Benarkah hanya orang yang lemah sahaja boleh dihipnosis?

Sejauh mana kebenaran bahawa hanya orang lemah sahaja yang senang kena hipnosis?

Orang yang mudah dihipnosis bukan golongan yang lemah fizikal, emosi dan fikirannya. Tanggapan ini salah.

Ramai orang yang sihat, kuat, cergas, kuat daya ingatnya juga sangat mudah dihipnosis dan tetap saja mampu untuk terhipnosis. Apabila ia mahu dihipnosis.

Hipnosis adalah keadaan normal dan semulajadi dimana ketika kita menjadi tenang, fokus dan santai serta fikiran bawah sedar kita mula segar dan setuju dengan sesuatu informasi atau nilai.

Hipnosis dilalui oleh semua manusia yang memiliki akal fikiran yang sihat.

Hanya beberapa orang sahaja tidak boleh dihipnosis iaitu orang yang berada dalam pengaruh Alkohol dan Dadah kerana minda mereka berada diluar tahap kesedaran (khayal).

Jika ada sesetengah orang bijak pandai menolak hipnosis dan tidak percaya dengan manfaat hipnosis. Itu sudah jelas beliau sendiri tanpa sedar dah pun terhipnosis dengan sekian info yang membuatkan ia tidak percaya dan meraguinya.

Apatah lagi jika tidak belajar tapi dah berani canang 1 kampung yang hipnosis itu salah dan tidak betul. Sedangkan dia sendiri menggunakan daya hipnosis untuk mempengaruhi fikiran bawah sedar orang lain agar percaya dengannya.

Mesti ada sebab yang membuatkan diri kita takut dengan hipnosis. Salah satu sebabnya, terpengaruh dengan kata orang, media dan sumber lainnya (terhipnosis le tew).

Atau mereka yang menolak hipnosis ini sebenarnya takut kalau pengikutnya tahu tentang hipnosis? Habislah daya hipnotism mereka nanti. Hehehe

Secara mudah untuk tahu anda dihipnosis atau tidak. Anda telah pun sudi atau merelakan diri untuk membaca post kami ini atau apa sahaja yang anda minati, anda beli atau merasakan ia sesuatu yang perlu juga adalah tanda anda sudahpun terhipnosis atau setuju untuk dihipnosis.

Hipnosis bukan agama, bukan aliran kepercayaan, bukan tuntutan spiritual. Hipnosis hanya pengetahuan dan keterampilan supaya kita dapat mengoptimumkan potensi fikiran (akal) kita. Pastilah ia dipelajari oleh mereka yang mempunyai akal yang sihat sahaja.

Hipnosis ini seperti ilmu matematik atau kira-kira. Ia ilmu kehidupan dan sangat diperlukan selagi mana kita ada akal fikiran yang sihat (tidak gila).

Hipnosis bukan ilmu pukau yang menggunakan teknik sihir atau bantuan makhluk halus, malah ilmu pukau tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Berbanding hipnosis.

Hipnosis merupakan teknik perubatan komplementari yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Malah ia telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)

Baca selebihnya tentang hipnosis DISINI

Insya Allah.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Mar 9, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!