Bahaya Pukau

Menurut masyarakat timur, pukau itu perkara yang berunsur tarik menarik atau memperdaya. Yang ada kaitannya dengan mistik dan jin.

Baik. Ketika saya sedang bersiar-siar di satu tempat, ada seorang lelaki menyapa saya sambil bertanya arah dan topik dalam keratan akhbar ditangannya. Lalu dia pergi. Selang beberapa saat, saya sedari wallet sudah hilang! Oh, saya dipukau rupanya. Guna jin ni.

(Padahal saya yang leka dan cuai. Tak tahu seni fokus manusia)

Pusat hiburan yang haram atau melalaikan itu ramai gila yang pergi walau ditentang atau dilarang, tetap saja pergi. Ini bukan Pukau ke? Guna jin juga ni. Hmmm..

Asal tengok ads kat facebook, klik. Asal klik je ada la tu terbeli, ter LIKE, ter Share dan ter Komen.. Kena pukau juga. Lagi dahsyat, tak sedar langsung dah kena pukau. Jin juga ni.

Baca status best, like dan share. Baca sikit akhirnya keluar duit melabur beli produk tanpa perlu bersemuka dengan penjual. Pukau juga ni. Banyak jin dia pakai.

Orang jual cincin yang jalan kaki tu, dia sapa setiap orang. Kena pulak dia sapa orang yang suka batu cincin, apa lagi, pukaulah! Sekali 5 beg batu cincin orang tu beli. Ha, kena pukau la tu. Bapak jin ni dia pakai.

Tu yang ramai gila beli produk, ramai gila pergi seminar tu sampai tak endahkan apa pun, tu kena pukau ke kena sampuk dah tu ya? Jin juga lah tu eah?

Asal hipnosis boleh tidurkan orang dan boleh kendalikan orang tersebut je tu pun pukau tu. Ni lagi dahsyat, sebab orang tu boleh tidur dan terprogram, lalu apa yang diprogramkan menjadi nilai kekal dalam diri orang tu. Program yang diberikan ke fikiran adalah program yang mendorong sikap dan tindakan untuk maju, merawat masalah fikiran, meningkatkan kesihatan diri dan mengurus emosi. Tak pakai mantra apa, pakai kata-kata je. Wah, ni bapak pukau!

Terhegeh-hegeh bercinta sampai terlanjur tu dah kena Pukau tau. Tahu tak? Sedar tak? Jin pun geleng kepala. Siapa pukau siapa?

Pergi ceramah, ramai gila (subhanallah). Bukan pukau juga ke tu. Ustaz tu menggunakan unsur jenaka bagi menguasai fokus pendengar agar input positif sebaliknya dapat masuk dengan baik ke jiwa dan fikiran pendengar. Oh, pukau juga ni kan..

Sekarang Pukau apa yang Anda Faham? Pukau itu berbalik kepada bagaimana kita memaknainya.

Kalau betul orang tu pakai Jin. Buktikan amalan apa, macam mana skill dia, nampak tang mana jin dia tu? Jika kita kata kita dipukau, orang pukau tu hebat atau kita yang hebat sebab boleh tahu dia pakai ilmu pukau (hehe).

Sebenarnya, kita semua dah ada daya pukau. Ada segelintir pakar meletakkan nama khasnya seperti ‘Magnet’, ‘tarikan’ dan lain-lain lagi.

Ayat jualan atau seni menjual juga adalah aplikasi pukau atau hipnosis. Hingga membuat kita faham mengapa perlu membeli. Tak fikir dah pasal mahal atau tak.

Kami juga ada kelas belajar Pukau. Pukau tradisional dan macam-macam. Datang, duduk, dengar dan belajar dulu baru boleh menghukum ia Pukau Suci atau Pukau Kotor. Jangan asal menuduh sahaja.

Pukau yang ramai orang takuti itu atau yang sering berlaku sehingga merugikan dan memudaratkan adalah disebabkan kecuaian, kelalaian, kelekaan diri sendiri. Tak ingat Tuhan, cepat sangat respon, tak ada ilmu dalam mengenal karekter manusia itu sama ada dia sedang memperdaya atau jujur.

Pengamal ilmu Pukau Kotor memanfaatkan komunikasi dalam memperdaya fokus secara paksa. Hipnosis tidak begitu, hipnosis hanya berlaku dengan persetujuan dan kerelaan. Tepukan yang dilakukan oleh pengamal Pukau Kotor ini pula adalah bertujuan bagi mengejutkan mangsa, ketika kita terkejut, fikiran bawah sedar akan bangkit dan apa saja saranan yang masuk ketika itu akan menguasai cara kita bertindak dan berfikir.

Pesan kami, jagalah Fokus dan isilah hati dan jiwa dengan perkara sebaiknya. Leka dan kurang pengetahuan membawa padah. Mudah menjadi mangsa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan.

Insya Allah.

(Share jika bermanfaat dan mencerahkan)

Senyum juga pukau. Pukau yang membuat kita dan orang yang melihat hilang stress. Dapat pahala pula tu.

Anda dah baca sampai habis? Ini bermakna saya sudah berjaya memukau fikiran dan fokus Anda untuk perkara bermanfaat.

— *** —

Hipnosis bukan ilmu pukau yang menggunakan teknik sihir atau bantuan makhluk halus, malah ilmu pukau seperti itu tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Berbanding hipnosis.

Hipnosis merupakan teknik perubatan komplementari yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Malah ia telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)

Salam Hidup Hebat Luar Biasa untuk semua.

 
Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Feb 18, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!