Bunuh Diri – Bagaimana Lelaki Ini Keluar Dari Belenggu Merugikan

Bunuh Diri adalah hal merugikan dan ditegah. 

Cerita tentang bunuh diri memang tidak menarik. Mungkin anda yang sedang baca tulisan ini pernah dengar atau lihat sendiri realiti kes bunuh diri.

Atau mungkin pernah merasa sendiri dorongan untuk membunuh diri? Oh! Nauzubillah.

Antara punca besar dalam mendorong perkara ini adalah Tekanan Hidup atau Stres yang tidak terbendung. Kesihatan fikiran terjejas. Tiada bimbingan dan akhirnya buntu kerana tumpuan fikiran menemukan jalan singkat sahaja.

Saya tidak malu untuk kongsikan disini, bahawa saya adalah antara manusia yang pernah tekad untuk Bunuh Diri. Ya, serius.

Jika ini baik untuk ramai orang. Penting bagi saya sampaikannya.

Pernah kecewa? Sedih? Pernah rasa macam ada tak kena dalam hidup atau pada diri tapi tak tahu macam mana nak jelaskan. Siksa. Rasa macam nak memberontak. Nak mengamuk. Nak menjerit. Rasa senak kepala otak.

Hantuk kepala di dinding, tumbuk dinding, menjerit, mengamuk, seakan kena rasuk, menangis kadang tak ada sebab, kurung diri di bilik.. nak buat apa semua serba tak terbuat.. Lemah.. lesu.. kemurungan.

Kadang dalam diri menjerit ‘Kenapa’ dan ‘Kenapa’ hidup aku macam ni. ‘Kenapa’ tak mati je. Senang!

 

Dah macam Sakit jiwa, sakit fikiran. Inilah yang pernah saya tanggung satu masa dulu. Rupanya ia real. Tak dibendung mungkin boleh Gila.

Hinggalah saya alami isu keraguan yang tinggi. Sampai ambil wuduk pun berkali-kali. Nak pergi masjid sampai menangis! Sedih kenapa rasa resah, was-was macam ni! Dah yakin betul semua ok, tapi masih tak yakin. Nak pastikan semula. Sampai tak sudah jadinya.

 

Macam mana saya bantu diri sendiri untuk keluar dari belenggu isu begini? Panjang ceritanya.. teruskan baca.

 

Anda pernah rasa kehilangan? Kehilangan adalah perkara paling sadis dan perit.

Ditinggalkan atau dibuang?

Buat bisnes lingkup? Duit poket langsung tak ada? Sedangkan banyak perkara perlukan wang ketika itu.

Masa senang rajin kongsi rezeki, masa susah tak ada siapa pun disisi?

Mental koyak. Fikir masalah dan masalah. Dah la sedang bermasalah, tup tup.. kereta excident lah itu dan ini lah. Macam-macam jadi.

Pening. Stuck. Down!

 

Saya pernah alaminya. Saya yakin anda juga pernah.

 

Nak sukses ni rupanya bukan mudah dan bukan murah. Betul.. semua orang ada masa dan waktunya tersendiri, ia akan berjaya juga nanti.

Cuma, hal itu tak akan berlaku dan tak akan pernah sampai pun selagi kita tak mula melangkah. Ia hanya sesuai untuk mereka yang bergerak bertindak walau langkahnya tempang, perlahan atau lembab sampai kena mengesot sekali pun.

 

Hari ini, saya sangat bersyukur.

Dapat tersenyum. Dan ketawa bila melihat dan merenung masa lalu. Dulu bukan kata nak senyum. Ketawa pun tak terfikir waktu lalui liku hidup saat itu.

Ketika emosi masa lalu dipadamkan, hari ini lebih ‘move on’. Jauh berbeza.

Menarik kan bila kita berjaya berubah?

 

Semua orang mahu banyak perkara berubah. Tapi tak ramai yang mahu ambil bahagian dalam berubah atau lakukan perubahan dahulu.

Rasanya dah sampai masa.. kita keluar dari belenggu diri yang sengsara. Iaitu penjara yang dibina sendiri dan tindakan-tindakan yang dalam diam MEMBUNUH DIRI untuk berjaya.

Saya suka sebut, KEAJAIBAN.

 

Ya, ramai orang harapkan Keajaiban semata. Kalau boleh kejap lagi dah berjaya. Kaya raya. Sihat dan sebagainya. Misalnya, nak kurus dengan cara minum-minum saja terus kurus. Hmm..

Ya, semudah petik jari macam Thanos buat.

Thanos nak petik jari pun susah payah pergi kumpul Infinity Stone. Ni ramai tak perasan. Hihi *tetibe

 

 

Ketika kita mahu hidup kita berubah. Kita meletakkan harapan kepada orang lain supaya hidup kita boleh berubah. Nak kerja mudah. Ini salah.

Sepatutnya, kita yang berubah. Kita yang letak komitmen untuk bantu diri kita sendiri supaya berubah. Barulah kita dapat nikmati proses perubahan itu.

Kita pergi jumpa terapis, kita pergi seminar, kita pergi berguru belajar. Kenapa masih tidak terbantu atau tidak berkesan kepada kita? Bukan salah mereka, sebab orang lain ok dan sukses je. Kenapa kita tak?

Sebab.. kita harapkan KEAJAIBAN. Kita nak Kesaktian saja. Kita harap masalah kita selesai atau diselesaikan oleh orang lain. Tapi kita sikit pun tak nak buat apa-apa. Tak nak bertindak bantu diri sendiri. Tak nak faham dalam menikmati apa itu proses.

