Nak Belajar Kuasai Hipnosis? Baca ini dahulu!

Salam hidup hebat luar biasa!

Nak belajar kuasai Hipnosis? Tapi belum tahu macam mana nak mula? Atau dah pernah belajar Hipnosis dan mahu mendalaminya lebih lagi?

Ini panduan yang sesuai untuk anda untuk bermula. Baca sampai habis!

JANGAN BELAJAR HIPNOSIS SELAGI BELUM KUASAI PERKARA INI..

Ini adalah hasil pembinaan modul khas kami secara bertahap dalam membantu anda untuk dapat menguasai Hipnosis dengan baik. Kami menitik beratkan soal kualiti. Saranan kami, ikut langkah ini dengan baik dan lengkap sebelum terjun ke dunia Hipnosis.

Anda mahu lebih mudah menguasai atau sulit, itu pilihan. Pasti nak yang mudah kan? Jangan belajar hipnosis selagi belum belajar tentang apa itu kuasa minda bawah sedar. Sebab, hipnosis adalah aplikasi kepada sistem bawah sedar diri kita.

Sayang sekali jika kita ada aplikasi yang bagus tapi sistem sedia ada pun kita tak kenal dengan baik. Apa lagi jika ianya tidak sihat / tidak berfungsi dengan baik. Analoginya, kita nak install sesuatu aplikasi (software) pada smartphone, tapi sistem operasi dan spesifikasi smartphone kita pun tak pernah tahu (hardware).

Ada aplikasi bagus pun tak guna, sebab kita tak pandai pun pakai atau kendalikan smartphone tersebut. Adakah kita sudah cukup smart? Akhirnya kita rasa aplikasi yang bagus tu tak berguna pun bagi kita. Setuju?

Hipnosis adalah aplikasi (software) untuk kerja-kerja program semula bawah sedar (hardware) kita mengikut kesesuaian yang kita inginkan. Begitu.

“Macam mana saya nak belajar kuasai minda bawah sedar?”

Ini soalan bagus.

Mulakan dengan panduan digital yang sudah saya susunkan khas untuk pemula.

1. Panduan Magis Sebuah Fikiran (MSF)

Ini adalah panduan berkenaan potensi bawah sedar dan aplikasi teknik mendorong kuasa minda untuk pemula. Anda akan pelajari teknik dan tips bagaimana mempengaruhi bawah sedar diri sendiri. Dalam Pakej panduan ini, kami ada sediakan Audio serta akses ke program online Hipnosis Kejayaan. Dengan pendedahan ini, anda akan lebih mudah untuk meneroka proses lanjut mengenai aplikasi Hipnosis.

Boleh dapatkannya di sini (klik untuk info lengkap)

2. Panduan Self Hypnosis – Seni Rahsia Memperdaya Diri Kejayaan

Ini Panduan awal mula untuk bab Hipnosis. Panduan ini khas untuk para pemula belajar Hipnosis. Pada tahap ini, anda akan mempelajari Hipnosis tahap Self Hypnosis iaitu bagaimana melakukan Hipnosis Diri Sendiri secara Formal. Langkah demi langkah disediakan. Praktik dan lakukan latihan asasnya dengan baik. Diberikan Skrip Hipnosis Percuma.

Boleh dapatkannya di sini (klik untuk info lengkap)

3. Anda boleh mengikuti program Online kami melalui aplikasi Telegram di sini Hipnosis Kejayaan

Modul Online ini adalah sebahagian daripada program advance Intensif Minda Bawah Sedar (IMBS). Modul ini berkesan dalam membantu anda menekuni hipnosis nanti. Di sini anda akan belajar kuasai teknik-teknik kuasa minda kejayaan ada lebih 7 teknik. Cara gunakan teknik kuasa minda dengan betul dan bagaimana nak akses ke bawah sedar secepat kurang 9 saat! Ini ‘master key’ mahal yang mesti dimiliki.  

Selepas hadam modul ini, barulah anda buat keputusan untuk tekuni dunia Hipnosis. Siap sedialah untuk melihat keajaiban dan ilmu rare dalam memaksimumkan keupayaan bawah sedar manusia yang luar biasa.


BERAPA BANYAK LEVEL DALAM HIPNOSIS?

Standard Hipnosis seluruh dunia hanya mempunyai 3 level sahaja. Iaitu,

1. Fundamental Hypnosis
– Professional Hypnosis : Certified Hypnotist (CH)

Tahap ini anda peroleh tauliah sebagai pengamal Hipnotis ‘CH’. Ini adalah tahap dimana anda akan belajar tentang rahsia asas hipnosis sehingga dapat melakukan aksi seperti para hipnotis yang ada di youtube disebut dengan ‘Stage Hypnotism’. Contohnya, aksi menidurkan orang lain dengan cepat.

