitulah prosesnya.

Masih ingat kan waktu covid melanda? Kena jaga jarak, kena pakai mask bagai? Kena kerap basuh tangan dan pakai hand sanitizer? Apa kesan selepas itu?

Dah terbiasa pakai mask, basuh tangan dll. Sampaikan kalau ada orang batuk pun jadi risau pula. Hahaha..


Pertanyaannya sekarang..

Boleh tak bangunkan Disiplin kepada diri sendiri tanpa memaksa? Tanpa denda atau mencipta ketakutan?


Mencabar kan bila nak buat kepada diri sendiri?


Jika diri masih selesa, memang payah untuk berdisiplin ni. Kena tekan diri sendiri kalau serius nak capai sesuatu perkara/perangai.


Bukan sembang mulut saja. Kena buat dan buat.


Tak perlu panjang fikir sampai apa pun tak buat. Atur saja waktu. Set terus matlamat harian. Bukan sibuk dengan impian 5-10 tahun ke depan. Ia besar dan jauh.


Mula dari sekecil-kecil perkara dahulu. Jangan sibuk hal besar terus. Macam kita makan lah. Suap tu 1 per 1 sampailah makanan kita habis dan kenyang.

Gajah seekor pun boleh habis makan sorang. Tapi makan sikit-sikit ikut bahagian demi bahagian.

Bukan ditelan gajah tu seekor macam tu saja. Kan?

Isu ramai orang, dia sibuk dengan hal besar sampai tak nampak jalan kerja untuk mencapainya. Sekadar semangat dan berangan-angan saja.

Oleh itu, cadangan saat ini. Kita perlu pecahkan jalan kerja mencapai hal besar itu kepada matlamat kecil harian, mingguan dan bulanan jika perlu.


Ok, jomlah sambung kerja. Tulis setiap awal pagi tentang apa benda yang terbaik kita nak capai dan buat.

Boleh kan?

Tonton 30 Video tentang Rutin Hipnosis Diri untuk pemula di sini

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Oct 24, 2022 | Posted by in Blog | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.

Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!