Inilah kesilapan besar diri saya satu masa dulu. Dan saya belajar sesuatu berharga sekarang. Kejaiban itu ada dan wujud, ia hanya datang apabila adanya ‘langkah pertama’ (baca: tindakan).

 

Senang saja nak tahu kita betul ke nak bantu diri sendiri?

Tengok saja pada tahap serius diri kita. Tengok apa kita buat. Macam mana kita buat dan semaksimum mana kita buat untuk berubah dan berjaya.

Ke kita jenis yang ‘Bunuh Diri’ sendiri dengan merasakan kita serba dah tahu segala. Sibuk kata orang lain salah, teruk dan sebagainya sebab tak buat hidup kita berubah pun. Doa nangis-nangis, habis berdoa duduk diam tak buat apa kemudian mengeluh “kenapa tak ada perubahan pun dalam hidup?”. Oh!

 

Antara perkara kecil yang saya buat tapi mempengaruhi kehidupan untuk berubah adalah,

 

1 – Membaca.

Baca perkara yang betul. Akan buat kita dapat nilai yang betul. Nilai yang betul ini dorong diri untuk bertindak mendengar, melihat dan usaha lakukan perubahan. Dengan membaca rupanya mengaktifkan banyak bahagian Otak dan dapat mengurangkan Stres kita.

Apa jadi lepas tu?

 

2 – Saya tiba-tiba (terdorong) berani pergi belajar, berguru.

Tidak cukup hanya dengan membaca. Baca tanpa berguru (secara nyata/berdepan) banyak perkara kita akan keliru. Maklumlah, bila membaca ada perkara kita nak tanya tapi buku tak dapat menjawab atau menjelaskannya. Dengan berguru, kita bukan saja peroleh pengetahuan, tapi Ilmunya.

Dari situ pula saya dapat nilai seterusnya. Dorong diri saya buat dan buat. Praktis dan praktis dengan lebih yakin.

Apa saya dapat dari buat atau praktis? Saya belajar sesuatu lagi dan lagi. Saya tak sedar diri saya sudah berkembang.

 

3 – Dan seterusnya saya mula belajar menulis, bercakap dan melatih untuk tujuan berkongsi. Jadi lebih berkeyakinan.

Dari kerja berkongsi ini pula, keajaiban demi keajaiban terbit. Mula memahami dan menguasai sesuatu. Saya dapat rasa ‘Happy’ yang mana saya rasa dulu tak dapat beri diri merasainya.

 

Bahagia, gembira semua sebenarnya sudah ada dan diberikan kepada kita. Cuma, kita rasa macam tak ada, sebab.. kita sudah bunuh diri kita.

Kita kurang bersyukur, kita tak ada ilmu, kita gagal urus fokus kita ke mana, kita lari dari panduan dan bimbingan hidup, kita sibuk merasa kita ni susah, sakit dan teruk. Sedangkan dalam diri kita selalu berkeinginan untuk lebih baik dan lebih berjaya. Tapi kita abaikannya kerana kita rasa kita betul. Kita tak beri masa lihat kehidupan diluar sana ada lebih ramai yang alami dugaan lebih teruk dari kita.

Tamatkanlah episod ‘Bunuh Diri – Terbunuh Potensi Diri Sendiri ‘ dari kehidupan kita mulai saat ini.

 

Sepanjang proses dalam mendorong diri berubah dan mencapai apa dihajatkan. Barulah saya sedar, saya telah melalui sebuah proses program diri sendiri iaitu,

 

4 – Self Hypnosis

Setiap hari kita melalui keadaan berpengaruh (hipnosis) yang banyak beri kesan kepada diri kita sama ada baik atau sebaliknya.

Akhirnya saya menekuni dunia pengembangan dan pembangunan diri, Hipnosis. Dengan pengetahuan ini, telah banyak merubah sudut pandang, cara fikir, kuasa komunikasi untuk dorong diri sendiri dan paling penting adalah ia aplikasi efektif untuk bawah sedar diri kita. Hipnosis ini hanya aplikasi (software), alat bantu dan seni.

Dengan Self Hypnosis, ia dapat disebut juga sebagai konsep terapi diri sendiri atau Self Programming. Disinilah bagaimana emosi merugikan yang terpalit pada memori masa lalu saya dikikis serta tembok-tembok yang menyekat tindakan dipecahkan.

Ada banyak Nota Self Hypnosis dikongsikan secara Online di aplikasi Telegram yang anda boleh dapatkannya DI SINI. Mungkin ini sesuai dan diperlukan oleh anda.

 

 

Masa untuk berubah. Masa untuk susun semula langkah demi langkah bagi mencapai kejayaan. Menunggu masa yang sempurna untuk bermula? Percayalah, itu tidak bakal pernah ada. Kerana kesempurnaan bukan milik kita.

Dalam kesempatan ini, Ingin saya sampaikan bahawa pentas Akhir saya untuk Hipnosis Kejayaan – Sebuah seminar yang saya bangunkan untuk berkongsi rasa secara fizikal sebelum zaman Covid19 adalah pada tahun 2019. Kini saya sudah sediakan platform untuk anda dapat belajar berterusan secara Online dimana saja.

Ada jadual sesi Live, ada rakaman, ada nota dll yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Akseslah Di Sini

Ambil tempat. Hadir diri. Dengar, buat dan kuasai bersama. Mana tahu, anda adalah Hipnotis berjaya seterusnya. Disitu kita belajar teknik cepat dalam memogram diri.

 

Habis baca? Bermanfaat?
Share kepada ramai kawan kita yang mungkin memerlukan.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
May 17, 2019 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!