Bahana Emosi Terpendam – 5 Aktiviti Hipnosis Ini Bantu Urus Emosi

“Emosi Terpendam penyebab diri terhambat untuk lebih sihat dan berjaya.”

Suka saya kongsikan mengenai perkara ini. Baiklah, mari kita jelajahi ia dengan lebih dalam lagi.

Kita mempunyai gelas emosi. Kita menyimpan dan merakam memori yang mempunyai emosi dari dulu sehingga saat ini. Dari sekecil emosi hinggalah yang besar. Ia dirakamkan oleh Minda bawah sedar sejenis sistem kerja Otak luar biasa yang sangat terlatih. Baik ia emosi sedih, kecewa, sakit hati, gembira, seronok, lucu dan sebagainya ia sangat suka disimpan oleh minda kita.

Apabila emosi negatif yang membebankan penuh. Waktu inilah merasa kesan buruknya.

Mungkin anda merasa tidak ada menyimpan dendam dengan sesiapa, tapi emosi negatif yang tersimpan secebis demi secebis juga sebahagian daripada emosi terpendam yang bakal meletup dikemudian hari. Apatah lagi jika menyimpan dendam.

Emosi terpendam boleh menyebabkan sakit pada fizikal (psikosomatik) tanpa dapat dikesan sebabnya secara logik / klinikal. Sebab ia berpunca dari pemikiran dan emosi terpendam.

Apabila ini berlaku, banyaklah yang menghukum seseorang itu telah diganggu Jin atau di Sihir. Nampak macam kelakar, tapi ini realiti. Kerana tiada pengetahuan dan ikutkan nafsu saja, akhirnya menjerumuskan diri melakukan hal syirik dan khurafat. Selidik itu penting.

Malah, mereka yang mengalami isu emosi terpendam yang tidak diuruskan ini ada yang lumpuh separuh badan, kemurungan yang teruk dan ada juga yang bertindak diluar batas seperti membunuh dan sebagainya. Tidak kurang juga ramai yang histeria atau kerasukkan.

Hal ini banyak dibuktikan dalam bengkel hipnoterapi kami dan diakui sendiri oleh klien sebenarnya mereka bukan kena rasuk, tapi kerana jiwa memberontak dan tidak terkawal. Sampai masa untuk ia meletup!

Ini serius. Ini realiti. Sebahagian daripada pengalaman peribadi saya juga menghadap klien yang hampir 80% adalah mereka yang mempunyai isu emosi terpendam ini. Walaupun yang hadir banyak mengadu bahawa isu mereka berkaitan mistik, saya nafikannya dengan penjelasan sains minda bawah sedar kerana ia dapat dibuktikan punca masalah mereka tidaklah mistik belaka. Kadang ia mudah tapi disusahkan.

Paling parah kesan halusnya adalah susah nak majukan diri. Masalah bertimpa-timpa dan terlihat besar. Diri memang terhambat untuk kehadapan. Manusia memang sukar ditafsir. Beragam macam bentuk ‘programming’ nya.

Oleh itu, penting ada pengetahuan Hipnosis supaya mempermudahkan dan menambah baik sudut pandang kita serta bagaimana memprogramkan semula seseorang yang perlu dibantu terutama yang berkait dengan isu emosi dan fikiran.

Isu ini sebaiknya dicegah awal dengan cara menguruskan emosi kita.

Kita boleh buat pilihan untuk jauh dari kesan negatif seperti yang saya nyatakan tadi.

Antara ikhtiar memprogramkan diri semula dan menguruskan emosi dengan mudah dan berkesan adalah melalui pengetahuan Hipnosis dan Hipnoterapi. Dengan pengetahuan ini, kita dapat memahami mekanisma fikiran bawah sedar kita.

Bagus jika kita ada pengetahuan ini supaya dapat gunakan untuk diri sendiri dan dalam masa yang sama boleh bantu orang lain.

Bagaimana cara bermula dan boleh menguasai pengetahuan yang telah dimanfaatkan oleh negara maju ini?

Anda boleh bermula dengan menguasai Self Hypnosis iaitu cara hipnosis diri sendiri. Berikut ini saya kongsikan beberapa cara bagaimana emosi kita dapat diuruskan dengan baik setiap hari dan ia juga sebahagian daripada aktiviti Self Hypnosis.

 

RIADAH / BERCUTI

  1. Bersenam atau duduk santai di sebuah tempat yang banyak elemen semulajadi setiap hari atau seminggu sekali.
    .
  2. Bercuti ke pantai / tempat pelancongan yang menyenangkan dan damai sambil meninggalkan dunia kerja buat sementara waktu. Ini bagus sekiranya skala bebanan emosinya tinggi.

* Sumber alam semulajadi mendorong kita berada pada keadaan Hipnosis iaitu keadaan yang tenang dan bagus untuk programkan diri.