Di sini anda akan ditekankan tentang 6 struktur dasar utama hipnosis.

Ini antara yang bakal anda pelajari:

  • Sejarah Hypnosis
  • Rahsia & Prinsip Kerja Hipnosis
  • Minda Sedar, Bawah Sedar dan ‘Critical Area’
  • Teknik ‘Programming’ bawah sedar
  • Hipnosis formal & tidak formal
  • Kesedaran murni
  • Teknik intonasi
  • Potensi menghipnotis
  • Ujian penerimaan saranan
  • Aplikasi dan Proses Hipnosis
  • Penguasaan ‘Trance’ dalam memprogramkan diri dan orang lain
  • Pra induksi
  • Induksi
  • Memperdalamkan zon kesedaran bawah sedar
  • Ujian tahap kedalaman zon kesedaran
  • Terapi untuk diri sendiri dan orang lain
  • Teknik Terminasi Program
  • Kuasa Sugesti
  • ‘Anchoring’
  • ‘Stage Hypnotism’
  • Teknik Self Hypnosis
  • Programming tanpa Audio Brainwave
  • Davis-Husband Scale

 

Anda boleh ikuti Bengkel Umum Hypnovengers anjuran Hypnotic Works. Lihat jadual terkini dan maklumat program di sini

Atau..

Anda boleh bermula dengan 3 Sesi pertama untuk Tahap 1. Ini eksklusif bersama saya (Master Rey)

Tekan banner program ini


 

2. Advance Hypnotherapy
– Certified Hypnotherapist (CHt)

Tahap ini anda dilatih tentang ilmu hipnosis lebih dalam yang membolehkan anda mampu menjalankan kerja-kerja mendorong untuk tujuan terapi bagi isu berkaitan emosi dan fikiran seperti ketakutan, ketagihan, kurang keyakinan diri, susah tidur, memprogram anak, memudahkan proses kelahiran, mengawal rasa sakit dan banyak lagi.

Tahap ini hanya boleh disertai oleh ahli Certified Hypnotist (CH) sahaja.

Pelatihan “Advanced Hypnotherapy” menetapkan tujuan (objective) agar para peserta pelatihan:

  1. Memahami konsep Brief Hypnotherapy

Hypnotherapy ringkas, dan berorientasi ke Positive Psychology. Brief Hypnoterapy banyak dipengaruhi oleh prinsip-prinsip dasar dari Brief Therapy yang diasas oleh kelompok MRI (Mind Research Institute).

Milton Erickson (Hypnotherapist) dan Virginia Satir (Family Therapist), juga tercatat merupakan anggota MRI. Brief Therapy yang sangat popular iaitu SFBT (Solution Focused Brief Therapy), dimana dalam tekniknya sangat bagus dalam mengendalikan beberapa pola pertanyaan yang bertujuan untuk memperoleh feedback dari Client yang bermanfaat bagi proses therapy dimaksudkan.

Dalam metode SFBT terdapat 4 pertanyaan (question) dasar, iaitu :

  • Miracle Question.
  • Scaling Question.
  • Coping Question.
  • Exception Question.

Ketika lahirnya pengetahuan Neuro-Linguistic Programming (NLP), maka pertanyaan-pertanyaan di atas dapat diperoleh dari perumusan Outcome yang dikenal dengan istilah Well-Formed Outcome (WFO).

 

  1. Memahami 3 Phase Therapeutic Protocol

Mempermudah para pemula dalam melakukan praktek Hypnotherapy. Melalui protokol sederhana ini, kecil kemungkinan terjadi kesalahan dalam proses terapi, karena penekanannya lebih ke arah “pemberdayaan” (empowerment). Perkembangan keterampilan terapi dari Hypnotherapist, terutama perkembangan cara penyusunan Script yang tepat pada setiap Phase, ketepatan pemilihan teknik Therapeutic, serta keterampilan komunikasi di tahapan Pre-Induction Talk.  

  1. Memahami 12 Teknik (Tools dan Therapeutic)

Hypnotherapy adalah suatu “verbal therapy” atau terapi Sugesti dengan objek terapi sisi psikologis manusia. Berikut ini kumpulan kes yang dapat diselesaikan dengan metode Hypnotherapy :

  • Motivational & Empowerment
  • Mental & Emotional Problem (Stress, Depression, Anxiety, Bad Habit, Bad Behaviour, Insomnia, Etc)
  • Psychosomatic Ilness (penyakit fisik yang berakar dari gangguan psikologi).

Membuang isu ketakutan secepat kurang 10 minit dengan Hipnoterapi

 


3. Instructor Training
– Certified Instructor (CI)

Ini adalah tahap untuk menjadi pelatih hipnosis. Dengan tauliah tahap ini, anda boleh menjalankan program melatih hipnotis baru mengikut standard hipnosis dan hipnoterapi yang kami sediakan. Sebelum ke tahap ini, pihak kami sediakan 1 tahap khas iaitu Mastery Program bagi memastikan keterampilan dan kemahiran anda mengenai hipnosis adalah sangat baik. Tahap ini hanya untuk ahli Certified Hypnotherapist (CHt) sahaja.  


Mastery Program

Peringkat ini anda akan dilatih dan dibangunkan bakat-bakat terpendam serta proses membina variasi teknik hipnotik. Anda juga mempunyai akses istimewa bersama pihak kami dalam kerjasama pelbagai urusan dan peluang semasa. Bimbingan sepanjang masa. Berikut ini adalah apa yang akan anda peroleh dari Program Master

  1. Certified Master Hypnotist bernilai RM5,997
  2. Teknik bagaimana menjadi hipnotis & hipnoterapis yang berpengaruh
  3. 20 Variasi teknik Master Hipnosis (Eksklusif daripada Hypnovengers)
  4. Quantum Healing untuk perawatan dan kesembuhan diri serta orang lain
  5. Skrip Sakti & Skrip dalam menjalankan khidmat terapi secara profesional
  6. Latihan dan pengujian peringkat Master
  7. Mempunyai kebenaran untuk mengajar orang lain pada peringkat modul IMBS
  8. Mempunyai jaringan kerjasama sebagai ahli istimewa Hypnovengers
  9. Audio & Video Hipnosis Khas
  10. Variasi teknik Indirect Hypnosis & NLP
  11. Penguasaan Soalan Berpengaruh dan Hipnotik
  12. Nama anda disenaraikan dalam Website rasmi untuk rujukan pelanggan bagi mendapatkan khidmat atau produk yang berkaitan dengan diri anda
  13. Dibentuk menjadi Master Hypnosis mengikut bakat dan potensi diri
  14. Bonus teknik psikoterapi ‘Dianogsis Sindrom Tubuh’ (membaca isu tersembunyi)
  15. Peroleh pin collar Master Hypnotist Hypnovengers & T-shirt Ekslusif
  16. dan Bonus lainnya.

  


Siapakah yang sesuai mempelajari keilmuan Hipnosis dan bawah sedar?

Anda yang boleh berkomunikasi / memahami bahasa orang lain dan banyak berurusan dengan manusia. Inginkan apa yang disaranakan atau dikatakan lebih mudah diterima baik oleh orang lain. Anda yang ingin membina kuasa pengaruh supaya lebih mudah mendorong orang lain. Anda yang tidak mahu dipengaruhi semudahnya oleh orang lain terutama yang tidak bertanggungjawab.

Dengan belajar hipnosis, potensi untuk anda dipengaruhi adalah tipis. Jika anda seorang penjual, pengusaha, pendidik atau pelatih. Ini penting untuk anda supaya dapat mengendalikan diri dan orang lain dengan lebih baik lagi. Anda yang ingin membantu diri menjadi lebih baik lagi dan kenal akan keupayaan diri sendiri sekaligus memanfaatkannya dengan sebaiknya untuk kehidupan dan kejayaan. Untuk anda yang mencari rahsia khusyuk dalam ibadah atau ingin lebih fokus daripada biasanya dalam melakukan sesuatu.

Untuk anda yang mahu meningkatkan keberkesanan dalam mendidik atau melatih melalui kuasa komunikasi. Jika anda seorang perawat atau terapis. Ini penting untuk anda supaya proses anda dalam membantu kllien jadi lebih mudah dan berkesan. Anda seorang pengamal dunia energi kesembuhan? Ilmu ini akan mempermudah dan menambahbaik lagi keberkesanan kerana ia membantu anda akses bawah sedar diri sendiri dan klien.

Untuk anda yang sudah atau belum mempunyai impian/hala tuju. Belum mengenali potensi diri dan ingin membangunkan diri serta keyakinan diri untuk mencapai sukses. Sesuai untuk anda yang ingin mencapai ketenangan, pengawalan emosi atau kejayaan hidup. Sangat sesuai untuk anda yang mahu belajar serta kuasainya bagi meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik.  


APA KATA MEREKA YANG SUDAH IKUT SERTA?

Baca lebih lagi tentang apa kata mereka yang sudah mengikuti pelatihan kami DI SINI


Siapakah Saya?

Hai,  Saya Shahrain Remeli, lebih dikenali dengan jenama Master Rey, sebuah method ringkas yang saya bawa R.E.Y iaitu tentang Refleksi Programming, EQ dan Yakin. Ringkasannya Refleksi Emosi Yakin.

Saya seorang pereka grafik dan jurulatih Hipnosis. Pengurus kepada perniagaan reka grafik dan percetakan alat pemasaran serta perniagaan. Penulis buku dan ebook berkaitan Hipnosis, kuasa minda dan teknik-teknik memprogramkan diri. Disamping itu saya menjalankan training berkaitan dunia Hipnosis untuk kehidupan dan orang bisnes.

Saya adalah president kepada #HypnoticWorks iaitu tulang belakang kepada komuniti peminat Hipnosis di Malaysia #HypnoVengers, sebuah medan usaha memperkembangkan dan menyebarkan nilai tambah bermanfaat mengenai Hipnosis Kejayaan. Berikut sekilas perjalanan dan pengembaraan saya..  

Akhbar Utusan Malaysia

Bertemu Master Hipnotis, Romy Rafael 🙂

Kendalikan Seminar Rahsia Self Hypnosis Kejayaan

Bermula dengan minat mendalam tentang dunia mistik akhirnya mendorong saya menemukan bahawa yang Mistik itu belum tentu Mistik belaka. Berawal dari pengenalan dunia kuasa minda dan bidang energy healing ‘REIKI’, sehinggalah perjalanan ini menemukan saya tentang aplikasi penting yang telah membantu saya keluar dari isu masa lalu, trauma, fobia dll. Iaitu Hipnosis.

Energy Trip Master Reiki, Tioman

Bersama Prof. Dato Dr Ibrahim Ahmad dan Eddy Rosyadie

Sebelum menceburi dunia hipnosis, saya menempuh pelbagai bentuk kemahiran lainnya tadi dan bertugas sebagai terapis perawatan alternatif bersama sahabat lainnya pada usia 20an. Saya meneliti pelbagai corak hipnosis orang timur dan barat. Banyak belajar dari jalanan atau kehidupan nyata. Hipnosis pentas dan dijalanan itu berbeza.   

Akhirnya saya bergerak menekuni ilmu berkaitan corak fikir, kebiasaan, tingkah laku dan gerak kerja minda bawah sedar manusia iaitu Hipnosis dan Neuro Linguistic Programming (NLP). Lalu saya memilih untuk fokus kepada Hipnosis sahaja buat masa ini.  

Bersama Dr. Helminiry Had Sabtu, Pakar Hipnosis Negara

Bersama pelatihan Hypnotherapy NAQS DNA yang dikendalikan oleh Edi Sugianto

Hadir ke Indonesia Board of Hypnotherapy untuk TTT Certified Instructor (CI)

   

Bersama The Dean of Indonesian Hypnotist dan President IBH, Yan Nurindra.

Menerima tauliah Certified Instructor setelah selesai mengikuti TTT bersama IBH

Kenangan terindah bersama tim besar Trainer Hipnosis batch ke 27

Selesai pelatihan NLP Psikoterapi (NLPt) bersama Tuan Khaeril Anuar & Mohd Mustaqiim

Bertemu Dr Azhar, NLP Spiritual. Menekuni seni Brainwriting dan Soul Power

Bersama sifu Siddiq, pengasas MSP. Menikmati ilmu Super Brand dan bidang trading

Ada banyak lagi gambar dan guru-guru yang tidak dapat dikongsikan dalam post ini. 

Setelah menekuni bidang inilah saya mula jelas dengan proses dan perkara-perkara sebelumnya. Seolah terbongkarnya sesuatu khazanah istimewa yang ada dalam diri dan orang lain. Teknik atau pelbagai bentuk proses yang dulu sangat sukar dan sulit jadi lebih mudah.

Rupanya banyak perkara mudah tapi telah disusahkan. Dengan pengetahuan hipnosis, saya mula nampak bagaimana sebenarnya proses sesuatu perkara itu mudah dengan cara akses terus ke bawah sedar.

Dengan pengalaman ‘buat’ (praktis) selama ini, saya sedia dan berani untuk beri komitmen melatih mereka yang berminat untuk menekuni keilmuan ini dengan lebih mudah, ringkas dan praktikal. Syaratnya, mestilah betul ingin belajar dan bersungguh-sungguh mahu bantu diri sendiri.

Anda boleh follow saya di Facebook ini. Saya aktif dalam berkongsi mengenai Kuasa Minda Bawah Sedar dan Hipnosis Kejayaan untuk kehidupan dan orang bisnes.

Cari juga saya di TikTok untuk perkongsian dalam bentuk Video.


Boleh Follow Channel Telegram Percuma Di sini

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Nov 29, 2017 | Posted by in Blog, Jadual Program Terkini | Comments Off on Nak Belajar Kuasai Hipnosis? Baca ini dahulu!
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!