 

MENULIS

  1. Tuliskan apa perkara yang mencetuskan emosi negatif diri.
    .
  2.  Susun ikut peringkat / skala isunya.
    .
  3. Baca dan tanyakan pada diri “Bagaimana aku boleh selesaikan perkara ini dengan baik?”
    .
  4. Tuliskan solusi ikut tahap pengetahuan diri (yang kita tahu) disebelah isu tadi.
    .
  5. Koyak kepada 2 bahagian dan buang bahagian emosi negatif / isu. Fokus pada solusi.

* Menulis dapat mengaktifkan beberapa bahagian otak dan bahasa otak dikeluarkan melalui tulisan tangan kita. Menuliskan apa dalam kepala otak kita terutama yang terpendam juga dapat melegakan tahap bebanan emosi yang ditanggung daripada disimpan begitu saja tanpa diurus dan diselesaikan.

 

MELUAHKAN

  1. Jumpa atau berhubung dengan rakan yang dipercayai. Luahkan kepadanya akan bebanan isu yang mencetuskan emosi negatif tinggi.
    .
  2. Minta pendapatnya.
    .
  3. Minta solusi.
    .
  4. Selesai 3 perkara tadi, menyendirilah dan tanyakan pada diri “Bila aku nak mula buat?”
    .
  5. Bertindak.

* Meluahkan bebanan emosi negatif melalui percakapan atau perkataan juga dapat mengeluarkan dan mengurangkan skala bebanan emosi yang ditanggung. Elaklah daripada kerap kali mengulang luahan atau keluhan tanpa fokus pada solusinya. Elak juga daripada meluahkannya di media sosial, usah jadikan ia tontonan ramai orang tanpa terbantu. Sebenarnya, antara ubat yang melegakan serta mampu merawat adalah perkataan yang dikeluarkan oleh orang lain kepada kita (jika ia positif dan betul), tapi hati-hati juga sebab ia juga boleh jadi racun berbisa.

 

SENYUM DENGAN KETENANGAN

  1. Senyum dapat menguruskan emosi kita yang kurang stabil. Senyum juga sedekah kan? Senyum saja walaupun sakit. Senyum saja walaupun tidak dibalas. Buat saja tanpa tapi. Paling kurang pun daripada riak wajah kita tu akan terbaca oleh orang lain bahawa kita ini ada masalah. Hehe.
    .
  2. Manusia ada cuaca. Minda bawah sedar menterjemahkan emosi kita kepada bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang tidak mampu menipu (inilah kadang dibahasakan sebagai Aura). Sebab itu kita seringkali bagai mampu ‘membaca fikiran’ orang lain bahawa ada tak kena dengan seseorang itu. Menarik kan? Bila ada yang seolah perasan kita ada bebanan emosi negatif, lakukanlah bab luahan tadi.
    .
  3. Jiwa tidak tenteram dan tidak tenang sebenarnya punca besar kita sukar keluar daripada sesuatu isu kerana ketenangan itu membuka bawah sedar untuk dapat diprogramkan dengan baik. Disini benarlah, jika kita terasa kekosongan dalam diri maknanya ada isu besar yang kita sering abaikan kerap kali. Isunya, jiwa kosong tanpa adaNya. Jadi, perbaikilah hubungan kita denganNya. Gapailah ketenangan tanpa bertepi. Akhirnya mampu tersenyum walau sedang diuji. Bawah sedar pun berjaya tunduk dan ditakluki!

 

TIDUR

  1. Tidur dengan cukup 8 Jam sehari. Baik untuk otak dan mempengaruhi kejayaan diri dalam kehidupan.
    .
  2. Sebelum tidur kerapkan berdoa yang panjang. Doa secara jelas. Fokus minta apa yang terbaik kita inginkan.
    .
  3. Asingkan bebanan emosi tiap hari semasa mahu tidur dengan cara kuasa imaginasi. Caranya dengan mengandaikan bebanan emosi hari itu kepada sesuatu objek nyata, misalnya cawan. Ambil cawan, tuangkan air. Ibaratkan air itu adalah emosi negatif hari itu. Kemudian letakkan cawan tersebut diluar bilik atau disebelah tempat tidur. Selepas itu, tidurlah dengan aman.

* Cara ke 3 ini sangat mempengaruhi bawah sedar kerana bawah sedar bersifat lurus tanpa menganalisa. Ia hanya ikut dan lakukan kerja-kerja menghasilkan sikap serta tindakan ke arah hasil yang kita inginkan sesuai apa yang kita programkan kepadanya. Andaian atau metafora adalah bahasa dan makanan minda bawah sedar.

 

Self Hypnosis dapat menjimatkan masa bagi memprogramkan minda bawah sedar kita. Malah, kita boleh melakukan kerja-kerja memprogram diri bila-bila masa serta secara sengaja. Latihan dan caranya telah disusun secara langkah demi langkah dalam panduan ini. Tekan Sini untuk baca.

Jul 14, 2017 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey